30/09/2013

Penyebab dan Parut sebuah Luka.

Semalam tengok keyword, Chipmunk nampak ada yang search tentang tarian lilin. Teringat pulak, dulu pernah jugak belajar gerakan asas tarian lilin. Tapi menari tarian lilin yang betul-betul tu tak pernah lah pulak. 

Tapi dalam banyak-banyak tarian yang Chipmunk belajar, satu je yang Chipmunk tak boleh lupa. Tarian Piring Lambung yang telah meninggalkan kesan di pergelangan tangan.

Tarian Piring Lambung Kolej Tun Hussein Onn, UKM
credit : Penerbit UKM

Inter-College Art Festival (ICAF) 2013. Video ni lama sebenarnya, lebih kurang dua jam lebih tapi Chipmunk cut tunjuk tarian piring lambung tu je. Kalau nak tengok video full boleh search kat youtube ICAF 2013 Closing Ceremony. Cepat carik mana satu I kat dalam video tu? Hiks. Ini adalah tarian kreasi (creation). Kalau ikut apa yang I faham, tarian kreasi ini tarian yang menggunakan gerakan-gerakan asas tarian (dalam hal ini, gerakan asas tarian piring lambung) yang telah dikreatifkan bagi menyampaikan sesebuah jalan cerita. 

Kenapa Chipmunk kata tarian ini meninggalkan kesan di pergelangan tangan? Mungkin ada yang masih ingat Chipmunk pernah share mengenai ini dulu. 


Luka yang paling dalam adalah luka di pergelangan tangan. Sehingga sekarang meninggalkan parut. Nasib baik tak jelas sangat kelihatan. Kalau tak, silap haribulan mesti ada orang fikir yang perempuan ni pernah cuba untuk bunuh diri. Astaghfirullah. Macam mana boleh luka, Chipmunk ada cerita dalam entri INI.


Contoh piring durhaka. Yang telah menjahanamkan tangan Iolls dah hancur berderai. Apa punya ayat lah perempuan ni guna. Nak bagi effect sikit masa persembahan, piring tu kitorang spray dengan spray yang berwarna fluorescent. 

Syukur Alhamdulillah luka tersebut tak lah dalam sangat sehingga membahayakan nyawa tapi cukup dalam untuk meninggalkan segaris parut

Alah.
Macam hati manusia jugak lah. Terguris sikit dengan kata-kata atau perlakuan seseorang pun ada jugak meninggalkan parut. Ini kan pulak luka yang dalam. Mesti memerlukan masa untuk sembuh. 

Lukanya memang lah sembuh tapi parutnya, akan ada sampai bila-bila. Tapi sekarang zaman dah moden, dah canggih. Nak hilangkan parut pun senang. Macam-macam kaedah kita boleh guna. Tapi parut di hati boleh ke dibuang atau dihilangkan begitu je?

sumber : pakcik google

Tips makanan sedap dan menjimatkan untuk kucing

Seperti diketahui ramai, Iolls ada dua ekor kucing gemuk kat rumah. Wah, bunyi macam famous amos je kan. Tak apa, tak salah berangan. Hiks. Apa yang Cik TengTeng dan Abang E'el ni makan sampai gemuk macam tu? 

Siapa cakap TengTeng gemok ha?

Kitorang memang tak bagi makanan lain selain 'keropok' kucing tu. Kadang-kadang sesekali bagi jugak wet food. Ha, jenama yang mana satu yang kucing dua ekor ni makan? Kalau diikutkan, Cik TengTeng dan Abang E'el suka dengan makanan kucing jenama Fancy Feast tu. Tapi faham-faham je lah. Harga Fancy Feast ni agak mahal sedikit. Satu paket biasa tu tak sampai seminggu dah habis. 


Sebelum beralih arah kepada Fancy Feast, kucing gemok dua ekor tu memang makan Whiskas tu je. Jadi cara mak adalah dengan mencampurkan makanan kucing jenama Fancy Feast dan Whiskas. Tengok Cik TengTeng dan Abang E'el makan, bukan main selera lagi dan sesuai jugak dengan kucing-kucing gemuk ni sebab setahu Chipmunk, lain kucing ni, lain jenama makanan kucing yang sesuai untuk perutnya. Macam manusia jugak lah. Ada yang alah dengan sesuatu makanan tu. 


Campurkan satu paket besar Whiskas dengan paket biasa Fancy Feast. Cukuplah bekalan Cik TengTeng dan Abang E'el untuk sebulan. Makin hari makin gemuk kucing debab ni. Mana tak nya, sekejap-sekejap minta tambah. Cik TengTeng tu siap dah kena pesan dengan Vet lagi jangan makan banyak sangat. 

Masing-masing sibuk kacau mak. 

p/s : Tengok Cik TengTeng dan Abang E'el lagi berselera makan makanan yang dicampurkan macam ni. 

29/09/2013

Makan-makan @ SCR Xpress

Memandangkan hari ini hari ahad, jadi ambik peluang lah makan tengahari kat luar bersama family. Adik beradik cuma bertiga tapi kurang sorang. Jadi, keluarga kecik kami hanya seramai 4 orang saja lah. Keluar awal sikit nak beli barang-barang keperluan rumah untuk stok seminggu, tengahari semua dah settle tinggal nak pergi makan je. 

