25/01/2016

Menyinggah Sebentar di Mee Bandung Abu Bakar Hanipah, Muar

Semalam, merentas sempadan negeri sebentar untuk menghadiri jemputan perkahwinan member matrikulasi En. Barney di Muar. Bila sebut Muar, automatik teringat Mee Bandung. Dulu masa zaman belajar kat UKM, setiap pagi hari sabtu ataupun ahad, mesti breakfast mee bandung sedap. Iolls pun dah tak ingat dah tempat tu seksyen berapa, Seksyen 16 kot kalau tak silap. Alah area tapak pasar malam tu dekat dengan Maybank tu ha.  

Memandangkan dah jejak kaki ke Muar, apa kata kita try Mee Bandung yang memang asli dari Muar pulak. Biarpun time tu perut penuh lagi kan. Baru lepas melantak lauk kenduri katanya. 


Google Mee Bandung Sedap di Muar. Dan menerusi carian google, ke Mee Bandung Abu Bakar Hanipah lah kita. Dah alang-alang sampai tengah bandar kan. 


Close up sikit lah. Hiks. 

Mee bandung siap ada daging, sotong dan udang tu. Dan dengan lambakan sayur. Whatsapp gambar ni dekat Mak Iolls, dia siap tanya kenapa tak nampak pun mee. Dah kena tutup dengan sayur, mak. 

Sedap tak? Boleh lah. Tapi still tak boleh lawan Mee Bandung favourite kat Bangi tu! 


Nak datang ke sini uolls just perlu waze "Mee Bandung Abu Bakar Hanipah". I nak bagi direction jangan harap ler. First time datang Muar. Eh, tak lah first time pun. Sebelum ni takat Sungai Mati tu je. 

Singgah makan kejap lepas tu bergerak pulak ke rumah Makcik En. Barney. Berkejar-kejaran kononnya nak sampai rumah sebelum pukul 9.00 malam. Iye lah nak tengok Anugerah Juara Lagu katakan.

Dalam perjalanan, En. Barney sempat singgah beli kupang dua kilo dengan harga sekilo enam hengget. Bila ditanya dengan abang jual kupang tu, kenapa harga dah naik seringgit. Katanya kupang susah nak dapat sekarang ni.


Pst. Ini bukan kupang ye adik-adik.

Beli kupang tapi gambar lokan. Pun boleh lah. Eh lupa nak google resipi kupang sedap. En. Barney request pulak masakkan kupang semalam. Macam lah wife dia pernah masak kupang pun sebelum ni. Makan pun er macam tak pernah je. Ke pernah sekali? Eh, abaikan lah. Tak kuasa lah nak mengingat. 

p/s : Dapat oven sebijik hadiah kahwin tempohari. Nak membaking lah hari ini. Hiks. 

8 comments:

  1. pernah makan mee bandung kat area Putrajaya tapi tak ingat katne, sedap :)

    ReplyDelete
  2. Kat muar banyak kedai mee bandung...cuma kena pandai dan rajin cari...hihi

    ReplyDelete
  3. pehh mee bandung tak nampak mee..sedap²..;p

    ReplyDelete
  4. Eeee selalu tau makan sedap TT_TT

    Wowowow! Happy baking btw :p hihihi!

    ReplyDelete
  5. Kita penah mkn kupang tapi 20 tahun yg lalu kahkahkah giler lama dah

    ReplyDelete
  6. Nampak menyelerakan pula!Nak sikitt..

    ReplyDelete