10/06/2011

Bukan Super Ring tapi......

Tengok title teringat pulak pementasan teater Bukan Dejavu Kelab Teater Prasada untuk Pekan Teater Universiti yang lepas. Ok, kita lupakan pasal Bukan Dejavu yang tu, sekarang ni kita nak cerita pasal benda lain. Tapi before tu nak tanya dulu. (Gambar ni semua dari Mr. Google tau).

Siapa follow tv series yang ni?

Siapa kenal actress ni?

Dan siapa teringin nak tengok cerita ni?

Actually bukan nak cerita pasal semua yang diatas ni, tapi still ada kaitan la jugak. Nak tau, sila baca sampai habis. Baru paham apa kaitannya dengan semua gambar-gambar kat atas ni. Ok, sebenarnya nak cerita pasal ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Semalam, kawan sama tempat praktikal Chipmunk, Cik Ika, Cik Bai, dan Cik Nasya ajak pergi tengok  wayang kat Mines. Dan as usual bawa la En. Barney ni sekali. At first, nak tengok cerita KL Gangster tapi penuh dan try pulak tengok Kungfu Panda 2 : The Kaboom of Doom. Pun sama penuh jugak. Disebabkan chipmunk dan En. Barney ni agak jauh sikit dengan Mines compare dengan Cik bertiga tu, so tugas beli-beli tiket ni serah kat diorang je. Last, diorang beli tiket tengok cerita Super Ring 8 ni. 

Actually kitorang main masuk je, bukan tau movie ni pasal apa pun. Yang chipmunk dapat tau dari diorang bertiga, movie ni baru release hari ni (which is semalam) dan salah satu movie Steven Spielberg (Sebab tu ada poster Transformers kat atas, beliau adalah producer untuk Transformers jugak). Bila dengar Steven Spielberg je, first impression "wah, movie ni best kot" which is agak best jugak la.

Cerita ni agak menarik la. Tapi unsur saspens macam banyak sangat (kadang-kadang rasa macam nk tercabut jantung ni). Mula-mula tu macam tak paham, kenapa SUPER 8? Apa kaitannya? Rupa-rupanya Super 8 ni kamera yang Joe Lamb (Joel Courtney) dan rakan-rakan guna untuk rakam semua yang kejadian yang berlaku. Start daripada insiden keretapi tu, kejadian-kejadian pelik yang berlaku dekat pekan Lillian, penguasaan US Air Force ke atas pekan Lillian sampai la alien (alien ke? for sure makhluk yang besar la) tu dapat siapkan spaceship dia untuk kembali ke tempat asal. Setiap semua kejadian yang berlaku ni, Joe Lamb dan rakan-rakan mesti terlibat jugak. Kalau nak tau lebih lanjut, silalah ke pawagam berdekatan dan tengok Super Ring  8 ni ye. Alice (Elle Fanning) dalam cerita ni rupa-rupanya adik kepada Dakota Fanning. Dan ayah Joe Lamb tu rupa-rupanya hero cerita Early Edition, Kyle Chandler. Patut la both of them macam familiar je. Mula-mula ingat movie ni ala-ala Boa vs. Python tapi sebenarnya tak. 

Ok, malas nak bebel panjang-panjang. Kalau nak tau, pergilah tengok sendiri. Ada kawan siap buat status lagi, It's a must watch movie dan bagi beliau Super Ring 8 ni better dari X-Men : First Class.  Tapi tu semua pendapat masing-masing kan? Tengok dulu baru nilai cerita tu best atau tak.

p/s : waktu balik tu terserempak dengan budak-budak AF9. Tapi Chipmunk dan En Barney tak tengok dan tak follow langsung pun AF9 ni. Tau pun sebab budak 3 ekor tu yang kecoh-kecoh.

13 comments:

  1. nak layan..coz aku suka benar citer early edition tuh..perghhh lama siot tak layan hero suratkhabar tuh..:)

    ReplyDelete
  2. mcm best jer citer ni..
    lily mmg suke layan citer mcm ni..byk suspen..terjerit2 nntn.. ;)

    ReplyDelete
  3. @LiLy @ MumMyQiStInA

    hehe.. adegan saspens mmg byk pun.. rase mcm terlebih plak..

    ReplyDelete
  4. den layan castle channel 711, tapi citer tu dah habis la.

    Steven Spielberg punya movie gempak wo

    ReplyDelete
  5. @A retarded kitty

    x tgk castle tu..
    Movie steven spielberg tak kisah la, dia director, producer atau writer ke mmg semua best2..

    ReplyDelete
  6. EARLY EDITION BEST!
    dpt newspaper yg gtaw ape akan berlaku ari sok.. best best best..
    hero pon ncemmm...

    tapi skang ni dye dah tak tayang kt AXN.. ):

    ade stesen TV len ke yg siarkan?

    btw, x dpt tgok wyg ni sal masih d kmpg... huhuhu..

    oh ye, assalamualaikum tuan blog.. :)

    Gee baru tulis"Ko rase boleh ke Couple?"

    ReplyDelete
  7. @She's Gee

    waalaikumussalam..
    tak tgk sgt early edition, slalu tinggal tp cerita tu mmg best pun.

    xpe2, nnti2 boleh tgk jugak tu.. =)

    ReplyDelete
  8. Dakota Fanning yg comel :DDD adik dia berlakon gak rupanya.. Hana tak tau pun sal citer2 ni even ni entry lama.. mungkin sbb jarang tgok TV kot.. x perasan tayangan filem.. hehe

    ReplyDelete
  9. @Haruno Hana 하나

    tau movie ni pun dr kwn sbnrnye.. hehe..

    ReplyDelete
  10. huuu.tengok Early Edition tu teringat pula masa kecil-kecil. suka gila tengok cerita tu. mesti tak tinggal punya.

    dakota fanning nampak macam matang sikit dah sekarang. elle nampak sangat sweet bila dia senyum. buat orang tersenyum juga. ^^

    ReplyDelete