19/10/2013

Jiwa tertinggal di Derinkuyu

Seriously. Hobi terbaru. Taip ayat panjang-panjang dan tekan backspace sampai awalan kata. Idea mati. Cuba diseru kembali rohnya yang melayang pergi. Mungkin sudah sampai ke kutub utara? Ataupun jauh menyelam sehingga ke dasar Jurang Mariana? Entri iklan tak berbayar pun perlu tolak tepi dulu. Menjauh. Maaf buat insan tersebut. Saya masih tergapai-gapai mencari mana pergi mood dan idea menaip. Mode merepek diaktifkan.

Semua benda perlu ada bahagian TAPI nya. 

Same case. Blogger Ayie kata, entri merepek merapu itu yang seronok dilayan. Err. Speechless. Tapi lagi, terima kasih. Rasanya sudah tiba masa untuk berhenti melayan semangat kemerepekan yang semakin menebal. Nanti Kak Mieza kata, cedok ayat novel pula. Sudah semestinya bukan, cuma jiwa masih lagi tertinggal di dunia Magis, mungkin di Derinkuyu. Terpengaruh. Hiks. 



Terima kasih novelis Ramlee Awang Murshid kerana memperkenalkan Derinkuyu. Terpukau sebentar. InsyaAllah, kalau diizinkan suatu hari nanti, nak jugak jejakkan kaki ke sini. 




Pernah menjelajah masuk ke Gua Niah sepuluh tahun lepas dan teringin untuk menjengah Gua Mulu pula. Tak pernah pergi walaupun begitu dekat sekali. Cuma perlu terbang menggunakan burung berenjin. Kalau berumah di dalam gua pun seronok juga kan. Kembali ke zaman primitif yang semestinya tidak mampu untuk kita hadapi keadaan macam tu. Point utama, internet. 

p/s : Gambar ehsan Pakcik Google

17 comments:

  1. Sally punya jiwa tertinggal kat Jakarta -___-'

    ReplyDelete
  2. @Sally Samsaiman

    hahaha.. jasad je ada di Malaysia ye.. Fikiran semua melayang ke negara seberang.. hehe

    ReplyDelete
  3. cantik gambarnya tu aisya.. mama takde tertinggal kat mana-mana, sebab jarang sangat berjalannya.. hihi

    ReplyDelete
  4. jauh betul jiwa aisya tertinggal.. kembalilah ke malaysia..

    ReplyDelete
  5. Err..derinkuyu tu..betul2 wujud rupanya..

    #Tiba2 teringat kat bangsa Polip, hehehe.

    ReplyDelete
  6. sis punya mood plak dah macam chipsmore dah..kejap dia ada, kejap dia pergi holiday..hehehe :)

    ReplyDelete
  7. Hahaha, ingat kitak ada melancong g cney2 tewk.

    ReplyDelete
  8. gambar yg menarik.. best tgk.

    ReplyDelete
  9. @Ayie Abas

    teringin nak pergi turki one fine day.. hehe.. sebuah negara yg mmg byk tinggalan sejarah.. hehe

    ReplyDelete
  10. @Norhasniza Khalid

    ni berjalan kerana novel lah mama.. hehehe

    ReplyDelete
  11. @Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    dh kembali mungkin kak aiza.. flight delayed hari tu. haha

    ReplyDelete
  12. @Tinta Lana

    derinkuyu ni teringat bangsa memalik. hehe

    ReplyDelete
  13. @puteri kasih

    ni boleh kira pergi holiday lah ni sis.. hehe

    ReplyDelete
  14. aku mcm pernah wat entri je psl derinkuyu nih.

    ReplyDelete
  15. @aswadz

    yeke? tak perasan plak. hehe.

    ReplyDelete