Kali ini bapa ajak lunch di SCR Xpress di Permy Mall, Miri. (SCR maksudnya Singapore Chicken Rice). Kalau di semenanjung Malaysia ada tak agaknya SCR Xpress ni eh? 5 tahun di sana dan Chipmunk tak pernah nampak di mana-mana di area KL dan Selangor. 


Dari kiri ke kanan. 3 Layer Teh C Special, Kurma Juice, Green Tea Lemon, Coffee Latte Cincau

Iolls order Green Tea Lemon. Sedap! Tak masam, tak manis, tak pahit. Just nice. Tapi Chipmunk rasa Coffee Latte Cincau tu tersangat lah manis. Rasa macam nak tercabut telinga Iolls tau. Okay, ini over.

Black Pepper Chicken Noodle, RM7.90.

Dalam menu, siap ada "nota kaki" lagi Black Pepper Chicken Noodle ni. Ada simbol cili, kononnya pedas lah. Tapi bila Chipmunk rasa, rasa pedas tu dah terjun laut agaknya. Tak pedas langsung. Iolls yang tak makan pedas ni pun kata tak pedas apatah lagi orang yang ratah cili macam makan Pringles, lagi lah tak ada rasa pedas langsung. 

SCR Fried Rice, RM8.50.

Yang lain semua order Fried Rice. Mula-mula, adik Chipmunk order Fish n Chip. Tapi tak ada lah pulak. So kena tukar menu lain.

So far makan kat sini okay. Makanan pun boleh tahan sedap. Cuma tak puas hati dengan pekerjanya saja. Macam tak makan seminggu je, nampak tak bermaya dan kurang bertenaga. Lagi satu, tak berapa alert dengan pelanggan. Takkan nak tunggu kita approach dulu kot? 

p/s : Kalau bekerja melayan pelanggan ni tak kira lah kedai makan atau kat kaunter mana-mana sekalipun, manis-maniskan lah wajah dengan senyuman. Tak rugi apa-apa pun. Pelanggan happy, anda pun suka. 

Koleksi Novel Ramlee Awang Murshid Kesayangan Hamba

Seperti yang dijanjikan dalam entri INI, Chipmunk akan share koleksi novel yang paling Chipmunk sayang. Sebenarnya kan, Iolls tak berapa suka sangat baca novel jiwang-jiwang romantik bagai ni. Tapi Iolls baca jugak disebabkan oleh minat membaca tu kot dan nak tau story line sesebuah cerita je. Untuk tambah pengetahuan jugak. Nak confess sikit, sebenarnya baca novel cintan cintun ni, kalau ayat tu jiwang bukan main Iolls skip je. Geli! Haha. Dan sesungguhnya Iolls bukan lah tergolong dalam golongan yang romantik. Jadi tak payah lah berangan nak berkata-kata dan bersikap romantik dengan Iolls ye. Berdarah telinga ni nanti dan orang tu pulak tak pasal-pasal kena lempang. Oh, nasib baik lah En. Barney pun begini jugak orangnya. 

Sebenarnya Chipmunk lebih berminat dengan genre seram dan thriller. Lebih mencabar minda gitu. Sebab tu lah Chipmunk sangat suka dengan karya-karya Novelis Thriller No. 1 Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid

 Trilogi Tombiruo

Chipmunk start minat baca novel karya Ramlee Awang Murshid since Chipmunk Form 1. Dah lebih sedekad jugak. Novel paling awal Chipmunk beli dan membuatkan Chipmunk jatuh tangga cinta dengan karya Ramlee Awang Murshid adalah A.D.A.M dan Tombiruo


Dalam banyak-banyak novel Ramlee Awang Murshid, novel Rahsia Perindu yang paling mencabar minda. Tak boleh skip satu patah perkataan sekalipun kalau nak betul-betul faham jalan ceritanya. Masa baca novel tersebut, Chipmunk ulang baca dari mula walaupun dah sampai pertengahan buku sebab nak faham betul-betul. Twist jalan ceritanya, fuhhhh. Memang salute habis lah dengan Ramlee Awang Murshid sebab mampu menghasilkan novel tersebut dengan jayanya. Chipmunk pernah somewhere, and someone tu tak mampu nak baca sampai habis pun novel Rahsia Perindu sebab tak faham jalan ceritanya. 


Ungu Karmila pun seronok jugak. Pokoknya semua novel karya Ramlee Awang Murshid semua best lah. Tak ada satu pun yang tak best.


Pentalogi Laksamana Sunan. Ada lima buah novel semuanya dan menunggu setiap satu sambungan cerita memang satu penyeksaan. 


Tapi dalam banyak-banyak, Hatiku Di Harajuku favourite Chipmunk. Seorang berbangsa melayu yang menjadi Yakuza di Jepun dan menggunakan nama Ryu Watanabe. Iolls jatuh hati kejap dengan watak Ryu Watanabe. Ehem.


Dan dalam banyak-banyak, dua novel ini yang paling Chipmunk sayang. Limited edition tu. Bezanya, ia adalah hard cover. Pernah dulu, ada orang tanya Chipmunk sama ada Chipmunk nak jual dua novel ni. And the answer is NO! Sayang kot.


