25/11/2015
24/11/2015
Kerepek Berwarna Biru
Mengejar masa sebenarnya. Pening lah pulak seminggu dua ni. Macam macam hal nak kena settle. Itu lah, ini lah. Lagi satu hal nak membungkus Goodies Bag beribu lemon. Nasib baik lah ada colleagues yang cantik lagi baik hati sanggup turun padang sekali. Terima kasih rakan rakan!
Longgokan kerepek. Jual murah aje. 50 sen satu. Siapa cepat dia dapat. Limited edition katakan. Hiks. Kerepek pun ada limited edition tau.
Kotak kotak warna biru,
Jumlahnya ada ribu,
Tapi ada isi cuma dua kosong depannya satu.
Bertabah lah wahai cik kak. Tunggu sampai hari rabu. Hari khamis dah start cuti pulak. Haish, hujung tahun begini mood cuti tu memang memuncak muncak kan parasnya. Sigh.
p/s: Dah lama tak buat entri kerepek lah.
23/11/2015
Pirates Oreo Sparrow Kini Ada Dua Mata!
Rasa Iolls tak pernah kot bercerita tentang masalah si Kucing Oreo yang satu ini. Oreo baru je berusia hampir empat bulan masa I dan En. Barney balik kucing tersebut balik rumah. Alah anak kucing di rumah mak mertua jugak, I culik seekor.
Masa tu Oreo pun tak berapa nak sihat jugak. Dengan sakit mata dan selsema lagi. Hari hari lah I lap mata tu kan. Bila dah nak elok, dah kering, dia start gosok gosok mata pulak dah. Makin teruk jadinya.
Solution nya, hantar ke Vet lah. First vet yang weolls survey, kos lebih kurang RM500+. Yang kedua pulak, lepas tengok keadaan Oreo total cost approximately RM200+. Haruslah pilih yang second plus dekat sangat dengan rumah. Doctor cakap, ada ulcer pada mata. Dia just try buat TEF (Third Eyelid Flap), jahit dan tutup sebelah mata. Kalau after 2 weeks okay alhamdulillah lah. Kalau tak, kena remove bebola mata.
Semalam, tamat lah tempoh dua minggu after surgery. Appointment dengan doctor untuk buka jahitan. Bukan main lagi kucing pun siap ada appointment bagai tau. Dup dap dup dap jugak mengharapkan semuanya okay je. Lepas buka jahitan bagai, doctor tengok dia kata mata Oreo dalam healing process. Alhamdulillah.
Balik kenduri. ambik Oreo kat rumah terus pecut pergi Vet nak buka jahitan pulak. Ini muka orang happy sebab Orea dah hampir sihat. So total cost untuk si Oreo ni semua RM240. Nangis jugak oi tapi nak buat macam mana kan? Amanah kena lah jaga elok elok. Betul tak?
Paling senang bagi Oreo makan ubat, letak atas tapak tangan dan hulur je kat dia. Confirm dia makan. Cerita kat doctor yang Oreo ni jenis yang suka makan ubat. Even dia pun terkejut.
Memandangkan mata dah ada dua ni kan, bukan main ligat lagi dia lari sana sini. Kacau Caramel ikut suka dia aje. Last last duduk lah dalam carrier tu senyap senyap. Biar tak kacau semua orang.
Siapa nampak kaki Oreo dalam carrier cepat cepat angkat PC. Ehem.
p/s : Entri pasal Oreo tapi gambar Oreo tak ada pun. Hiks.
22/11/2015
[Movie] The Hunger Games : Mockingjay Part II
Akhirnya, penantian dari tahun dan tahun lepas akhirnya berakhir. Berjaya habiskan novel, dan finally berjaya tengok ke semua filemnya juga. Dalam pada kesibukan melanda, sempat jugak mencedok sedikit masa untuk tengok Mockingjay Part 2.
Hari jumaat lepas, merayap sekejap ke cinema yang berdekatan dengan rumah. Even dekat je dengan rumah, tapi lepas office hours tak menyempat nak balik tukar baju tukar kasut dulu. Konon nak nampak workaholic lah siap dengan T-Shirt office lagi pergi tengok movie kan. Ini namanya excited terlebih nak tengok Mockingjay Part 2.
