27/06/2013

Coklat (Yang Manis) - John Norafizan

Jom review novel pulak kali ni. By the way, ini adalah entri autopublish tau. Balik ke UKM semula hari ni. Dalam 6.30 petang tiba di KLIA. Takut tak sempat pulak nak buat entri. Lagipun En. Barney kata, dia ambik Chipmunk terus dari tempat kerja. Kot-kot lepas tu En. Barney ada nak bawa ke mana-mana ke. Tengok Man of Steel atau World War Z mungkin. Best tak eh? Tak payah nak prolog sangat eh perempuan.

Ingat tak hari tu masa Chipmunk balik kampung, Chipmunk ada bawa bekal, dalam entri INI. Dah lama dah habis baca novel ni. Tunggu mood nak review je ni.


Coklat (Yang Manis)
John Norafizan

Sinopsis Coklat (Yang Manis). Klik untuk lebih jelas.

Ini novel adik Chipmunk sebenarnya. Adik cakap best. Cerita tentang sekumpulan pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah yang berkawan baik dalam mengharungi pahit manis kehidupan. Sedih, tawa semua complete. Penceritaan penulis buat Chipmunk rasa rindu nak jadi pelajar sekolah balik dan menyedarkan Chipmunk rupanya dah separuh dekad tinggalkan sekolah. Haish, tuanya rasa. Dalam novel ni ada watak sampingan yang comel, Koko si Kucing Gemuk yang punya kisah yang tersendiri. Dan penulis juga berjaya menyampaikan kepada pembaca bahawa pantai Mersing itu sangat cantik! Sampaikan Chipmunk geram nak pijak pasir pantai di sana. Seronoknya. Chipmunk suka jalan cerita dan gaya penulisan novel ni. Sweet dan santai je rasa. Seolah-olah macam bersantai di tepi pantai dengan novel di tangan sambil makan sekotak coklat dan ditemani angin laut yang bertiup lembut. Cewah! Tak heavy macam novel-novel biasa yang Chipmunk baca. Memang sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah.

p/s : Sekali sekala baca novel santai begini seronok jugak.

16 comments:

  1. kalau dekat dengan aisya.. dah lama pinjam novel2 tu..hee

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak baca novel..tp beberapa hari lg akn sampai novel dari segmen AKU PENGHIBUR..yeaa

    ReplyDelete
  3. huhuhu... asyik tak sempat je nak baca novel... ada 2 waiting list ni... huhuhu

    ReplyDelete
  4. @Mieza Jhaa K

    menang novel ke? tahniahhhh.. hehe

    ReplyDelete
  5. @Mia Liana

    settle mana yg penting dulu kak.. hehe

    ReplyDelete
  6. suke dgr tajuk je...ngee..
    nyum3... ;p

    ReplyDelete
  7. seronok pula dengar cerita pasal form6.rindu sekolah tiba2..hehe

    ReplyDelete
  8. akak pun dah lama tak membaca novel.. alasan sebab tak beli novel baru.. hihi.. (sebenarnya akak malas nak membaca sekarang ni)

    ReplyDelete
  9. @Nana Liena

    tu la.. kenangan lalu mengusik jiw. hahaha

    ReplyDelete
  10. tak pernah baca lagi novel ni :) tapi ada dengar yg novel ni best..

    ReplyDelete