Memang satu kegilaan bila sanggup beratur berjam-jam semata-mata kerana ini! Bayangkan, dari pukul lebih kurang pukul 11 pagi sampai lebih kurang pukul 2 petang. Rasanya untuk novel Sutera Bidadari kot. Bila fikir balik, gigih gila sanggup berdiri berjam-jam. Oh ya, lupa nak ucap terima kasih kat En. Barney sebab sanggup melayan kegilaan saya yang satu ini. 

Cuma, tetap ada cuma dan tapinya.

Iolls sangat terkilan sebab tak sempat nak order novel Igauan Maut yang telah dicetak semula hari tu. Hanya 2 novel karya Ramlee Awang Murshid yang Chipmunk belum baca. Novel Pei Pan Chipmunk jumpa masa selongkar buku-buku di Perpustakaan Awam Miri dan itupun rupanya sangat uzur tapi masih lagi boleh dibaca. 

Cuma lagi.

Novel terbaru berjudul Magis tak sampai lagi kat bookstore di Miri and I is stress and sooo jealous dengan mereka yang dah habis baca novel tersebut!

p/s : Ada tak yang nak hadiahkan novel Magis untuk Iolls? Hiks

28/09/2013

Pelakon Cinta dan Mr. G - Anabella

Hari tu Kak Jijah ada tanya, tentu banyak koleksi novel Chipmunk. Banyak, sampai pernah ditimpa novel masa selongkar almari nak cari sesuatu. Tapi sekarang, mak pulak yang sakan memborong novel. Maka I hanya tumpang sekaki. Nanti Chipmunk share koleksi novel kesayangan Chipmunk. Hari tu dah baca koleksi Blogger Lana, nantikan entri Chipmunk pulak ye. Tunggu Chipmunk selongkar cari novel-novel tu semua. 

Okay, berbalik semula ke asalnya.

Hari ini nak share satu novel yang Chipmunk rasa cukup menarik. Karya seorang novelis muda. Sekarang ni nak share novel kat uolls kena pilih novel yang best. Kalau yang tak best Iolls pun tak reti nak bagi komen. Bak kata Blogger Yumida, rasa macam tak ada suntikan jiwa je dalam novel tersebut. Maka si pembaca pun tidak menjiwai karya tersebut. Amboi, Iolls kalau bercakap bukan main. 


Pelakon Cinta dan Mr. G
Anabella

Sinopsis :
Mr. G singkatan untuk apa? Bukanlah Mr. Gemuk atau Mr. Gila, tapi sudah tentulah Mr. G yang dimaksudkan ialah Mr…

Dengan ganjaran 2 juta yang menanti, Tengku Marylin Myacella yang terkenal dengan sikap gediknya telah memenuhi permintaan sahabatnya untuk memastikan seorang pemuda yang dipercayai Mr. G berubah menjadi lelaki normal. Tapi, dia sendiri yang berasa resah dan gelisah.

You ingat, you cantik sangatlah sampai I teringin nak jadikan you girlfriend I?!” – Syed Zakuan Zafran.

I memang sangat cantik. Tapi I tahu, dalam mata you, pasti tak secantik Aaron Aziz atau tak secomel seperti artis lelaki Korea, Kan?! Takkan lah I perlu tukar jantina semata-mata untuk jadi girlfriend you?” – Tengku Marylin Myacella.

Dalam menjayakan misinya, Mary keliru dengan perasaannya sebenar sama ada dia betul-betul ikhlas jatuh cinta ataupun sekadar lakonan semata-mata. Zafran pula telah merahsiakan cintanya selama tujuh tahun, tapi dia Berjaya memiliki Mary dari sebuah penipuan yang dicipta. Namun, dalam keasyikan mereka melayari bahtera, sekali lagi mereka diuji dengan rintangan yang mencabar kepercayaan mereka.

Selama ini I ingat you ikhlas cintakan I…”- Syed Zakuan Zafran

Kalau kau dah tahu aku curang dan tak cintakan kau lagi, kau ceraikan aku Zafran! Ceraikan aku!” – Tengku Marylin Myacella


Cinta yang bermula dari sebuah penipuan dan sandiwara akankah kekal bahagia? Mampukah Mary mengubah Zafran menjadi lelaki normal? Hanya Pelakon Cinta & Mr. G yang dapat menentukan kesudahan cinta mereka…
Dapat tangkap apa yang dimaksudkan dengan Mr. G tu? Masalahnya kat sini, betul ke yang si Zafran tu gay? Mana pulak datang ceritanya yang mamat handsome sebijik Chace Crawford ni tak normal? Honestly, jalan cerita novel ni sangat menarik. suku terakhir novel macam ada sedikit twist pada jalan ceritanya. 

Salah satu novel yang highly recommended dari Chipmunk. Kalau 5-6 tahun dulu kita rasa macam banyak sangat novel best, tapi sekarang ni lambakan novel buat kita susah nak pilih novel-novel yang berkualiti. Tapi novel yang ini rasa macam novel keluaran 6-7 tahun yang lepas je. Penulisnya pula sangat muda yang Chipmunk rasa sangat berbakat dan mampu untuk berdiri sebaris dengan novelis-novelis tersohor masa kini. 

p/s : 2 and a half day untuk habiskan yang ini sampaikan ada orang tu bising kita terlupa nak reply text message dia. Oh ya, tebal jugak novel ni. 

