30/11/2013

Hujan

Tempat I saat entri ni ditulis memang cuaca panas terik je. Kat tempat uolls pulak macam mana? Hujan? Ini sebenarnya bukan entri laporan cuaca untuk seluruh Malaysia. Bukan, bukan. Hujan adalah tajuk sebuah lagu yang I baru tau. Banyak kali jugak dengar lagu ni dimainkan oleh Era.FM Sarawak. Lagu berjudul Hujan yang dinyanyikan oleh Melissa Francis

Melissa Francis

Siapa Melissa Francis? Melissa Francis merupakan seorang penyanyi kelahiran negeri Sarawak. Quite famous jugak lah di Sarawak ni. Antara penyanyi Iban yang famous amos. I tak dengar sangat lagu-lagu Iban tapi kadang-kadang layan jugak sebab ada certain lagu tu best. Bahasa Iban tak jadi masalah sangat sebab memang faham. Nak bercakap dalam Bahasa Iban pun boleh. Nak kata sebijik macam Bahasa Melayu Sarawak memang tak sama jugak lah. Yang ini orang selalu confused. Bahasa Melayu Sarawak dan Bahasa Iban tu berbeza ya. 

Balik ke topik yang asal. I tak tau pun Melissa Francis ni ada lagu melayu. Almaklumlah, jarang dengar radio. I cari juga lagu Hujan ni kat youtube nak share kat uolls tapi tak jumpa pulak. Yang ada cuma promo ni je. Kalau di Era.FM Sarawak memang selalu lagu ni diputarkan. 


Hujan
Melissa Franciss

Oh ya, Melissa Francis pernah memenangi Anugerah Kategori Online ABPBH 2012 untuk Anugerah Wanita Stailo. Bersaing dengan artis-artis lain seperti Stacy, Nora Danish, Lisa Surihani dan Yana Samsudin. Memang terbaik lah. Lagu pun best. Hopefully Melissa Francis akan semakin dikenali bukan sahaja di Sarawak tapi seluruh Malaysia, sebaris dengan nama-nama besar yang lain. 

p/s : entri autopublish lagi. 

22 comments:

  1. tak pernah tahu.. first time dengar nama ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. nnt harap2 makin terkenal di semenanjung macam jimmy palekat sabah..

    ReplyDelete
  3. time sis tengah baca entri aisya ni..kat sini memang sedang hujan lebat..haha.

    ohh dia pernah menang anugerah yer..patutlah macam pernah dengar nama dia tapi ingat ingat lupa

    ReplyDelete
  4. wahhhh ingatkan ada band je nama "hujan" rupanya lagu pun ada tajuknya "hujan" :)
    boleh cuba dengar ni nanti~~

    ReplyDelete
  5. serius tak pernah dengar. tapi kelihatan merdu :D

    ReplyDelete
  6. hana lg lah. tak pernah dengar pown penyanyi nie. haha

    ReplyDelete
  7. Ad meh penyanyi ni?almk bru tahu ni..hihihi

    ReplyDelete
  8. kat kawasan aku nih, hampir tiap2 hari ujan. sekian laporan kaji cuaca dr saya.

    ReplyDelete
  9. @fatin wawa

    kt sarawak ni kira nama besar jugak lah dalam industri tempatan. hehe

    ReplyDelete
  10. @azizah :)

    harap2.. hehe.. suara melissa francis ni power. cuma belum dikenali lg khususnya di semenanjung. :)

    ReplyDelete
  11. @Affy Afiqah

    tu la, kebetulan pulak sekarang ni musim hujan. hehe

    ReplyDelete
  12. @syuk shusuke

    kelihatan merdu?
    penyanyi nya cantik dan suaranya merdu ye? :)

    ReplyDelete
  13. @atien zuraidah

    tp klau kt sarawak mmg cukup terkenal penyanyi ni. hehe

    ReplyDelete
  14. @Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    sy pun baru je dengar lagu dia kak. kalau sebelum ni dia nyanyi lagu2 iban je. :)

    ReplyDelete
  15. @asha hana

    dh lama jugak melissa francis ni jadi artis.. sampai dah ada syarikat recording sendiri dah. :)

    ReplyDelete
  16. @ayut

    klau takde penyanyi ni mmg takde lah entri ni cik ayut. haha

    ReplyDelete