11/03/2012

Festival Sanjungan Satria XI


ini adalah entry melekat. Untuk update terkini sila scroll bawah. 


Entry ini untuk membantu Kolej Kediaman Chipmunk selama tiga tahun kat UKM, Kolej Tun Hussein Onn. Pada 7 Mac 2012 sehingga 11 Mac 2012 bertempat di Dataran Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia akan diadakan Festival Sanjungan Satria 2012 (FESSAT XI). Terdapat pelbagai program serta aktiviti yang akan diadakan. Boleh rujuk gambar diatas (klik untuk lebih jelas). Macam-macam ada.

Sesiapa yang berada di kawasan berdekatan seperti Bangi dan Kajang mungkin adalah dialu-alukan untuk ke tapak festival. Student-student UKM dari kolej lain mahupun yang duduk luar pun tak terkecuali. Mungkin ada sesiapa yang nak join pertandingan boleh bagitau tapi detail untuk pertandingan tu Chipmunk tak tau. Boleh bagi email sekali di ruangan komen tapi bagitau la ye butir-butir yang perlu. Mungkin ada yang nak buka gerai atau nak join apa-apa aktiviti etc. Kalau nak jumpa Chipmunk dan En. Barney pun boleh (Sila abaikan ayat last tu).

Selama tiga tahun Chipmunk stay kat Kolej ni, memang FESSAT ni la program kemuncak yang semua orang tunggu. Memang terlibat dalam FESSAT ni jugak dulu, tak kira lah untuk menari, kelab teater mahupun peserta. Dan paling best adalah Malam Perasmian. Ada teater, tarian dan banyak lagi yang dah disusun dalam tentatif program. Tapi yang paling penting tiap-tiap malam ada artis datang tau. Siapa tu Chipmunk sendiri pun tak tau. Tahun-tahun lepas ada Abby Abadi dan Heliza Helmi. Tahun ni siapa lah agaknya. Tak percaya boleh tengok sini.


Banyak kenangan yang Chipmunk ada mengenai FESSAT ni. Kerjasama, penat lelah berlatih semua. Tak tido malam nak siapkan setting/props teater, tak tido malam sebab nak siapkan costume tarian. Sampaikan time FESSAT ni la dulu Chipmunk tak tido sampai 3 hari. Berat turun sampai 4kg dalam masa hampir 2 minggu. Walaupun penat, tapi kenangan-kenangan itu yang manis sekali. Hubungan persahabatan antara kawan pun bertambah erat. Yela, dah penat lelah sama-sama. Namun yang paling penting, FESSAT ni jugak lah yang merapatkan Chipmunk dan En. Barney. Kalau tak ada FESSAT ni, mungkin kami ni takda dan blog ni sah-sah la tak akan wujud ye. Ni ada tiga gambar yang Chipmunk sempat ambik dari simpanan Chipmunk. Terlampau banyak sangat gambar. Tak tau nak pilih yang mana.


Asmaradana oleh Kelab Tarian Sanggar Citra. Kalau ada siapa-siapa nak jemput kami untuk buat show boleh lah deal terus dengan Chipmunk.

Nampak En. Barney di situ? Time ni kenal dia pun tak.


Jadi apa lagi, siapa-siapa yang ada berdekatan tu boleh la datang ke Festival Sanjungan Satria XI pada 7 hingga 11 Mac 2012 bertempat di Dataran Panggung Seni. Datang jangan tak datang. Bawa mak, ayah, adik-adik, nak bawa satu kampung pun lagi bagus. Mungkin artis favourite anda yang ada kan. Siapa tau?

sumber : iedya abdullah

56 comments:

  1. wahhh , cantik blog :) biruuu ...
    festival tu cam mau pegi sbb da ptandingan nasyid tp jauh :(

    ReplyDelete
  2. Jauh..kalau dekat boleh datang..^^

    ReplyDelete
  3. wah.. bestnye... buat rumah hntu jugak ke tu ? hee..

    ReplyDelete
  4. wahhh macam best je kak. hehehe nak pergi tapi no transpot

    ReplyDelete
  5. wah,cik aisya org kuat ye?he...

    ReplyDelete
  6. ehh pic last tuh..mereka smpat posing gak.hihihi

    ReplyDelete
  7. wahhh cam besttt..ermmm nanti pk jap.

    ReplyDelete
  8. nanti saye pegi dengan awk.. nak?
    okay gurau je..XD

    ReplyDelete
  9. best la kalau ade festival2 nie. hehehe.

    ReplyDelete
  10. pertandingan lari dalam stokin ada tak?

    ReplyDelete
  11. @ieyza afieyna

    selalu ada.. tp tahun ni xtau plak.. hehe

    ReplyDelete
  12. @nanakimie

    eh, xde la.. bese2 je pun.. hehe

    ReplyDelete
  13. @nanakimie

    eh, xde la.. bese2 je pun.. hehe

    ReplyDelete
  14. @MaYa MustWany

    tu utk malam kebudayaan.. dah habis perform posing la plak.. hehe

    ReplyDelete
  15. menarik ni..ade masa leh datang ^^

    ReplyDelete
  16. waaa..festival..syiok nyer !!~ :)

    ReplyDelete
  17. bestnyeee...nak pegi jaoh sgt la..

    btw,kem salam ea kat hantu2 bawah tu,,hehe

    ReplyDelete
  18. kalau dekat dah lama reena pergi..tapi apakan daya..btw jom join segmen yg reena anjurkan..

    ReplyDelete
  19. bestnyer..tapi tarikh tu nad kt kl..:D

    ReplyDelete
  20. @acheeqa farhana

    insyaallah kalau ada jumpe hantu2 tu.. hehe

    ReplyDelete
  21. @Miss Nadya

    bukan jauh pun kl-bangi tu.. hehe

    ReplyDelete
  22. bestnyee aida pun suka dengan program2 macam nie.. kebudayaan pun best :)

    ReplyDelete
  23. syoknye. bila dah abis belajar, baru nak rindu dgn aktiviti2 macam ni. kalau dulu liat bebenor nk dtg tunjuk muke. kekeke

    ReplyDelete
  24. ohhh... student ktho ke..

    tgok nnt g mn ye.. heeee

    ReplyDelete
  25. @Aida Omar

    kebudayaan.. haruslah best.. hehe

    ReplyDelete
  26. @huda jamil

    tu la.. penat lelah sume tu.. rindu plak.. =)

    ReplyDelete
  27. @Syed Hafiz

    chipmunk da ade org nak g ngan die dlu.. hahaha

    ReplyDelete
  28. gambar hantu ngn pak imam tu membawa seribu makna

    ReplyDelete
  29. wah..nampak macam best je ni..heee jauh sgt nak pegi..ngeee~

    ReplyDelete
  30. bestnya mcm nak g tgk je festival ni :)

    ReplyDelete
  31. @Miss Purple Ungu

    dtg la tgk.. sy sendiri pun xsempat pergi lg.. tmbh hari hujan plak.. huhu

    ReplyDelete
  32. sedih sebab tahun ni dah tak de MEFeK

    ReplyDelete
  33. sampey 11 mac la ka? wah..bez da jak..mun dekat,bleh pegi..ada artis..meriah.. :D

    ReplyDelete
  34. @Syahirah Suhaili

    ya la tek.. mun ktk dekat boleh mbak ktk juak bah.. =)

    ReplyDelete