Tab Menu mudah dan menyenangkan

Sebenarnya dah lama nak buat benda ni. Tapi malas nak melecehkan diri. Bila fikir-fikir balik, sendiri pun serabut nak cari entri lama-lama. Tu yang terpaksa menyeru supaya datanglah kerajinan itu. Cewah.

Tak pernah jugak letak label untuk setiap entri sebenarnya. Bila dah bertahun berblogging ni baru lah terasa labelling tu macam perlu sebab makin lama, makin banyak entri yang telah dihasilkan. Bila nak korek balik entri lama-lama tu tersangat lah susah. Yela, bukan kita ingat pun tarikh kita buat sesuatu entri tu kan.

Jadi, nak memudahkan  Chipmunk buat je tab menu. Yang simple-simple dah lah. Kalau ada yang perasan, dari petang semalam lagi kot tab menu tu dah wujud. 


Bukan saja menyenangkan tuan blog ni, tapi turut memudahkan blogger-blogger lain jugak. Kalau nak baca cerita tentang kucing saja, boleh klik Kucing tu. Mostly cerita Cik TengTeng dan Abang E'el je lah. Kalau nak cari drama Korea untuk di download, boleh klik K-Drama pulak. Dan kalau nak baca review novel-novel yang Chipmunk pernah baca, boleh klik pada bahagian Novel

Tab menu ni Chipmunk buat berdasarkan INI. Cuma adalah yang Chipmunk ubah-ubah sikit untuk kesesuaian blog dan bertepatan dengan citarasa. Cewah, citarasa tu. Bunyi macam demand tinggi je. Sebenarnya ada banyak lagi tutorial blogger-blogger lain tentang tab menu ni, cuma ini yang paling simple dan mudah sikit untuk diikuti. 

p/s : Jenuh jugak nak selongkar blog sendiri dan asingkan ikut apa yang dikehendaki. 


27/09/2013

Korean Drama : The Master's Sun

Siang tadi buka akaun Nuffnang, terpandang lah keyword "Nak tengok drama The Master's Sun", drama korea kalau tak silap Chipmunk sedang ditayangkan di One HD. Chipmunk tengok jugak drama ni, tapi download je lah. Nak tunggu kat One HD tu selalunya lambat 3-4 episod lah. Sekarang ni tengah tunggu nak download episode 14 The Master's Sun. 

Dibintangi oleh So Ji Sub dan Gong Hyo Jin


Tae Gong Sil (Gong Hyo Jin) dapat lihat sesuatu yang tak dapat dilihat oleh mata kasar, hantu. Disebabkan hal ini lah masyarakat pandang serong terhadap Gong Sil, kononnya seorang perempuan gila. Joo Joong Won (So Ji Sub) pulak langsung tak percaya benda-benda yang macam tu. Karakternya agak sombong dan macam tak ada perasaan langsung je. Yang kelakarnya bila mereka berdua bertemu dan Joong Won adalah satu-satu tempat persembunyian Gong Sil daripada hantu-hantu ni. Nak dipanjangkan cerita, Gong Sil dapat tengok hantu first love Joong Won dan ada kisah yang complicated tentang masa lepas Joo Joong Won yang perlu dirungkaikan.

Hantu-hantu dalam cerita ni agak scary lah berbanding drama Who Are You. Yang paling Chipmunk geli, hantu yang seret kaki tu. Dah la time tu tengok drama ni pukul 1-2 pagi. Tapi best punya pasal, Chipmunk redah je lah tengok sampai habis. Ini kalau adik Chipmunk mahu nya dia call mak suruh jemput dia depan pintu bilik. 

Download The Master's Sun

Watch Online The Master's Sun

OST The Master's Sun

p/s : Tak sabar nak tunggu drama baru Yong Hwa (CNBlue) dan Yoon Eun Hye. 

Thanks Mr Nuffnang : SenHeng/Sen Q Plant A Tree

Rupa-rupanya ada satu lagu CPUV dari Nuffnang yang Chipmunk baru perasan. Alhamdulillah. Memang lewat September ni CPUV dari Mr. Nuffnang agak mencurah-curah. Bukan I seorang je, blogger-blogger lain pun sama jugak. Kan kan kan.


SenHeng/Sen Q

Terima kasih Mr. Nuffnang dan terima kasih juga buat SenHeng/Sen Q. Chipmunk tengok kat iklan, ada facebook contest I Plant A Tree. Katanya Win a Trip & Plant a Tree. Contest berlangsung sehingga 6 Oktober ini. Untuk keterangan lanjut boleh la klik iklan tersebut. Kot-kot lah boleh menang, trip ke mana tu I pun tak sure lah. 


p/s : Chipmunk dan En. Barney sebenarnya suka masuk SenHeng/Sen Q ni. Saja nak tengok-tengok. Selalunya tengok smartphone dan tv. Kemaruk apa entah, padahal belinya tidak pun. 

Siapa kata saya tak bangga dilahirkan sebagai MELAYU?

warning : Emosi saya neutral ketika menaip entri ini. Saya cuma menjawab segala persoalan yang bermain di minda orang lain. 

Klik untuk lebih jelas.

Okay. Merujuk kepada entri INI. Saya dengan senang hati dan lapang dada menjawab segala persoalan saudara/saudari. 

Tidak ada satu ayat pun dalam entri saya menyifatkan bangsa melayu ini sebagai bangsa yang teruk. Sepanjang menaip entri tersebut tidak pernah terlintas pun sedemikian. Akan tetapi, kenapa perlu persoalan itu timbul dalam minda saudara/saudari. Adakah saudara/saudari yang berfikiran sedemikian?

