02/12/2013

Buah Engkalak

Rujuk entri INI

Alkisahnya pada hari itu, I masuk dapur terus Mak cakap "Ada hazelnut atas meja, bawah tudung saji." Bila buka tudung saji, nampak pulak yang ini. Buat muka hairan terus cakap, "Ini rupanya Hazelnut Mak." Entah dari mana lah datangnya perkataan hazelnut tu. Ni mesti Mak terbawa-bawa cerita novel yang dibaca sampai ini pun jadi hazelnut. 









Bila letak gambar ni untuk entri Wordless Wednesday ada macam-macam jawapan yang I terima. Masing-masing nak teka apa sebenarnya yang dalam gambar tu. Baca komen, scroll atas tengok balik gambar.

Sebenarnya ini adalah Buah Engkalak atau nama saintifiknya Litsea garciae. Gambar kat atas tu sebenarnya buah engkalak di dalam mangkuk yang mengandungi air panas. Siap sedia untuk dimakan. 

Ehsan Pakcik Google

Ini rupa sebenar buah engkalak. I baca kat SINI, rasanya macam buah avocado. Yang ni I tak tau lah sebab tak pernah rasa pun avocado. Dan ada yang memanggil buah engkalak sebagai pink avocado. Buah engkalak sangat sedap. Bapa I kalau bagi satu basket macam dalam gambar tu pun habis dia makan sorang. Tak perlu dah lauk lain. Itu saja pun boleh tambah nasi sampai 4-5 kali. Jangan tanya rasanya macam mana. I pun tak tau sangat nak describe macam mana. Rasa macam unik sikit dan berlemak. Macam creamy gitu. Tapi memang sedap lah. 

Nak makan buah engkalak ni prosesnya macam buah dabai jugak. Letak dalam mangkuk, tuang air panas ke dalam mangkuk tersebut dan tunggu isinya jadi lembut dalam 5 hingga 10 minit macam tu. Bila isinya dah lembut, air panas tu dah tak diperlukan lagi. Tabur sedikit garam dan sedia untuk dimakan. Makan panas-panas, lagi sedap! 

p/s : entri autopublish


45 comments:

  1. Yg ni pun x pernah dengar..hehee

    ReplyDelete
  2. kalau dekat kampung sy..panggil buah Bengkelaban hehee bahasa kaum Bajau :)

    ReplyDelete
  3. salam cik aisya.... =)

    owh..tu la..memula ingt telo..telo burung puyuh tu..kan lbh kurng je..hehe tp buah rupanya..^,^

    ReplyDelete
  4. macam sedap je, mana beli buah ni ?
    kih3

    ReplyDelete
  5. kalau lemak creamy , sahih . rasa avocado . deeya first taim ah tau pasal buah engkalak nihh , taktahu pulak ada :D

    ReplyDelete
  6. Nyaman buah tok.. ;D

    ReplyDelete
  7. first time tgk buah engkalak. hehe. kne try ni. mane eh nk cari buah ni?

    ReplyDelete
  8. Haha.Tak pernah jumpa lagi buah ni.Tapi seyes nampak macam telur 0_o
    New Entri : 2000 Followers !

    ReplyDelete
  9. makan dengan nasi ke buah ni aisya? mesti sedap rasanya kan..

    ReplyDelete
  10. buah engkalak?? first time dengar. huhu

    ReplyDelete
  11. kesimpulannya syuk tak pernah tengok buah berkenaan. hehe :D

    ReplyDelete
  12. gambar first tu, mcm buah rambai.. zizie xpernah makan buah avocado.. guna shampoo avocado, adala.. takkan nak gi rasa pulakkan.. ekeke..

    ReplyDelete
  13. Engkalak? Dabai? Alahai, buah apa tu? Satu pun tak pernah dengar, T_T

    ReplyDelete
  14. Oh so kira buah ni boleh makan dgn nasi ke? Huhu menarik2...

    ReplyDelete
  15. subhanallah, banyak lagi rupanya buah yang ika tak pernah tahu tapi wujud huhu
    tak sangka, tahu tak ika ingat tu apa? sort of eggs something miahahaha

    ReplyDelete
  16. buah pelik2 ni dapat kat mana dear?
    cm tak pernah dengar je kat semenanjung

    ReplyDelete
  17. macam-macam jenis buah ada...terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  18. ohh kulit dia warna pink yer..yang dalam mangkuk tu dah dikupas atau letak air panas dia tukar kaler?

    ReplyDelete
  19. @atien zuraidah

    local fruit ni kak. tp kat sini lah. belah semenanjung sana tak tau ada tak. :)

    ReplyDelete
  20. @Cik Yaya

    klau telur puyuh kecik je cik yaya.. yg ni besar jugak lah.. besar bola golf mcm tu. :)

    ReplyDelete
  21. @Atish Hashim

    buah ni bermusim.. dah nak habis dah musimnya kot. :)

    ReplyDelete
  22. @Super Girl

    ye? avocado pun rasanya mcm tu ye? :)

    ReplyDelete
  23. @mysarah.

    ada musimnya.. mcm buah durian jugak.. tp kalau kat sarawak senang lah jumpa time musim buah ni. kat semenanjung tak sure lah ada tak. :)

    ReplyDelete
  24. @Adam Faiz

    itu la sy tgk balik gambar.. ada la skit nmpk mcm telur. hehe

    ReplyDelete
  25. @syuk shusuke

    ramai je yg mempunyai kesimpulan yg sama dgn syuk. hehe

    ReplyDelete
  26. @Sally Samsaiman

    tgk gmbr sekali tgk mcm telur puyuh pun ada.. baru perasan. hehe

    ReplyDelete
  27. @Nurul Farahizzati

    kalau zizie nak rasa pun boleh jugak.. cuma tak jamin selamat atau tak je. haha

    ReplyDelete
  28. @wanariahamiza

    kena dtg sarawak lah kalau mcm tu wan.. time musim buah.. mesti jumpa buah2 ni.. :)

    ReplyDelete
  29. @Mime MF

    yup2.. sedap.. makan dgn nasi panas2.. :)

    ReplyDelete
  30. @Affy Afiqah

    mcm telur puyuh tapi mcm bukan? hehehe

    ReplyDelete
  31. @azizah :)

    kak jijah ada kat sabah senang nak jumpa buah2 ni.. nanti kak jijah cari lah.. boleh rasa.. hehe

    ReplyDelete
  32. @Liza Licha

    buah2 pelik ni semua ada kt sarawak.. hehe

    ReplyDelete
  33. @puteri kasih

    yg tu sebab buah tu dah masak sis.. bila masa, buah tu agak mengembang sikit. :)

    ReplyDelete