08/06/2011

KenDuRi KaHwiN

Haaa... Jangan terkejut buat pembaca semua. Nie bukan kenduri kahwin aku ngan chipmunk taw. Nie kenduri kahwin sepupu aku. Sepupu aku nie selamat diijab kabulkan pada 3 Jun 2011 di Sungai Petani, Kedah. Kenduri nie dilangsungkan pada esoknya.

Yang buat aku dan sepupu aku yang lain tergelak masa akad nikah nie, pengantin lelaki agak tergagap sampai akad 3 kali. Hehe.. (amboi, gelak kat orang, kalau aku nanti tergagap siap la!) ^^

Pengantin lelaki nie asalnya orang kelantan. Ada kawan aku cakap, pengantin lelaki nie macam imam muda. Oppsss... Entah lah. Aku tak perasan pun. Haha.. Sebelum akad nikah nie, pak imam ada lah tanya soalan basic2 kat pengantin lelaki nie. Yang aku terdengar pak imam nie tanya rukun nikah kot. Aku terdengar pun sebab aku dok menyibuk jugak tangkap gambar.

Masa kenduri nie, macam2 lah berlaku. Ada katering tapi kitorang jugak yang gatal2 nak gi tolong. Kalau makanan dah nak habis, cepat2 kitorang bagitahu kat katering suruh refill cepat2.. Haha.. Habis teruk katering tu aku dan sepupu aku kerjakan. Kelam kabut diorang masa tu.

Kemuncak kenduri nie sudah semestinya bila pengantin dah sampai. Kata kenduri kahwin. Mestilah orang tunggu pengantin. Nie pengantinya :



Selepas semua dah selesai makan kenyang2, maka semua pun menyibukkan diri masing2 untuk bergambar. Macam2 la ragamnya. Dan yang paling best, banyak betul orang bawa anak2 diorang yang comel. Aku ngan chipmunk nie memang suka tengok budak2 comel nie. Geram tahu tak! Macam nak cubit2 je pipi. Haha.. ^^



Sweet je ^^




Pengantin bersama keluarga sebelah lelaki




Atuk bersama cucunya (nie pak cik aku)





Bila depan kamera je, cepat2 je dia posing ^^




Haha.. Aku cukup suka sakat budak nie!




Bila 2 insan bersatu ^^




Yang nie aku ngan kawan aku dok melantak lagi.
Pada hal dah makan dah sebelum tu. Apa ada, semua kitorang bedal. Haha!




Amani bersama pak cik nya


Bila kita tengok orang kahwin nie, sweet je rasa. Hehe.. Lagi 1, soalan yang selalu ditanya masa kenduri nie ----> "ang bila pulak nak kahwin?" Adoiiii... Lambat lagi la jawabnya. Haha.. Kalau aku cukup sensitif kalau diorang tanya soalan nie depan parent aku. Berpeluh nak menjawab. Apa2 pun, perkahwinan adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam. Kepada sesiapa yang baru nak kahwin, aku dan chipmunk mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada anda. Peace! ^^



kredit to JAI91

18 comments:

  1. mbm knal je pic2 dlm ni..hehe :D

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru buat pengantin..moga berbahagia selamanye..

    ReplyDelete
  3. @jaiza91

    laa.. ang ka?? hehe.. mmg la knal pic nie.. ang kan ada skali.. :)

    ReplyDelete
  4. thanx 4 ur cooperation.. berhempas pulas demi sepupu tersyg.. hahaha... nant kawen ang ku tlg plak..

    ReplyDelete
  5. @Anonymous

    xtaw ag bile.. ang tu.. moga berbahagia bersama syazrin :)

    ReplyDelete
  6. cantik color hijau bj pengantin tue....

    Nak menang tiket wayang dan headset? jom join contest ini.
    dan nak menang sesuatu? jom teka percutian saya.
    NAK MENANG IPAD2? KLIK SINI

    ReplyDelete
  7. @deqlis

    cantik kan? baju tu pun cantik jugak.. =)

    ReplyDelete
  8. bestnye kawen...hahah lagi2 tengah cuti panjang ni, oppsss

    ReplyDelete
  9. @Miz Novexx

    aih, lain macam je bunyi nye ni.. hehe

    ReplyDelete
  10. bestnya dapat mkn nasi minyak!! tak saba rsanye :)

    ReplyDelete
  11. kenduri kawen memang letih, tapi puas ati....

    ReplyDelete
  12. @Kiko Berdendang

    hehe.. tapi klau kita sendiri yg kawen, lagi puas ati.. :)

    ReplyDelete