19/01/2016

Makan Makan @ Big D Burger, Miri

Masih lagi bercerita tentang kisah sabtu lepas. Pagi menghadiri kenduri kahwin member sekolah, tengahari pulak sempat menonton movie 5th Wave di TGV Permaisuri Mall. Skip dahulu aktiviti jalan jalan cuci mata tengok view bandar Miri dari puncak Canada Hill. Terus ke adegan makan-makan di satu tempat lepak yang baru ditemui. Sebenarnya terjah dua tempat sebelum ke destinasi terakhir ini tapi sayang, tak ada rezeki nak melantak. Eh. 

Dapat tau tempat ni pun gara-gara terstalk IG member. Caption kemain gempak kononnya tempat ni famous amos. Memandang dah habis idea nak makan dan lepak kat mana, apa kata weolls try lah tempat ni pulak. Lagipun masing-masing tak pernah lagi jejak kaki di sini dan rumah masing-masing pun dekat je. 


Buka pukul 6.00 petang. Weolls sampai je lebih kurang dalam 6.15 petang macam tu lah. Sampai aje dijemput oleh dua ekor kucing mok mok yang I rasa kepunyaan owner Big D ini.  

Belek dan belek buku menu, akhirnya I order Beef Egg Cheese burger with BBQ sauce, Yang lain-lain pulak order Lamb Bluess Burger yang katanya guna Blue Cheese, Burger Lamb biasa and member I yang sorang lagi siap order dua minion burger yang mana satu chicken dan satu lagi beef with add on cheese kedua-duanya.  


Yang dua ketul di belakang itu adalah minion burger


Lamb burger. 

Gambar makanan semua ehsan member I sebabnya handphone I dan En. Barney dua-dua tak boleh on dah dek kerana kehabisan bateri. So sayang pulak tak ada gambar Bluess Cheese untuk tatapan umum. 


5 kepala dan 6 burger. Kenapa enam burger? Kan I dah cakap tadi, yang sorang tu order minion burger sampai dua ketul. Tak besar pun burgernya. Guna roti kepci tu je. Alah yang uolls beli snack plate dapat roti butterscotch seketul tu. Ha besar itu je lah minion burger tersebut. Kalau time lapar boleh eching macam makan boat noodle kaedahnya. Cuma ini bukan bermangkuk-mangkuk lah tapi berketul-ketul. Hiks. 

Anyway, kat mana letaknya Big D Burger ni? Di Desa Senadin, Miri. Kalau takat duduk area Bandar Baru Permyjaya tu sila lah terjah Big D. Bukan jauh mana pun. Ataupun student Curtin University, I rasa tempat ni dah jadi tempat makan wajib terjah dah. Nak jalan kaki dari Curtin University or Curtin Village pun boleh oi. Tapi bak kata member Iolls, nak jalan kaki pun still lencun ketiak jugak lah. 

Big D Burger
Address : Lot 2809, Lorong Desa Senadin 2A-4
Facebook : Big D (Miri)

Masa weolls terjah tempoh hari tak ramai orang pun. In fact, kami berlima je yang ada. Mungkin sebab awal sangat kot. Pukul 8.00 malam tu mungkin ramai jugak lah customers kalau tengok kat FB lah. Gerai depan rumah aje so standard lah kalau meja agak limited sikit. Tapi kalau dah berpuas hati and dekat je dengan rumah, tapau and makan aje lah kat rumah kan. Tetap puas hati jugak. 

p/s : Siap burger king size pun ada oh. Berapa belas ringgit entah seketul. 

8 comments:

  1. Terliur plak tgok burger tu semua..

    ReplyDelete
  2. Nape jauh sgt sobs sobs TT_TT
    Qila tak pnh lagi mkn burger burger ceni hihi.
    Nak ajak la family hihi. Thanks kak aisya! <3

    ReplyDelete
  3. terliur lak tengok burger besar camtu hehe :D

    ReplyDelete
  4. Ya ampun kecur ailio tengok. Hahaha

    ReplyDelete
  5. Makan burger bersama teman best woo lagi lain-lain, rasa burger di kongsi bersama :)

    ReplyDelete
  6. tempting betul rupa berger tu...memang mampu membuka selera orang yang tgh diet...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. Bunda taj pernah lagi rasa burger2 yang macam2 ni... burger biasa mc D jer n yang pasar malam jer..

    ReplyDelete
  8. Bila sebut da mcm MCD la pulok..hikhik

    ReplyDelete