Sinopsis Mockingjay Part IIRealizing the stakes are no longer just for survival, Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence) teams up with her closest friends, including Peeta (Josh Hutcherson), Gale (Liam Hemsworth) and Finnick for the ultimate mission. Together, they leave District 13 to liberate the citizens of war-torn Panem and assassinate President Snow, who's obsessed with destroying Katniss. What lies ahead are mortal traps, dangerous enemies and moral choices that will ultimately determine the future of millions
I dah baca dah novel Mockingjay before filem Mockingjay Part 1 and Part 2 released. So basically jalan cerita Iolls dah tahu dulu lah. Tapi tetap nak tengok movie Mockingjay tu jugak. Macam Iolls dengan Harry Porter series dulu. Baca novel, tengok movie. Orang tamak kan, haruslah nak dua dua.
Mockingjay Part 2 ni boleh kata lain sikit lah dari filem The Hunger Games yang terdahulu. Sebab dah masuk part perang kan. Senang kata a bit tense lah compare dengan yang before ni.
Yang follow kisah Katniss dari awal sampai sudah, sedia maklum yang Katniss dan President Snow memang bermusuhan sejak dari mula lagi. Dan target Katniss dari mula memang hendak menghapuskan President Snow. So dalam final movie ni, agak-agak berjaya tak Katniss bunuh President Snow eh?
Ending movie Mockingjay Part 1, ada ditunjukkan yang Peeta was hijacked semasa menjadi tahanan President Snow di Capitol selepas berakhirnya Quarter Quell dalam movie Catching Fire. Dijadikan senjata oleh President Snow untuk membunuh Katniss, dia tidak dapat membezakan yang mana memorinya yang sebenarnya dan yang mana direka oleh Snow atas tujuan untuk menghapuskan Katniss. Tapi agak agak ending mereka berdua ini bagaimana ye?
Paling I tak suka lah part ini. Mutan dalam sistem pembentungan. Dilepaskan untuk menghalang Katniss dalam misi untuk menghapuskan Snow. Dan lagi tak best, ada beberapa watak yang dimatikan di dalam scene ini. Siapa tu Iolls tak nak bagi spoiler eh. Yang penting adik I cukup frust bila watak yang sorang tu mati.
Konklusinya, Mockingjay Part 2 bagi I memang lah best. Tapi tak tahu lah kenapa rasa macam kurang sedikit berbanding Mockingjay Part 1. Beyond expectation? Nay. As expected? Hmm, tak berapa lah. Tapi still best jugak lah. Cuma I rasa part klimaks tu, rasa macam "Eh, dah tamat ke perang nya?"
Overall The Hunger Games: Mockingjay Part 2 dalam 7.5 / 10. Itu bagi I lah. Komen En. Barney pulak, jalan cerita Mockingjay Part 2 ni agak slow. Slow celah mana lah agaknya tu.
p/s : Masa baca novel dulu tak boleh nak terima kenyataan yang watak ini mati, watak itu mati. Oh nasib baik I baca novel dulu. Kalau tak mesti jadi macam adik I, "Kenapa dia mati????"
20/11/2015
Masalah Perut Kembung yang Penuh
Kebelakangan ini, mulut ni kan tak boleh nak berhenti mengunyah. Contoh yang terbaik, time kerja lah. Dengan jiran work station sebelah sekali tak boleh nak berhenti menyumbat. Makan itu makan ini, kunyah itu kunyah ini. Faktor penyumbang utama, stress. Alah, alasan je semua tu. Padahal nafsu makan memasing dah macam naga. Eh.
Bila dah makan banyak banyak, makan macam macam, start lah rasa macam perut full, perut kembung dan sebagainya lah. Selagi 'angin' tu tak keluar, selagi itu lah rasa tak selesa. Itu lah siapa suruh makan tak ingat dunia kan!
Rasa seksa oi bila kekononnya tak boleh nak 'burp' sana 'burp' sini. Kemudian mula lah gatal jari nak cari pakcik google.
Ada lah beberapa cara dan tips yang ditemui ehsan daripada pencarian Pakcik Google. Kaedahnya dengan harapan membantu lah.
Mungkin ada lah masa membantu jugak kan. Hiks.
1. Mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan angin dan perut kembung. Menurut pembacaan, ini bergantung kepada individu jugak. Kadang kadang tak boleh makan sesuatu makanan itu, kadang kadang boleh jadi kombinasi makanan. Harus try and error dalam hal ini.
