07/05/2012

Sunan Musafir Edisi Terhad Kulit Keras


Sepatutnya Chipmunk ceritakan kisah ni semalam. Tapi disebabkan penat sangat jadi Chipmunk simpan dulu untuk hari ni. Basi pun basi la. Asalkan diceritakan jugak.

Sabtu lepas Chipmunk dan En. Barney sekali lagi menyerbu PWTC. Kali ni bukan sekadar suka-suka cari novel tapi untuk launching karya terbaru novelis thriller no. 1 iaitu Tuan Ramlee Awang Murshid. Novel terbaru beliau yang berjudul Sunan Musafir. Ni kali keempat Chipmunk bertemu Tuan RAM untuk launching novel-novel beliau. (Klik SINI untuk launching novel Sutera Bidadari dan SINI untuk launching novel Fiksyen 302).

Tapi kali ni hanya mampu mendengar je majlisnya. Sebab tengah beratur untuk dapatkan novel Sunan Musafir edisi kulit keras yang terhad. Hanya ada 1000 naskah sahaja yang dicetak dan tinggal 700 naskah untuk direbutkan hari sabtu tu. Hampir Chipmunk dan En. Barney terlewat. Sampai-sampai PWTC je, masuk Dewan Tun Dr. Ismail yang menempatkan Karangkraf sekali tengok penuh dengan orang ramai yang nak dapatkan Sunan Musafir limited edition ni. Barisan panjang bukan main dan hanya mampu bersabar je la.


Yang ni tengah menunggu untuk dapatkan autograf tuan RAM pulak. Lagi panjang nak mampus. Dari 10.30 berbaris, pukul 1.15 baru dapat sign. Hebat tak? Masa tengah berbaris ni sempat pulak tweet-tweet dengan Sis Ieyla. Beliau pun ada di PWTC tapi memandangkan Chipmunk tengah beratur panjang ni, tak sempat pulak nak jumpa beliau kejap.



Nampak tak senyum lebar kat situ? Penantian tu suatu penyeksaan okay! Nasib baik sempat before Tuan RAM break untuk lunch dan solat zohor. Tapi Alhamdulillah, Chipmunk antara 1000 yang bertuah untuk beli yang edisi terhad hard cover tu. Sutera Bidadari dulu pun Chipmunk beli edisi hard cover jugak. Syukur alhamdulillah.



Siap ada free gift lagi tau. Kalendar dan poskad. Chipmunk dah habis baca dah pun Sunan Musafir ni. Nanti Chipmunk buat review ye? Tapi kalau nak baca novel ni dan tak pernah lagi baca novel-novel sebelumnya, sila la gigihkan diri untuk baca 5 novel terdahulu Ceritera Epik Laksamana Sunan ni. Tapi sure, memang takkan menyesal punya.

p/s: Rugi kalau tak baca Ceritera Epik Laksamana Sunan. Satu perkataan yang Chipmunk boleh bagi, DAHSYAT!

13 comments:

  1. bestnya XDDDDD lambat lagi Sunan edisi biasa Musafir keluar :'( x sabar nk tau novel terakhir ni... :'( cepat2 la buat review.. hehe

    ReplyDelete
  2. gigihnya beratur, tapi last-last dapat jugak dapat tandatangan tu kan :)

    ReplyDelete
  3. xprnh mnt novel RAM nie.. hehehe :)

    ReplyDelete
  4. sis baru je sempat baca fiksyen 302...hikkk

    ReplyDelete
  5. @Haruno Hana 하나

    tp rasa sebak bila dah habis baca novel yang penghabisan ni.. huhu

    ReplyDelete
  6. @[ wanni ]

    dah terbiasa kalau nk dpt sign RAM ni mmg kena beratur pnjg.. hehe

    ReplyDelete
  7. @teha

    storyline yg beliau smpaikan sgt unik dan menarik.. smpaikan klau tinggal 1 page xkan phm page seterusnye.. hehe.. try la baca satu novel RAM..

    ReplyDelete
  8. @puteri kasih

    kalau org yg tgh pening baca fiksyen 302 ni klau x fokus mesti jd lg pening.. hehe

    ReplyDelete
  9. mmg best novel2 RAM ni
    tp dah lama x baca sbb dulu slalu pinjam yg kwn punya hehe ;)

    ReplyDelete
  10. @Miss Purple Ungu

    Novel2 RAM ni semua novel wajib beli.. xnk pinjam.. bg pinjam pun mcm berat hati.. hehe

    ReplyDelete
  11. salam tuan rumah....bila nak buat review...xsabar dah nak tau mcm mane pangakhiran sunan...

    ReplyDelete