Dah lama tak share tentang novel kan? Ada je beberapa novel yang I dah baca kebelakangan ini. Tapi terlupa pulak nak taip entri. Tak apa boleh dijadikan bahan time idea kontang. Masalahnya sekarang subject tu banyak, mood tu yang tak ada.
By the way novel Sunan Cinta Nan Sakti ini memang novel yang I tunggu tunggu. Masa Jualan Gudang Karangkraf tempoh hari, sempat grab sebuah. Cuma tak berkesempatan untuk ditandatangani oleh penulisnya saja. Sebabnya hari yang sama Iolls nak hantar Oreo Si Kucing jumpa Vet, nak buat surgery. Tapi tak apalah. Next time pun boleh. Hiks.
Sunan Cinta Nan Sakti
Ramlee Awang Murshid
Sinopsis Sunan Cinta Nan SaktiCinta menuntut seluruh pengertian. Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman menyulam cinta dalam kancah pertempuran, permusuhan dan perjuangan. Cinta - tidak terlafaz dalam lisan. Hanya suara hati yang melagukannya biar dilandai krisis paling parah. Cinta - bakal diakhiri dengan peperangan. Mengorbankan insan tersayang. Apakah semua ini mahar untuk sebuah pernikahan?Wali Sufi - melarang cinta Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman atas alasan yang berbeza. Cintai Penciptamu terlebih dahulu nescaya cinta fitrah suci bakal dikurnia-NyaMaharani - menegah cinta Sang Ratu atas sebab... cinta itu melumpuhkan sifat serikandi seorang pejuang."Aku akan kembali mendapatkanmu, Saifudin. Akan ku hancurkan kau dalam gumpalan tanah negerimu sendiri. Akan aku pastikan kuburanmu tidak bertanda. Akan kupastikan kematianmu tidak diratapi... apatah lagi untuk dikenang. Seluruh marga negerimu akan ku seksa. Ku jadikan negerimu sebuah nereka dunia!" - Ratna Sang Ratu Sulaman"Sebagai manusia.. aku sayang padamu." Saifudin dengan gelar Laksamana Sunan.Dalam kancah peperangan dan permusuhan yang sedang rancak bergolak, maka...Di sinilah... lahirnya seorang legenda.Di sini jugalah zahirnya sebuah cinta.
I ambik masa sebulan juga untuk habiskan novel yang satu ini. Sebabnya bulan lepas Iolls sibuk menguruskan Majlis Bertandang di pihak lelaki pulak.Tapi settle majlis, I sambung baca dan beberapa hari kemudian tamat lah ia.
Point utama dalam novel Sunan the Series yang kali ini adalah berkisar tentang cinta. Bukan sahaja antara Saifudin dan Ratna seperti yang terkandung dalam sinopis tapi banyak lagi. Cinta kepada Pencipta, kisah Megat dan Seroja. Dan juga cinta si Jaka yang kemudiannya terjebak dalam kancah kegelapan, lebih dikenali sebagai Raja Tambuakar yang bermaharajalela di Tanah Mati. Biarpun point utamanya tentang cinta. Aksi lawan itu ini tetap ada.
Novel yang ini, sebenarnya adalah permulaan kisah Laksamana Sunan. Sebelum novel Bagaikan Puteri lagi. So siapa yang dah baca keenam-enam novel sebelum ini, automatik akan refresh balik, er apa yang jadi sebelum ini eh? Tapi best lah! Masa baca akan rasa macam "Oh, ini begini begitu rupanya kisah sebelum ini."
Siapa yang tak baca lagi enam buah novel terdahulu dalam Sunan The Series ini atau yang baru berjinak jinak untuk membaca karya Ramlee Awang Murshid, no worries. Uolls boleh baca novel Sunan Cinta Nan Sakti ni dulu. Tapi jangan cakap I tak bagi warning dulu, kisah Sunan ni addictive tau. Hiks
p/s : Ada lagi ke kisah Sunan selepas ini? Dah bertahun tahun kot follow cerita Laksamana Sunan ni.
Laksamana sunan no mcm dadah, ketagih .. ahaha
ReplyDeletedah lost track dah dengan cerita laksamana sunan.. banyak sangat.. hehehe
ReplyDeletenovel baru ya
ReplyDeletetak.pernah baca novel ni
ReplyDeletethank you for the update. confirm cari lepas ni . yeay !
ReplyDeletebagus aisya rajin membaca..
ReplyDeleteKan.. addictive! Skali Baca trus terpikat Dan tertunggu2..
ReplyDeleteMahu kah kau mendengar tawaran ku...
ReplyDeletesunan the best ..thanks pencipta..
novel ne mcm dadah..