2. Minum sebelum makan. Kononnya minum lebih kurang 30 minit sebelum makan boleh membantu sistem pencernaan.
3. Makan atau minum dengan perlahan. Konsepnya tertelan angin lah bila gelojoh. Makan angin tapi perut kembung.
4. Jangan 'menelan' angin. Oh ini ikut pemahaman Iolls lah. Nak translate bahasa lebih helok tu I tak berapa nak tahu sangat lah. Tapi habits macam smoking dan mengunyah chewing gum itu lah. Minum dengan menggunakan straw pun boleh menyebabkan perut kita peuh dengan angin.
5. Elakkan pemanis tiruan.
Ada lagi beberapa tips untuk mengelakkan kembung perut, angin atau yang sewaktu dengannya itu lah. Cuma I ambik yang penting penting saja.
Tapi secara konklusinya, semua ini bergantung kepada diet harian kita jugak. So mulai sekarang kena lebih berhati hati dari segi pemakanan supaya gaya hidup sihat boleh diamalkan. Hiks.
p/s : Bila nak start exercise dengan mini treadmill itu entah.
sumber: INI
19/11/2015
Spontaneous Thursday : Berjimat Cermat
Di kala gawat begini,
Masing-masing dengan bekal sendiri,
Siap dengan potluck lagi,
Sementara menunggu gaji.
18/11/2015
17/11/2015
Caramel The Cat
Sudah beberapa kali muncul dalam entri entri yang terdahulu seperti di SINI dan juga SINI. Tapi hari ini baru lah berkesempatan untuk introduce Si Telinga Pendek ni kat uolls. Dah lebih seminggu tinggal bersama sama Oreo. Kalau mula mula dulu malu malu kucing tapi sekarang? Huh, keluar semua taring.
Ini adalah Caramel. Nama singkatan, nama glamour, nama pena adalah Mel. Kadang kadang kalau Iolls terlebih rajin panggil nama panjang akan jadi 'Mello Jello Caramello"
Baka Scottish Fold. Dulu selalu barangan nak beli Scottish Fold sebiji. Ini semua salah Maru lah, seekor kucing baka scottish fold yang famous amos itu!
Maru the Japanese Cat
Orang kata Scottish Fold ni mahal. Tapi I, tak ada maknalah nak menghabiskan ratus riban semata nak beli kucing meow meow seekor semata kan.
Mel, mula mula dulu adalah kepunyaan member kepada member Iolls. Eh, macam mana ayat ni sebenarnya? And then, member Iolls tanya, "Aisya, nak kucing seekor lagi tak?"
I pun on aje untuk temankan Oreo di rumah kan. Kira free of charge, ambik dan jaga elok elok je. Cuma I hulur lah not RM100, sebagai sedekah lah kaedahnya.
Angan angan nak bela kucing Scottish Fold seekor, checked!
Oh jangan tanya kenapa telinga dia pendek sebab telinga dia memang jenis yang begitu pun. Mari kita lipat lipat telinga dia. Hiks.
p/s : Sepanjang hari tidur pun dia mampu. Ish ish.
16/11/2015
Alhamdulillah
Ada orang pernah cakap. Orang sakit lah yang kena banyak bersabar.
Allah baru tarik nikmat sebelah tangan. Itu pun untuk seketika insyaallah. Cuba bayangkan insan yang kurang bernasib baik. Bagaimana?
15/11/2015
[Resipi] Nasi Goreng Telur Masin
Sakit itu kifarah dosa. Alkisahnya, tangan sebelah kiri dari bahu sampai lah ke hujung jari sakit since cuti deepavali tempoh hari. Sebab musabab, angkat barang barang berat. Bila pergi klinik dapat pulak surat cinta untuk jumpa doktor pakar. Asyik complaint sakit bahu aje kan. Bila jumpa doktor pakar, doktor bagitahu muscle mungkin koyak sedikit. Kononnya kerja kuat sangat. Dapat ubat dua tiga jenis, if sakit lagi kena buat appointment lagi lah jawabnya. Kena inject, buat fisioterapi? Mintak simpang hoi.
Hampir seminggu sakit, hampir seminggu jugak tak boleh nak buat kerja berat. In fact menaip pun harus dikurang kurang kan. Tapi faham faham sendiri lah. Ehem. Bila tak boleh nak buat kerja berat, automatik En. Barney haruslah jadi suri rumah separuh masa yang kena overtime sikit. Nasib baik hidup berdua dah sekarang kan.
Cuma part masak aje lah tak bertukar tangan. Tapi bila dah sakit masak pun yang simple aje. Hampir seminggu kering jugak idea nak masak apa dah. Semalam, korek korek resipi kat facebook. Jumpa lah satu resipi yang Iolls baru first time dengar.
