20/10/2013

Nasi lebih jangan dibuang.

Orang-orang di rumah ini, perutnya kecik. Makannya pun sikit. Tinggal berempat, nasi dalam periuk masaknya suku pinggan setiap seorang. Tetap tak habis juga. Selalunya, Si Puteh lah yang menghabiskan sisa-sisa nasi yang ada, berlaukkan ikan-ikan direbus khas untuk si putera yang seekor tu. 

Malam tadi, tengok ada nasi suku lagi dalam periuk. Sayang pulak. Selongkar dapur, tengok apa yang ada. Selongkar ala kadar, tak boleh lebih-lebih. Nanti boss berpangkat emak marah. Oh, baru teringat ada sesuatu yang baru dibeli petang tadi. 

Dan hasilnya....


Ini namanya homemade sushi tak sesedap rasa. Rupanya kurang, tapi rasanya boleh tahan. Masuk bakul angkat sendiri nampak. Rebus crabstick, goreng telur, dan sesi gulung-menggulung perlu dilakukan secara pantas. Berhenti untuk membebel sebentar. Pisau semua tumpul, tak sempat nak asah maka potongannya pun kita belasah. Terus pecut depan TV tengok Piala Malaysia : Pahang vs Sarawak sambil makan ala-ala berada di Jepun. 

p/s : Nak cari tuna lah. Letak tuna sekali mesti lagi sedap. En. Barney, sila jealous. I bersushi di rumah sahaja.

43 comments:

  1. nampak sama macam sushi yang jual di kedai tu.. mesti sedap ni.. pandai aisya buat sendiri..

    ReplyDelete
  2. nyaman eh
    lak kmk mok try juak
    isik tabong nestle sitok

    ReplyDelete
  3. seronok meng'hack' makanan.. macam2 kita boleh bubuh..hehehe. Bukan apa untuk mengelak pembaziran..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya sushi.. lagi mudah buat sendiri kan..

    ReplyDelete
  5. simple rupanya nak buat benda ni,,haha

    ReplyDelete
  6. wahhh...macam best ja...nak try jugak la nanti...tapi...

    ReplyDelete
  7. waaa..... ermm.. boleh mama try ni

    ReplyDelete
  8. wahh pandai buat sushi. jelesnyaa~ at least tkdelah membazir nasi yg lebih tu kan. hehe :D

    ReplyDelete
  9. Salam.

    Aisya, habis tak makan tu? hehehe

    ReplyDelete
  10. nampakkkk nyaman ^_^

    ReplyDelete
  11. Tak suka sangat sushi tapi boleh je teman member2 makan kat kedai2 sushi ehehehe

    ReplyDelete
  12. perghhh!!! terliur tgk.. dah la zizie kaki sushi.. huhu

    ReplyDelete
  13. tampak sedap sangat homemade sushi tu...

    salam kenal :)

    ReplyDelete
  14. kalau buat sendiri mesti sedap..tapi sis tak suka sushi plak..hehehe

    ReplyDelete
  15. nampak sedapp betul ni aisya..

    ReplyDelete
  16. @Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    herot mcm tu akak kata mcm kt kedai.. haha..

    ReplyDelete
  17. @Yumida Huda

    for sure tok sik payah risau pressure cooker meletup.. hehe

    ReplyDelete
  18. @amir zahari

    betul tu.. ikut selera sendiri..

    ReplyDelete
  19. @puteri airyn

    betul tu.. ikut suka kita lah nak letak apa pun.. hehe

    ReplyDelete
  20. @Mazni Munawar

    senang je pun.. tak memerlukan sebarang kepakaran.. hehe

    ReplyDelete
  21. @Dzureen Darwis

    lepas ni boleh lah suruh member buat sendiri plak.. hehe

    ReplyDelete
  22. @Nurul Farahizzati

    lepas ni boleh makan sushi hari2.. buat sendiri je. hehe

    ReplyDelete
  23. @Khaira Hisan

    sendiri rasa baru tau sedap atau tak. hehe

    ReplyDelete
  24. @puteri kasih

    mcm mak sy lah sis.. sy adik beradik je yg mkn.. hehe

    ReplyDelete
  25. @azizah :)

    boleh la buat kak jijah.. simple je.. hehe

    ReplyDelete
  26. dear blog dah btukar..cantik sgt wane biru nih :)

    ReplyDelete
  27. @Shida Radzuan

    hehe.. warna asal lagi.. thanks! :D

    ReplyDelete