Yes, I am Malay dan sesungguhnya saya cukup berbangga dilahirkan sebagai individu yang beragama Islam dan berbangsa melayu. Syukur Alhamdulillah. Sekali lagi saya bertanya, ada atau tidak saya menyebut di dalam entri tersebut, sesungguhnya bangsa melayu ini sangat teruk? Kalau ada sila  nyatakan ayat yang mana satu. Indeed in the second paragraph, saya nyatakan "satu-satunya perkara yang mana saya tidak mengaku sesungguhnya saya juga berbangsa melayu". Akan tetapi, saya turut menyentuh tentang persepsi di perenggan sebelumnya. Sebagai seorang yang berbangsa melayu, saya menyeru agar kita sama-sama menyingkirkan persepsi ini dari minda setiap individu agar bangsa melayu tidak lagi dilabelkan sebagai bangsa yang tidak menepati masa. Sarcasm. Don't you get it?

Saya juga tidak melabelkan bangsa melayu ini sebagai bangsa yang bodoh. Sila nyatakan ayat yang mana dalam entri tersebut yang membuktikan saya menyatakan sedemikian. Akan tetapi, persoalan tersebut masih lagi bermain di dalam minda anda. Adakah pernah terlintas di dalam akal dan fikiran anda bahawasanya bangsa melayu ini sebagai bangsa yang bodoh?

And last, saya sudahkan entri tersebut dengan memohon segala ampun dan maaf bagi mereka yang terasa. Dalam erti kata lain, maksud tersirat di sebalik ayat tersebut adalah tidak semua bangsa melayu yang begitu. Dan saya nyatakan di sini untuk kefahaman saudara/saudari, saya juga tidak ada menyatakan sesungguhnya bangsa lain itu baik-baik belaka manakala bangsa kita ini sebaliknya. Malah saya turut bersetuju dengan salah satu komen pada entri tersebut sekiranya saudara/saudari membaca sehingga ke noktah yang terakhir di komen yang paling akhir. 

Sekali lagi saya memohon maaf sekiranya kata-kata di dalam entri tersebut menggangu ketenteraman jiwa saudara/saudari. Sesungguhnya tidak pernah terdetik pun dalam minda saya perkara-perkara yang saudara/saudari persoalkan itu. Tetapi kenapa perlu ada dan berlegar-legar di minda saudara/saudari bahawa masyarakat melayu ini adalah masyarakat yang teruk dan bodoh?

p/s : Kan lebih senang kalau berbicara tanpa perlu menyembunyikan identiti sendiri. Saya lebih hormat orang yang berani berterus-terang. Tetapi rasa yang sebaliknya terhadap mereka yang bersembunyi di sebalik identiti anonymous. 

26/09/2013

Dia Bukan Arissa - Syaida Ilmuna

Jom sembang tentang novel pulak hari ini. Sebenarnya ada banyak novel yang I dah habis baca cuma tak kongsikan kat uolls semua. Sebab tak ada novel yang best nak dikongsikan, semua rasa macam biasa-biasa je. 

Semalam mak update stok novel kat rumah. Maksudnya beli baru lah memandangkan stok novel yang sebelum ni semua dah habis baca. I ni apa lagi, menumpang lah sekaki baca novel best-best. Selalunya kalau mak beli novel, dia suruh Chipmunk yang pilih sebabnya kalau dia pilih semua nak cover yang cantik-cantik tapi isi hampeh, sinopsis pulak rasa macam copy paste novel lain je. Ini mak sendiri yang cakap bukan I yang memandai. Ehem. 

So pagi tadi maybe around 3 pagi dah berjaya habiskan satu novel. Novel ni nipis je. Sebab tu berjaya habiskan dalam masa beberapa jam. Tips baca novel dengan cepat, skip bahagian yang tak best. Tapi kena skip dengan bijak sebab takut nanti tak paham pulak ceritanya. Tips ini juga boleh digunakan untuk mengelakkan kebosanan membaca novel.


Dia Bukan Arissa
Syaida Ilmuna

Sinopsis :
Arissa mati dibunuh? Arlisa panik setelah melihat kakak kembarnya yang sudah dua tahun menghilang dan kini muncul semula, terbaring berlumuran darah di rumahnya. "Kalau kau taknak dituduh membunuh kakak kau dan meringkuk dalam penjara, kau kena ikut cakap aku. Kau mesti menyamar jadi Arissa! Mayat ini biar aku yang uruskan," ujar lelaki tak dikenali yang datang tiba-tiba.

Arlisa terpaksa menurut. Dia ke rumah'mertua'nya dan menyamar sebagai 'menantu' Puan Murni, 'ibu' Ameera dan 'isteri' Adam. Barulah dia tau siapa Arissa selama menghilangkan diri. Satu rumah membenci Arissa kerana kejahatannya. Sedangkan sifat Arlisa berbeza dengan Arissa. 


Bagaimana Arlisa hendak berhadapan dengan semua ini? Bagaimana dia hendak berhadapan dengan Adam? Adam melayannya mesra sebagai seorang suami. Ahh.. Payah! Memang Payah!