Nasi goreng telur masin. Alahai nak share pasal nasi goreng je pun, mukadimah panjang melampau. Tak padan dengan sakit.
Tapi I tak follow resipi pun. Seiring apa bahan bahan yang ada di dapur. Resipi asal ada udang ada cili. Tapi I tak makan dua dua so kedua bahan tersebut I tolak tepi. Kebiasannya kalau buat nasi goreng, I suka tambah cendawan tapi cendawan baru je habis tak sempat nak keluar refill so sosej je lah bahan tambahan yang Iolls letak.
Selalunya kita dengar nasi goreng ikan masin kan? Telur masin ni macam rare sedikit. So kalau uolls nak try buat nasi goreng telur masin untuk breakfast atau dinner ke boleh lah follow resipi di bawah ini. I cedok dari SINI.
Bahan-bahan:
2 biji telur masin
2 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar mentega
Beberapa ekor udang segar atau isi ayam
Daun bawang - dipotong pendek
Cili padi
Cara menyediakannya;
1. Rebus telur masin, kupas dan hancurkan dengan garfu
2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang putih dan kacau hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sebentar. Angkat dan masukkan dalam pinggan, ketepikan seketika.
3. Masukkan lagi 1 sudu minyak masak ke dalam kuali tadi, goreng udang/ayam hingga kekuningan, ketepikan seketika.
4. Perlahankan api, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga cair sepenuhnya dan masukkan telur masin yang dah dihancurkan. Masak sehingga telur agak berbuih dan masukkan cili padi.
5. Kacau udang/ayam di dalam telur masin yang berbuih tadi dan kuatkan api dapur. Masukkan kembali nasi yang sudah digoreng sebentar tadi. Letakkan daun bawang dan kacau seketika.
6. Perasakan dengan lada sulah dan tambahkan sedikit garam sekiranya kurang masin.
Tapi Iolls tak tambah garam pun sebab telur masin memang dah masin pun kan. Actually cara di atas pun I tak follow sangat pun. Ikut suka hati I je. Tapi still sedap jugak.
Eh eh puji masakan sendiri pulak. Hiks.
Sumber: Resipi Sedap
14/11/2015
Menangani Kucing yang Hiperaktif
Bangun pagi hari-hari, confirm akan pening kepala tengok keadaan ruang tamu. Novel yang I susun cantik di rak 4 tier, sure lah akan terbang ke atas lantai. Paling I hangin, muka depan koyak sana koyak sini. Remote TV? Pun sama lah, ada sayap boleh terbang. Padahal dah cantik je letak atas kabinet TV sebelum masuk tidur.
Kadang kadang macam rumah kena selongkar je, which is true lah. Tapi bukan dengan manusia tapi kucing! Malam malam bising aje bunyi dari ruang tamu. Kucing lah tu, bekerja keras menjatuhkan barang.
Hari ini memang mengundang amukan betul. Keluar dari bilik tidur, benda pertama nampak cebisan tisu depan pintu bilik. Dah rasa berapi dah. Tengok tengok satu roll tisu dapur kena golek sana sini. Dari ruang tamu sampai ke dapur. Ei kucing ni, dah pandai naik atas meja makan pulak! Bukan tisu je, gelas atas meja sedap aje dia buang ke bawah. Tak memasal pagi pagi terbongkok bongkok bawah meja kutip kaca.
Alas kaki tak pernah lah nak cantik helok je terletak atas lantai. Hmm
Geram dan pening, so I try lah google bagaimana nak mengatasi kucing hiperaktif begini. Dan hasilnya;
1. Cat plus one
Bela seekor lagi kucing kononnya sebagai teman bermain. Been there done that kaedahnya. Ambik Caramel dari member office kononnya nak teman Oreo bermain.
Caramel si Telinga Pendek
2. Play, play and play!
Kononnya sebagai salah satu cara menyalurkan energy si kucing hyperactive ni. Especially sebelum tidur. Begitu lah selalunya. setiap malam before masuk tidur En Barney akan melayan dan bermain dengan Oreo and Caramel tu dulu. Tapi untuk Oreo yang hyper tu memang tak makan saman. Beli kan dia sebiji bola loceng, entah mana dia sorok. Sampai sudah tak jumpa.
3. Hungry like the cat
Don't leave the food in a bowl but make him work for his meals. Okay ini menarik. Letak dry food in a treat ball. Nak makan kena bekerja keras sedikit lah.
