Jumaat lepas. Sambil lipat telekung, lepas solat zuhur. Dapat satu soalan dari seorang kakak office. "Aisya cuti weekend dua hari ni buat apa?".
Ha, nak cerita lah ni. Weekend yang padat, jalan sana jalan sini tapi tak adalah jalan jalan cuci mata pun. Nak kata cuti cuti Malaysia pun tidak jugak. Semuanya bertujuan. Bukan lah sekadar random getaway katanya.
Hari sabtu. Destinasi pertama adalah Temerloh.
Bukan pergi saja saja tapi sebenarnya ikut En. Barney outstation. Iolls kalau En. Barney outstation on weekend, harus lah ikut aje kan.
Sampai Hospital Temerloh lewat pagi begitu lah. Tapi disebabkan ada problem yang tak dapat dielakkan, pukul 2-3 petang baru boleh start kerja. Orang sebelah Iolls tu bengang dan berasap aje. Penat je datang awal, last last menunggu jugak. Itu pasal buka laptop muka masam.
Bila start lewat makanya kerja pun lambat siap. Pukul 6.00 petang, bukan main perut dengan keroncong asli joget dan zapin. En. Barney tak habis kerja pun lagi. Tapi memandangkan dia pun lapar, keluar kejap cari makanan. Tak jauh, setakat sekitar Hospital Temerloh aje.
Anjong Luas Selera. Tak jauh dari Hospital Temerloh. Bersebelahan dengan station minyak Petronas. Tak sempat nak cari tempat makan lain, itu yang nampak maka itu lah yang diterjah.
Mee Jawa pengalas perut. En. Barney pulak makan Mee Kari. Not bad jugak lah. Daging pun banyak. Mee Kari lagi lah tak kedekut. Kerang menimbun.
Hari Sabtu. Destinasi Kedua adalah Kuantan.
Dari Temerloh ke Kuantan. Sampai Kuantan around 9.30 pm. Terus check in hotel. Kemas kemas barang sikit. Terus ke suatu tempat untuk melantak dan mengunyah sepuas puasnya.
Dalam pukul 11.00 malam jugak lah time tu. Jammed oi. Ramai sungguh manusia di Teluk Cempedak. Siap ada retis shooting lagi. Siapa retisnya Iolls tak kuasa nak stalk.
Hutan Bandar Bistro lagi! Chicken chop dengan harga RM 5 je tapi disebabkan En. Barney kelaparan pulak time tu, dia ambil double portion. Harga RM 10. Banyak gila oi! Berbaloi beratur setengah jam.
Hari Ahad. Destinasi Ketiga, Universiti Malaysia Pahang, Gambang.
Salah satu tujuan kenapa En. Barney agree untuk outstation ke Temerloh hari sabtu. Sebab ahadnya memang nak ke Kuantan pun.
Congraduation!
Dapat pass masuk dewan tapi Iolls dan En. Barney tetap tak nak masuk. Duduk je dalam dewan alahai satu perkara yang agak berat untuk dilakukan. Faham faham lah kan apa sebabnya. Hiks.
p/s : Sampai rumah pukul 10 malam. Hari ni masuk kerja lemau.
lahai..g temerloh ke?iera pon ade kat temerloh..hahaha..kg kat situ..bercuti gak mggu lepas..hehe
ReplyDeletewah..jauh perjalanan tu..tapi best..:)
ReplyDeleteteringin pulak nak p hutan bandar bistro tu, baru ni adik ipar ada share. chicken chop rm5, murahnya lahai :)
ReplyDeleteJalan Jalan Pahang gitu. Hehehe :D Selamat berkovo !
ReplyDeleteDah lama tak pergi tc
ReplyDeleteSalam, wahh jalan2~
ReplyDeletehahaha hebat kau bb mengabaikan retis yg tgh bershooting tu, kalau aku..mmg lah aku gigih nak tau sape...tp klw yg xglamour, balik lahhh~ haha
Tak kuasa nak bersesak-sesak. Hehehe
Deletejalan sakan nampak. hehehe...
ReplyDeletedah lama tak pergi ke temerloh..
ReplyDeletelelaki belakang tu kenapa? hahaha..
ReplyDelete