14/02/2012

Jom Main Masak-masak : Makaroni Bakar Part II


Hari tu Chipmunk ada buat entry pasal makaroni bakar kan? (klik SINI). Hari ni Chipmunk nak kongsi resipinya pulak. Boleh la korang try jugak nanti kan. Resipi ni Chipmunk ambik dari buku je. Buku yang ini...



BAHAN A
1/2 paket makaroni (direbus hingga lembut)
1 sudu makan minyak jagung
125 gram keju cheddar (diparut)
5 biji telur
1 cawan susu segar
50g daun parsli (dicincang)

BAHAN B
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan tepung gandum
1/2 cawan susu segar

BAHAN C
300g daging kisar
10 biji cendawan butang (dipotong kecil)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 biji tomato
1 labu bawang besar
1 biji capsicum merah
1 biji capsicum kuning    - dipotong dadu
1 biji capsicum hijau
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa


CARA MEMBUAT INTI
  1. Panaskan minyak jagung, tumis bawang besar dan bawang putih.
  2. Masukkan daging kisar, cendawan butang, tomato, garam dan serbuk lada sulah. Kacau rata.
  3. Masukkan capsicum merah, hijau dan kuning. kacau rata dan ketepikan.

CARA MEMBUAT SOS PUTIH
  1. Panaskan minyak jagung di dalam kuali lain dan masukkan tepung gandum. Kacau rata
  2. Masukkan susu, kacau sehingga sebati dan ketepikan.

CARA MEMBUAT MAKARONI BAKAR
  1. Sapukan minyak jagung di dalam mangkuk tahan panas. Kemudian masukkan makaroni rebus dan bahan inti.
  2. Tuangkan sos putih ke dalam mangkuk yang berisi makaroni dan inti.
  3. Kacau rata telur dan susu segar. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi makaroni. Tabur keju cheddar dan daun parsli.
  4. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau keju keperangan.
  5. Sedia dihidangakan.

sumber 1 hari 1 resipi : 365 resipi istimewa Chef Hanieliza

18 comments:

  1. Thx for sharing..ada masa nak cuba nnt.. :)

    ReplyDelete
  2. mas pernah wat time form 1..sjak tuh tak pernah lagi wat.kikiki

    ReplyDelete
  3. hari tu pun survey buku ni tapi x beli..ada jugak baiknye x beli kan..refer sini je la sng..hehe

    ReplyDelete
  4. wahhh.. rasa nak cuba buat jugak :)


    Jemput cuci mata tengok shawl, tudung, inner di butik fiQ’Ra =))

    http://www.facebook.com/media/albums/?id=164060767034987

    ReplyDelete
  5. kalau bukan sbb sy duk hostel..dah try dah nak buat makaroni bakar nie..^^

    ReplyDelete
  6. hoho....kena beli oven cepat2 nih...

    ReplyDelete
  7. @Eyeme

    ade byk lagi resipi yg best dlm buku ni.. better beli la.. hehe

    ReplyDelete
  8. @ina_noorlina♥ mY oWn LiL StoRy ♥

    drpd xde buat ape2.. menyelongkar dapur la jwbnye.. hehe

    ReplyDelete
  9. @♥ wawawawa ♥

    sbab tu la buat ni.. dh xde kt umah nnti xbleh la nk main masak2 ni.. hehe

    ReplyDelete