4. Up Where Cat Belongs
Cats love tall cat trees in strategic places around the house. Ini pun menarik. Memang ada planning nak beli cat tree satu untuk mengelakkan Orea panjat grill tingkap sampai ke bulan. Nampak gayanya hari ni jugak lah kena pergi beli. Tak nak lah esok lusa pecah kaca pecah gelas lagi.
Tips #1 dan #2 memang dah follow pun. Sekarang nak try tips #3 dan #4 pulak. Kalau tak makan saman jugak, memang nak kena Oreo ni!
p/s : Tak pernah weh bela kucing hyperactive melampau macam ni. Bantai main dengan dia siang pun malam pun still active lagi. Erk.
sumber: Catchannel.com
13/11/2015
Mengeluh dan mengeluh lagi.
Banyak mengeluh tak membawa apa kebaikan.
Umpama berputus asa di awal perjalanan.
Lebih baik mengali lubang penyelesaian.
Daripada tersungkur, tidak langsung ke hadapan.
12/11/2015
Memborong di Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf
7th November yang lepas, alhamdulillah berkesempatan jugak untuk menjengah Jualan Gudang Karangkraf yang bertempat di perkarangan Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Kan Iolls ada mention dalam entri INI, yang I dapat tahu mengenai jualan gudang ni daripada mak. Mak pesan borong novel untuk dia dan kebetulan novel baru Ramlee Awang Murshid turut dijual during jualan gudang tu. Iolls apa lagi, memang tak mungkin lah I tak terjah.
Sampai di perkarangan kompleks karangkraf lebih kurang pukul 10.30 pagi rasanya. Pengunjung tak adalah ramai sangat, sikit pun tidak. Tapi boleh kata ramai lah cuma tak rasa macam bersesak sangat lah.
Pusing kiri kanan depan belakang dulu bagi familiar dengan susun atur, novel itu di sini novel yang ini di sana, baru boleh mulakan misi memborong.
Memang rambang mata! Di sini diskaun up until 25%, sana pulak longgokan novel berharga RM3 dan di situ pulak, harga RM 1 satu.
Ha, dah pening lah tu. Agaknya novel apa yang I nak beli untuk Mak. Sambil sebelah tangan pegang phone. Snap snap gambar then whatsapp mak tanya novel mana yang belum dibeli.
Bila pening tu, start lah pamer muka blank. Agaknya tengok muka blank Iolls kot dapat soalan cepumas, I ni minat novel yang macam mana? Romantik komedi atau begini dan begitu. Terima kasih novelis Zura Rahman for the suggestion. Haruslah suggest novel karya beliau sendiri kan? I yang tengah pening pening lalat memilih novel, terus rembat dua novel beliau. Dua dua untuk mak.
Dalam pukul 11 lebih, sesi memborong pun selesai. Agak kuciwa jugak lah tempoh hari sebab Iolls datang memborong pada waktu pagi, session Novelis RAM pulak di sebelah petang. Kalau ikutkan kepala gila Iolls ni, memang akan datang balik petang tu semata mata nak mintak sign! Tapi petang tu I terpaksa ke Vet untuk hantar Oreo the cat buat surgery, punah angan angan memiliki Sunan Cinta Nan Sakti yang siap ada tandatangan.
Tujuh buah buku semuanya. Dua yang diatas untuk diri sendiri, yang selebihnya untuk Mak. Total semua, RM103. Budget yang diperuntukkan adalah RM100, tapi disebabkan satu novel tu harga RM3 je, alang alang I pun ambik lah untuk Mak.
Nasib baik mood baca novel melayu tak sampai lagi buat masa sekarang, kalau tak mahunya berdozen dozen I borong. Ehem.
p/s : Sesi memborong seterusnya untuk diri sendiri dan adik pulak. Big Bad Wolf, tazzabarrrr!
11/11/2015
10/11/2015
FatBaby-ing @ FatBaby Ice Cream, SS15
Tempoh hari dah share teaser dalam entri INI. Hari ini marilah kita mulakan kisahnya. Oh solution untuk masalah kesukaran untuk transfer gambar tempoh hari - install Dropbox then link kan dengan computer. Habis cerita.
Okay, kisah ini terjadi pada hari Jumaat lepas. After office hours. Ini semua salah laman sosial Facebook. Share sana share sini sampai semua terliur. Bila tengok kat Facebook nampak macam sedap sangat, so ambik keputusan dengan geng rapat kat office yang weolls panggil Geng Pepsi untuk terjah tempat tersebut. Er, cerita disebalik nama Pepsi tu, tak perlu lah I cerita eh. Konsepnya, biar kita kita aje yang tau. Hiks.
