Mula-mula sekali MAAF! Chipmunk ni asyik-asyik maaf saje kan. Silap haribulan nanti boleh sinonim dengan perkataan maaf tu. Someone dulu pernah kata, perkataan maaf ni tak boleh nak guna selalu sangat. Sebab bagi beliau maaf tu sangat lah tinggi darjatnya sehingga kalau selalu digunakan perkataan maaf tu jadi suatu perkataan yang tiada ertinya lagi. Tapi bagi Chipmunk, perkataan maaf yang ikhlas dari hati itu menunjukkan seseorang individu tu sentiasa merendahkan dirinya di hadapan individu lain.
Okay-okay. Lupakan perkara di atas dan balik semula ke perkara pokok yang ingin disampaikan. Chipmunk ni dah kenapa formal sangat ni! Pengaruh subjek Etika Alam Sekitar lah ni. Hari ni Chipmunk nak langsaikan hutang blog review untuk Teka Gambar dan Review Part III bulan lepas. Bulan lepas ye! Elok sangat perangai tangguh-tangguh ni. Haish. Before kita tengok blogger mana yang bertuah, Chipmunk nak tunjuk gambar yang Chipmunk suruh teka tu..
Kenapa Chipmunk rasa macam tak pernah pulak explain apa benda ni eh? Dalam Jawapan Teka Gambar dan Review Part III pun Chipmunk just tunjuk gambar je.
Ni sebenarnya Expanding File. Ikut yang tertera kat file tu lah. Tapi blogger yang jawab file yang ada banyak-banyak bahagian atau yang sewaktu dengannya tu Chipmunk terima jugak lah. Dan untuk kali ni blogger tersebut adalah....
Tengok header di atas mesti ramai yang dapat agak Sis Wilma ni ada di mana kan? Sama ada Sis Wilma berasal dari Sabah yang tu Chipmunk tak berapa tahu lah. Tak sempat lagi jadi wartawan, nak temu ramah beliau. Taknak cerita lebih-lebih tentang tuan punya blog. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tanya beliau sendiri. Hehe.
Chipmunk tengok blog Duniawilma.com ni dah hampir setahun jugak, since november 2011. Yang Chipmunk sempat selongkar, Chipmunk jumpa banyak tips tau. Tak kisah lah tentang apa sekalipun. Di sidebar sebelah kiri, boleh nampak bahagian categories. Nak baca tentang apa, klik je kat situ. Entri kebelakangan ni Sis Wilma cerita tentang tempat menarik di Kundasang iaitu Kundasang War Memorial. Setakat ni ada 3 Part, tak tau la kalau ada lagi part yang menyusul lepas ni. Ada banyak gambar tau. Sila lah terjah blog beliau kalau nak tengok gambar-gambar tu. Klik saje header di atas. Baca entri tentang tempat menarik kat Sabah ni buat Chipmunk makin geram pulak nak jejakkan kaki ke Negeri Di Bawah Bayu ni sebab Chipmunk tau yang Sabah ni banyak tempat cantik-cantik. Betul tak? Biarpun dulu pernah duduk setahun kat Labuan, tak pernah pulak plan nak ke KK atau tempat-tempat lain di Sabah. InsyaAllah, satu hari nanti Chipmunk akan sampai jugak. Kot-kot lah nak pergi honeymoon ke. Eh!
Pandangan peribadi Chipmunk lah kan, blog ni sangat simple! Bukan bermaksud simple yang tak best tau. Simple yang Chipmunk suka. Tak ada widget itu ini yang buat blog makin berat. Kemas dan tersusun je. Cuma nampak crowded sikit lah. Tapi Chipmunk tak jumpa pulak kotak follower. Ni pendapat Chipmunk lah, terserah pada tuan punya blog tu sendiri. Kalau ada kotak follower senang sikit blogger lain nak follow. Chipmunk nak follow tapi scroll atas bawah tak jumpa lah pulak. Memang tak ada atau tersembunyi atau memang Chipmunk yang tak jumpa ni?
Apa-apapun, jom terjah Duniawilma.com ni sama-sama. Chipmunk nak tengok tips apa lagi yang ada. Kot-kot lah boleh praktikkan ke. Selain daripada tips yang ada, ada banyak lagi entri-entri yang menarik. Chipmunk dah selongkar sikit-sikit apa yang ada. Nak sambung balik lepas ni. Nak ikut tak?
p/s : Kalau tak silap tinggal 2 review lagi perlu Chipmunk buat ni.
untunglah dirview .. ;p
ReplyDeletesinggah juga ke blog sis wilma ni.. ^_^
ReplyDeleteuntungnya blog di review.. hehe harus di terjah ni!
ReplyDeletekat sabah memang banyak tempat² menarik..lagi² kat kundasang..tapi akak ni org sabah tak abis lagi jelajah sabah tu..asyik² KK Tawau jer.. :)
ReplyDelete@-meeSUPERGIRL-
ReplyDeletereview bese2 je tu.. :)
@miz ruha
ReplyDeletesinggah jgn tak singgah.. hehe
@azizah :)
ReplyDeleteperkataan HARUS tu yg best.. hehe
@LiLy @ MaMaQiStInA
ReplyDeletesy yg duduk berjiran ni pun kak tak pernah jejak kaki lg ni.. hehe.. entah bila lah.
rajinnya adik sis ni review eh...sis tak reti sangat nak mereview..hehe
ReplyDeletep/s nak gi terjah jap :)
lame dah folw jgk...hehe
ReplyDeleteblog dunia wilma ni pn ske komen2 kt blog haz.. sukaaa dia sgt~ hiihi
ReplyDelete@puteri kasih
ReplyDeletebukan reti sgt pun sis.. huhu
@Cik Yaya
ReplyDeletehehe.. bagus2..
@haz
ReplyDeletehehe.. XD
Thanks Aisya coz sudi review blog Wilma...
ReplyDeleteMemang ramai yang cakap kat Wilma tak dapat follow...
Bukan tak nak buat, tapi blog Wilma nie guna Wordpress...
Pasal tu tak dapat buat butang follower...Huhuhu...
Anyway, kalau Wilma dah dapat caranya untuk buat butang follower, Wilma letak ya ^_^
@Dunia Wilma
ReplyDeletesama2. hehe. kalau dah jumpa caranya jangan lupa bagitau ye.. =)