15/11/2015

[Resipi] Nasi Goreng Telur Masin

Sakit itu kifarah dosa. Alkisahnya, tangan sebelah kiri dari bahu sampai lah ke hujung jari sakit since cuti deepavali tempoh hari. Sebab musabab, angkat barang barang berat. Bila pergi klinik dapat pulak surat cinta untuk jumpa doktor pakar. Asyik complaint sakit bahu aje kan. Bila jumpa doktor pakar, doktor bagitahu muscle mungkin koyak sedikit. Kononnya kerja kuat sangat. Dapat ubat dua tiga jenis, if sakit lagi kena buat appointment lagi lah jawabnya. Kena inject, buat fisioterapi? Mintak simpang hoi. 

Hampir seminggu sakit, hampir seminggu jugak tak boleh nak buat kerja berat. In fact menaip pun harus dikurang kurang kan. Tapi faham faham sendiri lah. Ehem. Bila tak boleh nak buat kerja berat, automatik En. Barney haruslah jadi suri rumah separuh masa yang kena overtime sikit. Nasib baik hidup berdua dah sekarang kan. 

Cuma part masak aje lah tak bertukar tangan. Tapi bila dah sakit masak pun yang simple aje. Hampir seminggu kering jugak idea nak masak apa dah. Semalam, korek korek resipi kat facebook. Jumpa lah satu resipi yang Iolls baru first time dengar. 

Nasi goreng telur masin. Alahai nak share pasal nasi goreng je pun, mukadimah panjang melampau. Tak padan dengan sakit. 


Tapi I tak follow resipi pun. Seiring apa bahan bahan yang ada di dapur. Resipi asal ada udang ada cili. Tapi I tak makan dua dua so kedua bahan tersebut I tolak tepi. Kebiasannya kalau buat nasi goreng, I suka tambah cendawan tapi cendawan baru je habis tak sempat nak keluar refill so sosej je lah bahan tambahan yang Iolls letak. 

Selalunya kita dengar nasi goreng ikan masin kan? Telur masin ni macam rare sedikit. So kalau uolls nak try buat nasi goreng telur masin untuk breakfast atau dinner ke boleh lah follow resipi di bawah ini. I cedok dari SINI

Bahan-bahan:
2 biji telur masin
2 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar mentega
Beberapa ekor udang segar atau isi ayam
Daun bawang - dipotong pendek
Cili padi

Cara menyediakannya;
1. Rebus telur masin, kupas dan hancurkan dengan garfu
2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang putih dan kacau hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sebentar. Angkat dan masukkan dalam pinggan, ketepikan seketika.
3. Masukkan lagi 1 sudu minyak masak ke dalam kuali tadi, goreng udang/ayam hingga kekuningan, ketepikan seketika.
4. Perlahankan api, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga cair sepenuhnya dan masukkan telur masin yang dah dihancurkan. Masak sehingga telur agak berbuih dan masukkan cili padi.
5. Kacau udang/ayam di dalam telur masin yang berbuih tadi dan kuatkan api dapur. Masukkan kembali nasi yang sudah digoreng sebentar tadi. Letakkan daun bawang dan kacau seketika.
6. Perasakan dengan lada sulah dan tambahkan sedikit garam sekiranya kurang masin.

Tapi Iolls tak tambah garam pun sebab telur masin memang dah masin pun kan. Actually cara di atas pun I tak follow sangat pun. Ikut suka hati I je. Tapi still sedap jugak. 

Eh eh puji masakan sendiri pulak. Hiks. 

Sumber: Resipi Sedap

6 comments:

  1. walau simpe, tapi sedap tu.. ;)

    ReplyDelete
  2. wow... cam menarik jer buh telur masih... akak tak pernah buh telur masih,,, leh cuba nie... thanks :)

    ReplyDelete
  3. wah sejak kawin ni rajin masak...thumbs up

    ReplyDelete
  4. amboii diaaa! sakan masak masa sakit ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak masak kang laki nak makan ape oi. Hahah

      Delete
  5. Sedapnya.dah rasa masin2 Kat lidah.terliuq cheq hehe

    ReplyDelete