21/11/2013

The Hunger Games : Catching Fire

Seawal jam 10.30 pagi, ajak adik-adik tengok wayang. Nak tengok movie The Hunger Games : Catching Fire yang baru keluar hari ini. Memang tunggu pun movie ni. Kalau tahun lepas, dapat tiket free daripada Mr. Nuffnang (rujuk entri INI). Tahun ini tak boleh pulak sebab I jauh di seberang laut. Tengok first movie pada hari pertama tayangan pun jadi lah. 

Kalau tahun lepas, Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence) dan Peeta Mellark (Josh Hutcherson) telah diangkat sebagai juara 74th Hunger Games. Presiden Snow (Donald Sutherland) yang berang dengan tindakan Katniss dan Peeta dalam Hunger Games yang lepas berusaha untuk menghapuskan Katniss. Katniss dianggap sebagai harapan oleh penduduk Panem khususnya penduduk di District 11 dan 12 yang agak mundur berbanding District lain seterusnya menjadi pemangkin kepada mereka untuk memberontak. Bagi meredakan pemberontakan, Presiden Snow memutuskan bahawa 75th Hunger Games, dipanggil Quarter Quell yang mana pemenang-pemenang The Hunger Games sebelum ini perlu bertarung sesama sendiri bagi menentukan siapa yang akan menjadi juara di antara juara-juara. Ini sebenarnya bertujuan untuk menghapuskan Katniss dan menghentikan pemberontakan yang semakin berleluasa di Panem. 


Masa awal-awal cerita tadi, kitorang macam tengok movie mute je. Masalah teknikal, audio tak dengar. Visual semata-mata. Tapi nasib baik untuk 5 minit macam tu. Secara peribadi, The Hunger Games : Catching Fire ni lebih best dari movie yang sebelumnya. Kalau dulu, jalan cerita hanya fokus Hunger Games itu je. Tapi kali ini, ada tambah rempah ratus sikit dalam story line bagi rasa sedap lagi. Tak ada nak komen sangat pun. Bagi yang dah baca novel The Hunger Games mungkin dah tau ceritanya macam mana. Untuk movie nya pulak, almost perfect. Suka sangat dengan arena The Hunger Games kali ini dan 'The Clock' tu.


Konklusinya, I bagi movie ni 8/10. Memang minat movie yang genre seperti ini. Nak suruh I tengok movie komedi atau yang rempit-rempit mahupun yang menyumbang kepada gejala gangsterism memang kureng lah. Anyway, persoalannya boleh ke Katniss dan Peeta survive dalam 75th Hunger Games sama macam The Hunger Games tahun sebelumnya? Rancangan Presiden Snow pulak macam mana? Berjaya ke? Ha, yang tu kena tengok sendiri lah. Nak suruh I beritahu, jangan harap lah. Hiks.  

p/s : Nak cari lah novel The Hunger Games. Ini kes tak sabar nak tahu ending punya pasal. 

23 comments:

  1. Mesti best tokkkkk ;D

    ReplyDelete
  2. baru je layan kat fox movie premium version yang dulu... he he he... 2 3 kali jugalah...

    ReplyDelete
  3. Apa kisah sebenar cita tok ohh?? Kmk sik pernah tauk doe.. Hahaa.

    ReplyDelete
  4. macam best jer..nak tengok la....

    ReplyDelete
  5. lama tak tgk movie..drpada membazir beli tiket baik beli baju haha

    ReplyDelete
  6. nampak menarik jalan ceritanya.. :D

    ReplyDelete
  7. menarik juga nampaknya ni, boleh laa pi tengok kalau free nanti :)
    nanti kalau aisya beli novel tu boleh review ;)

    ReplyDelete
  8. Belum tgk lagii.plan nk tgk mguu ni..last week tengok Ender's Game...mengamcam gak citer dia..

    ReplyDelete
  9. best ke? mmbr aku kata x best lak.

    ReplyDelete
  10. beshhh..! ^_^
    yaya bru lepas g tgok hari ni..
    tp mcm akn bsmbung lgi je..

    *xpuas hati sbb endingnyer mcm tgntung..huhu..nak kne bce novel la cmni*

    ReplyDelete
  11. macam menarik je jalan ceritanya...kalau ada peluang nak gi tengok la nanti :)

    ReplyDelete
  12. @Sally Yatiey

    nang best aiee.. mun kmk lah.. hehe

    ReplyDelete
  13. @Farah Waheda Wahid

    Catching Fire ni sambungan cerita The Hunger Games tu.. hehe

    ReplyDelete
  14. @Vee Lea

    susah kmk mok madah aie.. yg penting sidak berbunuh sama dirik dalam game..

    ReplyDelete
  15. @Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    mmg menarik kak.. sebab tu sy pun tertarik. hehe

    ReplyDelete
  16. @Ayie Abas

    wslm..

    hahaha! betul! more to sci-fi, action, thriller sikit tu.. horror minat jugak dulu tp selalu kuciwa lah.. tu yg jadi tak minat.. huhu

    ReplyDelete
  17. @Affy Afiqah

    g ajak en. tunang tengok.. hehe

    dah beli dah pun. haha!

    ReplyDelete
  18. @noornazuha

    adik cakap ender's game ni lama jugak ceritanya.

    ReplyDelete
  19. @aswadz

    dia ada baca novel tu ke? tp kalau tnye sy mmg sy suke.. hehe

    ReplyDelete
  20. @Cik Yaya

    mmg akan bersambung lgi cik yaya.. tunggu tahun depan.. ada satu lagi novel hunger games ni belum difilemkan.. kena sabar lah tunggu.. hehe

    ReplyDelete
  21. @puteri kasih

    kakak cantik, sy nak ikut.. hehehe

    ReplyDelete