Arlisa perlu lakukan sesuatu.. tapi apa? Dia adalah dia dan bukannya Arissa. Dan dia mula jatuh cinta pada.. Oh, tak mungkin. Adam tak cintakan dia. Adam cintakan Arissa yang sebenar. 


Tanpa mereka sedar, semua yang terjadi adalah komplot yang dirancang. 

Menarik juga novel ni. Kembar tapi perwatakan yang sangat berbeza. Bagai langit dengan bumi. Kalau dah perwatakan pun berbeza. macam mana mampu menipu mata yang melihat kan? Persoalannya, siapakah lelaki misteri yang menyuruh Arlisa menyamar sebagai Arissa yang jahat tu? Komplot yang dirancang? Oleh siapa? Dan untuk apa?

Thanks Mr. Nuffnang : Nescafe Cans

Alhamdulillah, tengok earning Nuffnang. Ada lagi CPUV Campaign yang Mr. Nuffnang bagi. Sebenarnya beberapa hari lepas lagi cuma sekarang baru sempat nak buat entri. Tengok blogger-blogger lain pun ramai yang update tentang CPUV Campaign masing-masing. Syukur Alhamdulillah, memang murah rezeki di penghujung september ini. 



Nescafe

Terima kasih Mr. Nuffnang dan terima kasih juga buat Nescafe. Ni rasanya iklan yang ada gambar pelakon handsome Shaheizy Sam tu la kot. Something to do with cipta lirik lagu lah kot bila tengok iklan tu. Mungkin Sam lah kot yang nyanyi lirik lagu pemenang bertuah tu. 


Honestly, suka dengar suara Shaheizy Sam. Sedap juga. Lagu Begini Caranya nyanyian Sam dan Yana Samsudin tu salah satu lagu favourite Chipmunk. Biarpun movie nya Aku Ada Kau Ada tu bagi I macam merapu dan entah apa-apa sikit tapi lagu tu best kot. Bukan Chipmunk je, En. Barney pun suka dengar lagu tu jugak. Hiks.

p/s : Semalam ingatkan nak pergi Sushi Bonanza Sushi King lagi dengan adik. Tapi sekali tengok panjang pulak barisan.  

25/09/2013

Sushi Bonanza @ Sushi King

Sebenarnya ini cerita petang semalam. 

Bermula Isnin sehingga lah hari Khamis minggu ini (untuk semua restaurants Sushi King di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor & Sarawak), ada promotion dari Sushi King khas buat pemegang 2013 & 2014 Sushi King member card. Semua plate dengan harga cuma RM3 sahaja. Chipmunk pun apa lagi, haruslah tak lepaskan peluang. 

Sushi King Member Card

So, plan untuk ber'sushi' dengan girlfriend I petang semalam. Ambik dia kat tempat kerja dan terus ke Sushi King. Nasib baik tak ramai sangat orang dan masih banyak lagi tempat duduk jadi tak perlu lah beratur lama-lama. 

Kali ini duduk menghadap luar pulak. 

Favourite baru. Jelly fish. Sedap!

9 Pinggan hanya dengan RM29!

Disebabkan last week birthday Chipmunk kan, Alhamdulillah kali ini dibelanja lagi. Kononnya sebagai hadiah birthday. Thanks Cik Alyn!


Bagi peminat sushi yang berada di negeri-negeri yang I mention tadi, masih ada hari esok lagi untuk uolls ber'bonanza'. Untuk negeri lain pulak, boleh rujuk gambar di atas ni.

Update
Macam ramai pulak yang tak perasan I bebel-bebel kat atas ni. 
Sushi Bonanza bagi negeri-negeri lain selain daripada yang disebut di awal entri adalah seperti berikut:

Selangor dan Kuala Lumpur : 30 September hingga 3 Oktober 2013
Perak, Penang, Kedah dan Sabah : 7 Oktober hingga 10 Oktober 2013

Kalau tanya lagi kenapa negeri terpilih je tak tau nak cakap apa. Lain lah kalau tempat tersebut tak ada Restaurant Sushi King, tak boleh nak buat lah. Hiks

p/s : Ikutkan hati nak je pergi lagi esok. Haha!

Khas buat Sang Puteri Kayangan

Puteri bukan sebarang puteri tapi puteri kayangan dari Negeri Langit Ke Tujuh. Okay, ini sudah merapu.

Entri kali ini khas buat blogger yang manis lagi menawan. Siapa lagi kalau bukan kakak cantik Puteri Kasih. Bersempena dengan hari yang istimewa buat kakak cantik hari ini, Chipmunk nak ucapkan Selamat Hari Jadi, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa happy-happy selalu di samping orang-orang yang tersayang. Tak lupa semoga lebih maju lagi dalam berblogging dan teruskan menulis.

Memandangkan birthday Chipmunk last week Sis Puteri dah hadiahkan kek coklat yang cantik untuk Chipmunk. Kali ini turn Chipmunk pulak balas dengan kek comel ini. 

Ada dua ekor kucing. Satu Sis Puteri, satu lagi adikmu yang comel ini. Hehe

Kek kucing comel yang berwarna Pink memandang Sis Puteri pencinta kucing dan juga penggemar pink! Jom ramai-ramai kita banjirkan blog Sis Puteri dengan ucapan-ucapan hari jadi. 


