28/10/2012

Blog Review : Miz Ruha

Hari ini nak buat review lagi. Malas sebenarnya. Tapi kena gigihkan jugak. Tinggal dua lagi ni. Tapi tu belum review yg simple-simple lagi. Maaflah, lately ni busy pulak plus mood pun macam nak tak nak je menaip entri.



Ha, ini adalah salah seorang dari kakak-kakak manis lagi ayu yang Chipmunk suka terjah dan suka komen entri-entri beliau, Miz Ruha. Kak Ruha ni aktif jugak mengupdate blog. Kadang-kadang Chipmunk pun tak terkejar nak mengomen. 


Yang tu header. Simple but sweet. Kak Ruha minat warna hijau ye? Ada orang blog warna lain tapi warna tu bukan warna favourite dia pun, sebagai contoh yang tengah menaip ni entri ni *tunjuk diri sendiri*. Kenapa Chipmunk tanya, sebabnya bila masuk blog Miz Ruha automatik mata akan jadi warna hijau. Tak percaya? Cuba klik header kat atas tu, tengok sendiri blog beliau. 

Apa yang kita boleh jumpa kat blog Miz Ruha? Soalan ni, sangat susah nak jawab tau. Sebab ada macam-macam! Cakap je nak apa. Tips? Fakta? Kisah peribadi? Segmen/Giveaway? Semua ada, lengkap. Tak percaya, pergi selongkar sendiri. Yang paling penting, ada ini......

Nak panggil cerpen atau mini novel ni eh? Mana-mana pun boleh lah kan? Chipmunk bagi sinopsis lah sikit ye. 

Cerpen ni mengisahkan tentang Meon yang nak kahwin dengan girlfriendnya. Tapi ada je halangan. Contoh macam rumah girlfriend hilang lah, phone tertukar lah. Pendek cerita memang ada je yang menghalang Meon ni. Tapi adakah Meon berjaya jugak bertemu dan berkahwin dengan kekasih hatinya di pengakhiran cerita? 

Ha, yang tu kena tunggu Miz Ruha habiskan cerpen Mak, Aku Mahu Kahwin!! ni dulu lah. Tapi seronok lah, kelakar pun ada. Kalau nak baca cerpen ni, cari je kat sidebar macam yang Chipmunk tunjukkan dalam gambar di atas. Tapi sebelum tu, harus lah terjah blog hijau ni dulu. Senang je nak cari apa yang Chipmunk tunjuk kat atas tu, sebab blog Miz Ruha ni simple je, kemas dan tersusun lagi. Tambah pulak cepat je loading. Jangan risau, tak ada lagu atau widget-widget yang menyerabutkan. Pokoknya, boleh singgah lama-lama dengan hati yang senang dan juga tenang.


18 comments:

  1. nak review gak gini. ;D
    jarang blogger tulis cerpen kat blog.
    idea tu menarik. ada kelainan.

    ReplyDelete
  2. terpilih juga untuk direview... hihi..
    hijau-salah satu color yang kak ruha minat..
    siap promote cite Meon lagi tu... haha.. kesian Meon ye..

    tergelak kak ruha baca apa yang aisya tulis... :D

    thanks a lot aisya... ^_^

    ReplyDelete
  3. lepas ni nak singgah blog miz ruha pula

    p/s mood kita ada persamaan...huhu

    ReplyDelete
  4. Kak Ruha aka Miz Ruha memang terbaik.. blog dia pun cantik awesome abeh sebab? sebab hijau.. hehe.. Good Luck untuk miz ruha dan chipmunk juga :)

    ReplyDelete
  5. miz ruha pon da folw lame..
    leh la jgk g usha2 blog dier jap ni..
    heeee

    ReplyDelete
  6. bestnya. siap ada cerpen lagi blog dia. :)

    ReplyDelete
  7. btol2. miz ruha ni sgt aktif mengomen gak! suke2~ <3..

    ReplyDelete
  8. @izwanyusof

    banyak je sebenarnya blog2 e-novel ni.. :)

    ReplyDelete
  9. @miz ruha

    same2.. hehe..

    kelakar ke kak? haha.. sorry kalau ade terkurang kat mane2 tu.. :)

    ReplyDelete
  10. @puteri kasih

    singgah jgn tak singgah.. hehe..

    p/s : payah betol mood ni kan sis.. semua nk kena ikut dia.. haih..

    ReplyDelete
  11. @Aida Omar

    thanks sis..
    pantang nampak hijau kan.. hahaha

    ReplyDelete
  12. @Chic Na

    baca la cerpen tu.. kelakar.. =D

    ReplyDelete
  13. wah.. blog di review lagi..best best...terjah cik ruha...

    ReplyDelete