13/10/2015

Wedding Story #6 : Kad Kahwin Part I

Hold dulu kisah majlis akad nikah yang tak habis habis lagi sampai sudah. Patah balik ke story wedding preparation pulak. Apa lagi, kad kahwin lah. Apa lah maknanya sesebuah majlis perkahwinan kalau tanpa sebarang kad jemputan. Biarpun sekarang masing-masing kata, "alah, invite facebook aje. Senang cerita

Kita muda muda ni senang lah cakap, yang lebih makan garam panjang pulak kisahnya nanti. Itu belum lagi kalau satu family yang nak satu kepala satu kad. Bagi kat mak, nanti anak pulak kata, "Mak lain, kami anak-anak ni lain," Er, korang satu family ni bermuram durja ke apa? Yang Terlalu Berbahagia katanya tak main lah verbal invitation. Tak gitu?


By the way. kenapa cerita kad kahwin pun sampai dua part? Oh itu sebabnya, gap majlis pihak perempuan dan pihak lelaki agak lama jugak lah. Kalau ikutkan Iolls, sekali harung buat satu kad untuk dua dua belah pihak je. Jimat banyak kos, jimat duit minyak, jimat tenaga, jimat masa dan jimat serba serbi lah. 

Tapi biasalah orang yang lebih makan garam ni, banyak sungguh pantang larang nya. "Jarak lama sangat tak elok buat sekalikan kad pihak lelaki dan perempuan." Makanya marilah kita membazir tenaga, wang ringgit dan masa untuk buat kad dua dua pihak. Yeay!


Weolls tempah kad kahwin ni di My One Card.. Tahu kedai ni pun melalui wedding exhibition yang weolls terjah akhir tahun 2014. Book harga siap-siap dengan bayar deposit RM50 then beberapa bulan sebelum majlis datang kedai untuk tempahan. Book harga ni maksudnya macam lock harga lah. Tak ada kenaikan harga dikenakan walaupun uolls nak tempah kad enam tujuh bulan dari tarikh booking. Biasalah semua benda kan makin naik harganya. Turun pun harapan palsu semata, lepas tu naik dua tiga kali ganda. Oh, ini hipotesis eh. Tapi boleh jadi kesimpulan melalui pemerhatian bebas. Eh. 

So penghujung bulan June, I dan En. Barney ke My One Card yang terletak di Pertama Complex. I pernah story dalam entri INI, cuma tak ada mention nama kedai lah. 

Tempah 500 kad, dapat satu bunting dan dua penunjuk arah. Cost adalah RM200

Ada cerita di sebalik adegan tempah menempah kad ni. Nak dijadikan cerita, kedai tersebut tutup selama dua minggu bersempena dengan hari raya Aidilfitri. So agak terkejar-kejar lah. Tambah pulak, En. Barney kena pergi outstation pulak hujung minggu. Lagi lah mengejar masa. 

Dah pilih design, warna dan bagi draft untuk reference pihak kedai, macam biasa tunggu pihak kedai email kan final draft untuk weolls checking. Dapat email, check draft. Tengok tengok banyak pulak oi pembetulan nak kena buat. 

Disebabkan weolls memang sangat kesuntukan masa time tu, ambik keputusan pergi ke kedai terus untuk inform beberapa kesilapan yang perlu diperbetulkan. Tapi bila datang kedai, senang je staff inform, "Oh, ini kena pergi branch Pudu. Sebab yang design ni kat branch Pudu."

Dengar je macam tu siapa tak menyirap oi! Memang lah kedai ada banyak cawangan, tapi macam tak proper pulak bila customer tempah kat kedai A, bila ada pembetulan kena pergi kedai B pulak. Dah la banyak pulak tu nak kena betulkan. Katanya ikut nasib, kalau nasib baik dapat lah designer dari branch yang kita pergi tu. Kurang bernasib baik macam weolls ni lah. 

