Dah habis story pasal Majlis Akad Nikah [SINI] dan juga Petua Hilangkan Gemuruh Sebelum Majlis [SINI], Iolls teruskan lagi dengan menyentuh part busana pulak. Amboi busana kau, mentang mentang dulu penari kebudayaan. Busana tu senang kata persalinan lah atau bahasa pasarnya pakaian. Kali ini Iolls nak story pasal veil yang Iolls pakai masa majlis akad nikah tempoh hari.
Part veil ni Iolls agak berlapang dada sikit. Tak perlu stress nak cari veil murah yang cantik, nak tempah kat siapa or apa apa je lah sebab awal-awal lagi I dah tau siapa yang boleh dipertanggungjawabkan.
Actually, Iolls ada sorang member rapat yang sangat berbakat dalam bab jahit menjahit ni. Teringat masa annual dinner zaman uni dulu. Dia beli plain dress, beli kain semeter, beli lace lagi semeter, beli manik labuci bagai dan jahit sendiri. By the way I tak ingat pun dia beli apa, Iolls tambah perencah je. Mana betul tu, betul lah. And akhirnya dia menang queen of the night. Tapi memang cantik lah. Memang berbeza sungguh before and after.
Tak lama kemudian, dengan hobi menjahit dia mula ambik tempahan untuk jahit veil untuk member-member. So before tunang lagi Iolls dah booked member ni. Nak dia jahitkan veil untuk I.
So I just bagitau, I nak veil before tarikh sekian sekian, mentioned length veil yang I nak, nak warna yang bagaimana dan whatsapp gambar baju nikah. Tak ada design yang spesifik pun sebab time tu I memang tak ada masa nak usha design veil cecantik. Serah kan bulat bulat kat member I tu.
Dan hasilnya...
Cantik sangat sangat sangat! Jahitan yang sangat kemas. Jahitan manik sangat sangat detail. Sangat berpuas hati lah.
Gigih tau cari gambar veil tapi tak ada yang close up pulak. Gambar di atas ni pun macam jelas tak jelas je.
Sebab baju nikah Iolls warna putih dengan lace light gold, I pun minta member buatkan veil putih dengan manik manik light gold. Cuma I pesan, tak nak heavy sangat dengan manik bagai. Tak suka yang crowded, biar simple je. Which is memang simple pun tapi very the gorgeous!
Nak tunjuk length veil sebenarnya. I request nak yang standard length, tak mahu labuh sangat dan tak mahu singkat sangat. Nasib baik lah member I tu pun sama cerewet macam I, taste pun lebih kurang sama so veil yang dia buat memang sangat sangat kena lah dengan taste I.
Oh ye, member member ni tak bermaksud veil tu free of charge. Harus lah ada bayarannya jugak kan?
Total cost yang I keluarkan untuk veil nikah = RM 60 sahaja.
So mana bride to be yang tengah dalam misi mencari veil untuk majlis uolls boleh lah tanya member Iolls ni berkenaan dengan veil. Boleh PM Cik Yani di Facebook untuk sebarang pertanyaan atau tempahan ye. Harga, standard lah tengok macam mana design yang uolls nak.
FB : Nurul Idiani
p/s : Yang Iolls kongsikan dalam entri Short Date With Adik-Adik Sanggar Citra sebab nak ambik veil dari si tukang jahit yang vogue tu lah. Hiks.
cantiknya! veil ni kira wajib lah kan kalau time nikah
ReplyDeleteTahniah aisya!! Alhamdulillah.. Selamat Pengantin Baru dan selamat menempuhi kehidupan berumah tangga...:)
ReplyDeletesimple but nice..
ReplyDeletememang cantik dan murah..
ReplyDeletecantik..kemas dan nampak mewah
ReplyDeletemasa dalam kotak nampak biasa ja..
ReplyDeletetapi, bila dah pakai, kemain cantik.. aura pengantin.. hehee
cantik veill ^_^
ReplyDelete