Oh ya, nak ambik kesempatan untuk tolong Sis Puteri promote E-novel baru beliau iaitu Cik Dacing & Encik Ikan. Boleh baca E-novel tersebut di SINI.

p/s : Teringin sangat nak bersua muka dengan Sis Puteri. Entah bila lah agaknya kan. 

24/09/2013

KakaoTalk for PC

Dulu Chipmunk pernah buat kongsi tips pujuk orang merajuk dengan menggunakan aplikasi Kakaotalk (SINI). Tak sangka pulak ramai yang search tentang KakaoTalk bila Chipmunk check keyword kat Nuffnang tu. KakaoTalk ni merupakan salah satu social application macam WeChat, Whatsapp dan yang sewaktu dengannya. 


Tapi Chipmunk bukan nak cerita macam mana nak guna KakaoTalk ni pun. Tapi uolls tau tak yang KakaoTalk ni pun ada PC Version jugak? 

KakaoTalk For PC

Ingat tak Yahoo Messenger yang famous amos dulu tu? Wonder kalau ada orang yang masih guna YM sekarang. Lebih kurang macam tu jugak lah. Cuma Chipmunk tak sure jugak sama ada kita mesti download kat smartphone dulu baru boleh guna yang PC Version punya. Tapi rasanya tak apa kot asalkan uolls dah Sign Up KakaoTalk account. Yang ni Chipmunk pun tak sure jugak sebenarnya tapi kalau nak try and error tu boleh je. 

KakaoTalk PC Version sebenarnya lebih mudah dari aplikasi KakaoTalk kat smartphone tu. Chipmunk rasa lah. Tak complicated sangat. Lebih senang untuk digunakan. Jadi bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak guna KakaoTalk ni boleh lah download KakaoTalk PC Version di SINI. Memudahkan kita untuk memahami macam mana penggunaan KakaoTalk ni. 

p/s : Kalau Chipmunk, Chipmunk lagi suka yang PC Version punya. Makin rancak menaip. 

Nak buat plastic surgery jugak lah!

No no no. 

Jangan salah faham. Bukan Iolls ye tapi blog. Major plastic surgery. Yang tak berubah hanya warna. Masih lagi warna yang sama. Tengok ramai blogger lain yang dah ubah wajah blog mereka (Contoh macam Kak Aiza dan Sha Chirp-Chirp), jadi I pun tak nak ketinggalan. Lagipun dah lama tak tukar apa-apa. Sedangkan tuan tanah dah bosan apatah lagi tetamu-tetamu yang berkunjung. 

Mula-mula, takut jugak nak buat major renovation sebab takut beri kesan terhadap Nuffnang. Contoh macam iklan-iklan CPUV dan status Glitterati tu. Ada jugak hantar tiket kat Nuffnang tapi malas nak menunggu punya pasal, sebab rajin tengok coding blog ni once in the blue moon saja. Maka, Kakak Cantik Puteri Kasih lah menjadi tempat rujukan. 

Sis Puteri bagitau tak effect apa-apa pun cuma jangan ambik masa terlampau lama. Yang penting jangan tukar url blog

Maka, sepantas kilat bertungkus lumus bedah blog sendiri. Mungkin ada yang perasan kot Chipmunk private kan blog sekejap. Dan hasilnya.....


Bukan main lagi Chipmunk bagitau En. Barney. Temanya Simple dan Vintage. Kononnya lah. Seharian ni memang khatam tutorial-tutorial yang ada di blog INI, INI, dan INI. Terima kasih! Nasib baik dulu ada ambik kelas Pengaturcaraan Komputer. Ada jugak belajar benda ni. Kalau tak menangis jugak nak faham. 

Apa yang Chipmunk nampak, blog kelihatan lagi kemas dan lagi lembut warnanya. Nak tanya pendapat uolls pulak. Kalau-kalau ada yang patut Chipmunk ubah. Yang paling penting, loading okay tak? 

p/s : Seharian dan semalaman buat benda ni sampai lupa nak dinner. Pagi-pagi buta ratah Koko Krunch segenggam. 

23/09/2013

Cik TengTeng Hilang???

entri dah siap taip. Tapi internet buat hal, tak boleh save terpaksa retype balik. Blergh

Semalam masa tengah syok tengok Boyfriend Number 2 tengah race kat Singapore Grand Prix tiba-tiba gempar kejap. Tak jumpa Cik TengTeng di mana-mana. Kat dapur tak ada, di ruang belakang pun tak ada. Cari-cari dalam bilik pun tak jumpa. Takkan Cik TengTeng keluar rumah kot? Pintu tak dibuka langsung pun. Kalau ada, bapa je keluar nak ke masjid maghrib tu. Takkan lah bapa tak sedar Cik TengTeng ikut keluar sekali. Tapi tak mungkin jugak sebab Cik TengTeng ni bukan keluar rumah pun. Paling-paling depan pintu je dia merebahkan badannya yang gemuk tu. Jadi kat mana perginya Cik TengTeng menghilangkan diri?

Terpaksa lah lupakan kejap Boyfriend Number 2 Iolls tu sebab nak cari Cik TengTeng kat mana-mana ceruk yang dia muat untuk masuk dan tido. Intai celah kabinet TV, ternampak sesuatu.

Amboi-amboi, kat situ rupanya ya

 Tido di tempat yang tersorok tanpa sebarang gangguan

pandangan dari atas. 

Lepas tu bangun dan buat muka selamba kononnya nak tengok TV.