Solution yang ada, komunikasi melalui email. Itu pun I dah explain satu satu dalam email apa yang nak ditukar. Rasa macam enam hingga tujuh point jugak kot. Tapi I sent satu email, yang dibetulkan cuma satu dua point aje. Yang lain sama jugak tak berubah. Terpaksa email balik dan inform lagi pembetulan buat kali kedua. Bila sent email seterusnya still tak ada perubahan lagi, start lah darah naik ke kepala. Rasa ringan je jari nak membebel dalam email. Tapi nasib baik time tu bulan puasa, kalau tak mahu kena ceramah jugak agaknya. Agaknya tengok I dah macam berapi dalam email, yang design card terus call En. Barney nak confirm kan pembetulan. Kalau dalam email orang dah cakap empat lima kali, buat aje lah cik kak oi! 

Nasib baik lepas call tu terus dapat final draft yang cantik dan memuaskan hati. Dengan senang hati lah nak bayar remaining balance tu kan. Kalau tak mahunya I mengamuk sakan agaknya. 

Alhamdulillah, lepas raya puasa. Kad, bunting dan penunjuk arah siap dengan jayanya. Satu benda yang paling I suka, kualiti kad tersebut. Tak dinafikan memang tiptop! Tebal pun tebal, printing pun cantik aje. Yang itu memang I is very the puas hati. 

Satu benda je yang tak best, bila customer tempah di satu cawangan terpaksa ke cawangan lain sekiranya ada pembetulan. Macam yang terjadi kat weolls ni lah. Tempah di Pertama Complex. Kalau nak buat pembetulan, perlu ke cawangan Pudu pulak. Faham lah jugak, pembahagian sebegitu sebenarnya nak meringankan beban tugas designer tapi tak convenient lah untuk customer. Ada sebab kenapa customer ke cawangan yang itu, tak terjah cawangan yang lagi satu. Lagi-lagi kalau dapat customer cerewet macam I ni ha. Banyak pembetulan so paling mudah untuk kedua-dua pihak adalah dengan cara bersemuka. Tapi bila diberitahu kena terjah cawangan lain pulak siapa tak bengang. Nak tempah kad kahwin je. Kalau kedai in walking distance tak apa lah jugak. Boleh exercise kan, kurus lah jugak before kahwin. Ini nak hadap jammed lagi? Panas weh! 

Customer is always right kan? I rasa tak proper lah cara kerja macam tu, so kad pihak lelaki kita tempah kat kedai lain pulak. Kan rugi dah kat situ. Padahal kualiti kad sangat bagus. Sayang tau. 

Tapi Iolls lagi sayang hati I. Tak mau lah sirap menyirap. Sirap limau ais tak apa. Sedap. 

p/s : Kad Kahwin Part II, lama lagi lah jawabnya. Hiks.

9 comments:

  1. kenapa service mcm tu? hmm...xmesra pelanggan betul.

    ReplyDelete
  2. Banyak cabaran nya tu hehe
    tapi ok juga harga berpatutan :)

    Cik kumbang DIY je sbb malas nak deal dengan kedai (T_T)

    http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/search/label/DIY

    ReplyDelete
  3. Sabar aje la kan.. Kalau kak aiza pun geram juga kena macam tu.. Nasib baik kualiti kad dan hasilnya puas hati..

    ReplyDelete
  4. Banyak dah terlepas pasal story kahwin dia ni. Heheh :D Busy sikit lately ni. Sobsss T_T

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..tahniah atas perkahwinan akak..saya bru first time blogwalking sini..apapun kad kahwin akak, combination colour dia cantik..suka tengok..and the baju nikah comel sangat..sesuai dgn akak ^_^

    ReplyDelete
  6. total jmputan cik aisya tu berapa....xkn 500 je =D

    ReplyDelete
  7. kad jemputan dan majlis kahwin takkan berpisah..Its like dah jd adat walaupon boleh guna medium sosial sbg penghubung..huhuuhuuhuhuh ^^

    ReplyDelete
  8. hoho... memang menyirap kalau macam tu.

    ReplyDelete