25/12/2015

Salam Jumaat : Dosa Besar Di Antara Dosa Yang Besar

Daripada Abdurrahman bin Abu Bakar r.a, daripada bapanya, Rasulullah SAW bersabda, 

"Mahukah aku beritahukan kepada kalian tentang dosa yang paling besar di antara dosa dosa yang besar?"

Kami menjawab, 

"Mahu, ya Rasulullah!"

Baginda berkata,

"Syirik kepada Allah dan derhaka kepada orang tua."

Ketika itu, baginda sedang bersandar, lalu duduk seraya berkata,

"Iaitu kesaksian palsu."

Baginda terus mengulang-ulang itu, sehingga kami berkata,

"Seandainya sahaja baginda diam."

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi)


sumber : Ar-Raudhah, Karya Bestari

5 comments:

  1. ok....
    that two writers........
    thanks kak aisya!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Takut dengan syirik kecil yang kita buat tanpa sedar.. Salam blogwalking.. And salam maulud nabi jugak.. Jom amalkan sunnah..

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang bermanfaat..

    ReplyDelete
  4. hm. salah satu tanda kiamat. saksi yg menipu. Allahu T_T

    ReplyDelete