Yang pasti Abang E'el sedap tido tak peduli kekecohan mencari Cik TengTeng.

Cik TengTeng ni saja nak buat suspens orang. Ingatkan kat mana lah, rupa-rupanya dekat je. Jenuh keliling satu rumah mencari.

No Internet Access!



Tengah syok menaip entri, tiba-tiba internet buat hal. Paling sakit hati bila dah siap, dah panjang lebar kita bebel sekali tengok tak boleh nak save. Automatik terasa nak mencarut. Automatik terasa je bukan automatik tercarut. Beda di situ ya anak-anak.

Oh, sabar je lah.
posted from Bloggeroid

22/09/2013

Thanks Mr. Nuffnang : British Council

Alhamdulillah hari ini dapat lagi satu CPUV baru daripada Mr. Nuffnang. Tergerak hati nak check earning bila tengok ada satu iklan ni bukan main rancak lagi menayangkan diri kat blog I ni. Terima kasih Mr. Nuffnang ye.


British Council

Golongan sasaran adalah mereka yang ingin melanjutkan pelajaran khususnya di Britain. Education UK Exhibition 2013 yang akan berlangsung pada 5 dan 6 Oktober nanti bertempat di Level 3, Grand Ballroom, KLCC. Jadi mereka yang nak futher studies, nak ambik A Level atau nak masuk boarding school kat sana boleh lah pergi. Ada 63 exhibitors semuanya. Nak tau university atau college apa je yang ada boleh lah klik iklan tersebut untuk keterangan lanjut. Ada lucky draw jugak tau. 


p/s : Terdetik jugak nak sambung PhD terus. Kot-kot lah nak sambung kat overseas ke. Dah alang-alang ambik master apakata teruskan saja. Kan? Hiks

21/09/2013

Segmen Simple & Mudah


Terbaca entri INI. Nasib baik masih lagi sempat nak join. Tarikh tutup hari ini pukul 11.59 malam nanti. Yang tak join lagi ada masih lagi ni. Ada beberapa jam lagi sebelum 11.59 malam.

p/s : Geram pulak nak cari kucing warna pink macam dalam banner tu. Agak-agak ada tak? Hiks.

Monday Couple punya pasal!

Siapa yang biasa tengok Running Man atau peminat tegar Running Man atau yang sewaktu dengannya mesti dah arif dengan istilah Monday Couple. Pelakon cantik Song Ji Hyo dan Gary salah seorang anggota kumpulan hip hop, Leessang. Chipmunk memang minat Song Ji Hyo since filem seram Wishing Stairs tahun 2003 lagi sebenarnya. Berpuluh kali tengok cerita tu, siap boleh hafal part mana hantu tu keluar. Silap-silap ikut cara hantu tu pun boleh agaknya. 


Sebenarnya nak cerita, gara-gara Monday Couple ni lah Chipmunk tersangkut dengan satu lagu ni. Sambil baca novel Cecelia Ahern yang Chipmunk baru beli, One Hundred Names. Pasang lagu ni banyak-banyak kali. Padahal sebenarnya selalu jugak dengar lagu ni dalam Running Man. Cuma semalam baru tergerak nak mencari.


The Girl Who Can't Break Up, The Boy Who Can't Leave
Leessang (Ft Jung In)

Siap cari video yang ada terjemahan lirik tau. Nak ikut nyanyi sekali pun boleh. Sedih jugak bila baca liriknya. Jom tekan replay sambil nyanyi-nyanyi lagi sekali! Again and again and again!


Suka lah tengok diorang berdua ni. Comel sangat. Siapa dah tengok Running Man episode 163? Sweet kan? Hiks.

20/09/2013

Sushi Art

Sushi.

Chipmunk dan En. Barney. Senang cerita, gila sushi. Pernah jugak terfikir nak try buat sendiri. Tapi orang rumah ni bukan jenis yang pelahap. Makan nasi bila lapar. Itupun sebutir dua. Hiperbola sangat lah kalau sebutir dua. Sehari masak dua tiga cupak beras kadang-kadang pun tak habis. Jadi kalau nak buat sendiri fikir 10 kali dulu nak buat atau tak. Buat sikit nanti, takut tak cukup. Kalau buat banyak pulak, tak habis kan membazir jadinya. Senang cerita, siapa-siapa yang teringin nak makan sushi boleh pergi Sushi King je. Tapi selalunya I sorang je lah.

Bercakap tentang sushi ni sebenarnya nak cerita, kalau nak buat sendiri sushi pun memerlukan kepakaran jugak sebenarnya. Sebab apa Chipmunk cakap macam tu? Memandai je perempuan ni padahal diri sendiri pun tak pernah nak buat sushi. Tengok macam seorang artist dari Jepun yang bernama Takayo Kiyota. Macam-macam corak, macam-macam warna jadinya. Nak buat sushi Doraemon pun jadi agaknya. 








Ni yang nak try buat sendiri ni. Nampak cantik je. Tengok orang buat memang lah cantik. Cuma tangan sendiri yang buat, nan hado jawabnya. 

Oh ya, buat peminat tegar sushi, jangan lupa Sushi Bonanza Sushi King pada minggu depan bagi zon Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak bermula 23 September sehingga 26 September. Siapa nak ikut Chipmunk pergi melantak sushi cepat angkat laptop!


sumber : INI