Semata mata kerana Ice Cream !
Hadap jammed orang balik kerja dari Bukit Jelutong ke Subang Jaya. Gigih kerana Ice Cream kaedahnya.
En. Barney yang pertama sampai di destinasi. Sebabnya office En. Barney and FatBaby in walking distance je. Adalah lebih kurang 5 minit jalan kaki.
Sampai sampai je Full House okay! Kedainya kecik aje pun. Tunggu kejap dalam 5 hingga 10 minit, baru dapat tempat duduk.
Duduk sekejap, toleh kiri kanan sambil snap sana sini. Perhati macam mana konsep kedai ni and apa menu yang ada. Biasalah first time datang kan.
Flavours
Menu
Drinks
Before uolls order tu, boleh try ice cream dulu. Sebab ada banyak flavours kan, jadi mesti rambang mata nak pilih yang mana satu. Nak try semua pun boleh aje. Choose your flavours and then uolls pilih lah sama ada nak makan Ice Cream saja or dengan Waffle. Nak single scoop, double scoop or berapa banyak scoop pun ikut suka uolls lah.
Order Ice Cream aje. Drinks semua tolak tepi. Sebab ada disediakan plain water for free. Yela makan ice cream manis manis, plain water adalah combination yang terbaik. Baru boleh menikmati ice cream dengan jayanya kan? Ehem.
I dan En. Barney masing masing pilih Double Scoop with Waffle (RM17.00 each) dengan perisa yang berlainan and member lagi tiga orang pulak order Get Stuffed (RM38.00). Weolls panggil Ice Cream bertingkat tingkat - dua waffle dan 5 scoop ice cream.
En. Barney - White Chocolate Blueberry Pie (Belakang) and Strawberry (Depan)
Iolls punya - Honey, I'm Home (Kiri) and Madagascar Vanilla Bean (Kanan)
Get Stuffed
Mak aih, sedap oh! Iolls paling suka Madagascar Vanilla Bean. Padahal perisa Vanilla je pun tapi rasa vanilla tu. Yummy! Honey, I'm Home? Itu pun sedap juga! Madu tapi tak rasa manis sangat pun. And Waffle tu pulak, nak cerita pun dah telan air liur banyak kali macam mana?
Pepsi!
Finally group photo. Biarpun tak complete, tak cukup tiga orang. Seorang, anak kecik meragam dan tak sihat yang mana keesokan nya admit hospital due tu dehydration. Yang seorang lagi, balik rumah after office hours urus husband and anak kecik. Sorang lagi? Satu-satunya kumbang sedang berfoya foya di Seoul. Dia cuci mata tengok IU, weolls sini makan ice cream sedap bro.
FatBaby Ice Cream
Address : No. 47, Jalan SS15/4B, 47500, Subang Jaya
By the way, FatBaby Ice Cream cuma buka tiga hari seminggu tau. Friday until Sunday. Untuk operating hours, boleh lah usha FB FatBaby Ice Cream di SINI.
p/s : Jom pergi lagi En. Barney.
09/11/2015
Teaser: Makan Sampai Kembung!
Hari ini teaser lagi. Tapi bukan masalah nak transfer gambar. Kali ini kekangan masa pulak. Terkejar kejar dengan itu dan ini. Nak menaip pun sesingkat yang boleh je mampu. Serba serbi tak menyempat.
Tiada masa membaca novel. Kurang masa juga jari menaip. Itu pasal stress level di tahap hampir maximum. Tiada terapi stress. Sobs.
Oh semalam, makan makan di rumah member. Mencuba sesuatu yang baru. Sedap oh! Apa dia eh? Nanti lah Iolls cerita.
p/s : Main chess ? Noob lah.
08/11/2015
Teaser: Syurga Ice Cream
Share teaser aje lah yang mampu. Ada problem nak transfer gambar dari phone ke laptop menyebabkan entri ini terpaksa ditangguhkan lagi dan lagi dan lagi. Sampai Iolls pun rasa macam malas nak berblog dah. Boleh?
Ini semua upgrade windows punya pasal lah. Problem Windows 10, itu ini tak compatibe. Kita pulak terpaksa cari dan download sendiri itu ini.
Oh termengadu pulak. Ingatkan mood menaip kemerepekan pun down sekali, rupanya tidak.
p/s : Tetiba menyesal pulak kita upgrade Windows 10 bila mana ianya belum lah stable mana pun. Pfft.