30/07/2012

Review : Sayangku Casper oleh Mazni Aznita


Beberapa hari ni rasa macam tak sihat pulak, mood blogging pun jadi tak sihat jugak. Mungkin sebab cuaca panas kot, dan kurang minum air masak tambah sekarang pun bulan puasa. Dah la Chipmunk ni jenis yang payah nak minum air masak, tu yang selalu kena bebel dengan En. Barney tu. Bila hidung dah berdarah sebab panas badan tu baru merengek-rengek menangis.

Bila mood pun macam chipsmore ni Chipmunk rasa ada baiknya Chipmunk teruskan dengan review novel yang dah lama Chipmunk habiskan. Dan novel kali ni adalah... 


Sayangku Casper oleh Mazni Aznita

Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kakak tirinya. Demi amanat si 'granny', Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madam Marianne yang hilang sejak kecil. Adelie de Casper mahu segerea dijejaki untuk menghalang niat jahat 'daddy'nya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adila mengambil keputusan melarikan diri. Bka dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adila yang penuh dengan kejutan, kebahagiaa dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin. 

Novel ni Chipmunk beli masa Pesta Buku Antarabangsa dulu, nampak tak berapa lama Chipmunk ambik masa nak review novel ni? Bagi Chipmunk novel ni lain. Tak seperti novel-novel lain yang agak klise. Dan latar belakang novel ni pulak adalah Paris! Serius bila baca novel ni macam kita pun mengembara ke kota Paris bersama Tia Adelia. Rasa macam dalam cerita orang putih pun ada. Jalan cerita novel ni lagi lah menarik. Setiap character punya rahsia yang tersendiri, sampai kita pun tak sabar nak tau apa yang jadi berikutnya. Tak boleh nak berhenti menyelak helaian demi helaian. Contoh macam, rahsia apa yang ayah Tia simpan daripada Tia? Adelie de Casper ni pulak siapa, kakak Tia ke? Apa sejarah lampau antara Madame Marianne dengan Adelie de Casper sehingga Tengku Rafique diarahkan untuk menjejaki dalam kadar yang segera? Dapat tak Tengku Rafique jumpa Adelie dan siapa sebenarnya Tengku Rafique ni? Banyak lagi lah persoalan-persoalan yang timbul dan adakah di akhir novel ni persoalan tu semua terjawab? Kalau nak tau sila lah baca Sayangku Casper ni. Tak rugi, best sangat! Chipmunk rasa novel ni dah jadi salah satu novel favourite Chipmunk.

cover novel ni saja pun dah boleh buat orang jatuh hati dah

p/s: Chipmunk rasa Chipmunk dah mula minat dengan karya-karya penulis Mazni Aznita ni. Ada satu lagi novel beliau yang Chipmunk baru habis baca semalam.

*Anda dan anda yang menawan lagi baik hati, boleh tak tolong Chipmunk klik INI, dan INI? Tengah kumpul duit nak sambung study ni. Huhu.*

22 comments:

  1. haah...cover novel ni membuatkan orang lagi teruja nak baca..hehe

    ReplyDelete
  2. Mesti best novel tok. Cover novel pun kacak ^_^

    ReplyDelete
  3. wah..novel ini..dah baca..best-kan.. Fiqah ambil masa yang lama untuk habiskan novel ini..hehe..

    ReplyDelete
  4. wah, novel tu cntik, suke jugak cerita yg berkisarkan tmpt kt luar negara, sbb xdpt pegi, so bace je pon ok lah, haha tp sy xreti pulak bace novel..:p

    ReplyDelete
  5. mcm best je baca sinopsis tu....cover pon bleh tahan..cumil jek..^,^

    ReplyDelete
  6. @Sally Yatiey

    serba serbi kacak.. nang serba serbi best.. hehe

    ReplyDelete
  7. @fiqah hamed

    kejap je baca novel ni hari tu.. tak sabar nak tau ending.. hehe

    ReplyDelete
  8. @lynndAmya

    betul tu.. rasa macam melancong pulak kan? hehe.. tak reti baca novel? macam mana tu? =)

    ReplyDelete
  9. @Cik Yaya

    tu la, mula2 tertarik tengok cover.. tp bila baca sinopsis mcm best je.. hehe

    ReplyDelete
  10. JOM JOIN!

    http://sujuelfarahin.blogspot.com/2012/07/contest-jom-buat-dialog.html

    ReplyDelete
  11. nak kena cari novel ni :)

    p/s mood berblog sis pun dah ke laut..hehe

    ReplyDelete
  12. kawan kita pon ada beli novel ni...tapi kita tak baca lagi.uhuu

    ReplyDelete
  13. tirah pon selsema nie...bersin je keje...xselesa dh..nk je korek2 idong nie...hehe...

    #xminat novel...hihi#

    ReplyDelete
  14. wahhh mcm best jee. :D insyaAllah mungkin kakak sy beli lerr tu haha

    ReplyDelete
  15. @puteri kasih

    carik jgn carik sis.. novel ni mmg menarik.. =)

    ReplyDelete
  16. @tirahzairi

    haha.. susah nk jumpe perempuan tak minat novel ni.. hhehe

    ReplyDelete
  17. @Detective Fiqa

    kakak beli fiqa baca? macam tu ye? haha

    ReplyDelete
  18. Aetettetete , novel dia daaa;) hahahhaa...

    ReplyDelete