29/08/2013

Kes Jenayah : Gigitan halus pada kulit!

Lepas mak balik dari sekolah petang tadi, mak Chipmunk mengadu. Kulit novel yang dia baca macam ada kesan gigitan. Bukan kesan gigitan manusia. Tapi gigitan kucing. Kucing yang mana satu tak dapat dikenalpasti sebab ada dua suspek kes gigitan pada kulit novel iaitu Cik TengTeng dan Abang E'el. Nak tau suspek yang mana satu adalah 'penjenayah' sebenar maka Chipmunk dan mak terpaksa melakukan soal siasat disertakan dengan bahan bukti yang diletakkan di hadapan suspek. Ha, ada macam Rancangan 999 kat TV3 tu tak? Hiks. Jadi kita mulakan dengan Suspek Pertama iaitu Cik TengTeng.


Suspek yang dibekalkan dengan bahan bukti pada mulanya berpura-pura membaca novel. Soalan Mak kepada Suspek Pertama, "Cepat TengTeng baca novel, dah sampai Bab 10". Sebaik sahaja soalan tersebut diajukan, Cik TengTeng mula bertindak seperti yang ditunjukkan di dalam video di bawah.


Case closed. Penjenayah bagi kes ini telah dapat dikenalpasti iaitu Cik TengTeng. Modus operandi yang digunakan untuk mendapatkan pengampunan dan dikecualikan daripada denda bebelan daripada mak adalah.....

Buat muka kesian selepas dibebel.

Dan juga buat muka bajet macam comel sangat. 

Dah lama tinggalkan habit menggigit wayar (Boleh rujuk entri INI), sekarang beralih pulak kepada kulit novel. Kucing, kucing. Dapat apa lah gigit kulit novel tu.

34 comments:

  1. Ingatkan apa td.adoiiii.hahaha

    ReplyDelete
  2. ahaha. kucing sy pon suka gigit kulit novel. geram je rasa. tp tak jadi nak marah sbb tngok muka dorg mcm tak bersalah dgn muka kesian dan comel. heeee...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Ringan sangat hukuman ini..patut bawak kes ke mahkamah agung,ekekeke

    ReplyDelete
  4. mesti cik teng teng geram tengok novel tu.. tu digigitnya.. hehe..

    ReplyDelete
  5. Comel jer Cik Teng2 ni..nakal ye kamu Cik Teng Teng.. :)

    ReplyDelete
  6. hahaha..dulu2 pon kucing mun suka gigit kertas..habes kertas digigitnye..

    ReplyDelete
  7. agaknya dia nak baca novel tu kot tapi di sebabkan tak reti dia gigit la novel tu geram hehe

    ReplyDelete
  8. jrg dengar pusak gigit kulit novel ;) hee

    ReplyDelete
  9. Haha..kucing suka menggigit kena hadiahkan sebuah bahan yg boleh digigit..

    ReplyDelete
  10. pandai membaca ker tu.. hihihi.. comel betul, gebuuuu..

    ReplyDelete
  11. dia gatal gigi kot. tu yg sker gigit2 tuh.

    ReplyDelete
  12. hahaha sbb banyak sgt novel aisya..ngee~~

    ReplyDelete
  13. mesti cik teng teng cakap 'rupanya kulit novel lagi sedap dari wayar'.. heheh..

    ReplyDelete
  14. @Niena Reen

    tu la. suka buat muka comel bila kita dh start bebel.. grrr

    ReplyDelete
  15. @Tinta Lana

    lg lah dia buat muka kesian. hehe

    ReplyDelete
  16. @Tinta Lana

    lg lah dia buat muka kesian. hehe

    ReplyDelete
  17. @Cik Mun

    mmg pun.. lg2 kalau mak tengah semak test paper.. sabar je lah..

    ReplyDelete
  18. @Sally Yatiey

    yalah kmk org tekejut juak, habis kulit novel ya digigit2 nya

    ReplyDelete
  19. @Mieza Jhaa K

    dah beli dah kak. tapi taknak. wayar jugak yg dia carik. sekarang ni kulit novel plak.

    ReplyDelete
  20. @Mieza Jhaa K

    dah beli dah kak. tapi taknak. wayar jugak yg dia carik. sekarang ni kulit novel plak.

    ReplyDelete
  21. @aswadz

    nak kata gigi tumbuh tak jugak. haha

    ReplyDelete
  22. @azizah :)

    tu la dia geram tu kot kak. hehe

    ReplyDelete
  23. cik teng teng bt onar nampak gaya ye ni...

    ReplyDelete