03/12/2013

Rhodomyrtus tomentosa

I memang suka letak nama saintifik kat tajuk entri. Saja nak menguji minda sikit. Nak buat uolls tertanya-tanya apa lah yang perempuan ni nak dijadikan kerepek kali ini. Rhodomyrtus tomentosa ataupun nama melayunya Kemunting


Ada buat entri wordless untuk gambar ni (rujuk entri INI). Dan ramai yang tanya, buah ni boleh makan ke? Jawapannya, boleh! Favourite I tau buah ni. Tak tau nak describe rasanya macam mana. Tapi makin pekat warna buah tu, lagi I suka. Rasanya lebih manis dan isinya berwarna purple. Kalau makan buah kemunting ni kena hati-hati jugak. Nanti tak pasal-pasal gigi pun jadi purple jugak. 

Susah nak jumpa pokok kemunting. Ada yang bagitau tak pernah tengok pun buah ni. Dalam hutan mungkin banyak, tengok tempat jugak kot. Macam kebun Nenek, tak lah dalam hutan pun, tapi dalam kawasan kampung jugak lah. Yang pasti, I tau memang ada tempat nama Kemunting kat Perak. 

Ehsan Pakcik Google

p/s : Entri Autopublish

32 comments:

  1. Haha tu la..ingatkan tempat je nm kemunting..buah pun ada..huhu first time tgk buah ni..:P

    ReplyDelete
  2. nak sebut berbelit lidah..hehe

    ReplyDelete
  3. kemunting, sounds familiar... :)
    maknanya buah ni pun boleh dijadikan pewarna semula jadi kan aisya? baru best takde guna apa2 chemical dlm foods product ;)

    ReplyDelete
  4. sdap buah kemunting tu aisya..lama tol tak makn..:)

    ReplyDelete
  5. memang tak pernh dengar dan tengok lagi.. huhu.
    teringin jgk nak tau apa rasa nya..
    psstt... dear, licha nk buat GA, kalau nk sponsor contact me ye..

    ReplyDelete
  6. x pernah jupe pulak species ni.....kat kampung pun x penah gak nampak...

    ReplyDelete
  7. rasa nye sye pernah tengok buah nie..tapi tak pernah rasa lagi..

    ReplyDelete
  8. pernah dengar pkok kemunting tp tak pernah tengok rupanya macam mana. haha

    ReplyDelete
  9. banyak kat tempat tinggal deeya nihh . dulu masa kecik berebut ah makan mende nih . sekarang dah takmakan dah . hihi :D

    ReplyDelete
  10. Ehhh.. rasa macam pernah jumpa je. Rasa macam pernah tengok buah ni kat kampung. Haha. Ehhh.. haah ada. oo boleh makan ea buah niii..

    ReplyDelete
  11. mcm pernah tgk je buah nih... tp di mana yaa....?

    ReplyDelete
  12. cantik pokoknya siap ada bunga lagi.. :D

    ReplyDelete
  13. emak sis selalu sebut tentang buat kemunting ni..katanya masa zaman budak budak dia suka makan buah ni. Tapi sekarang memang susah nak jumpa pokoknya

    ReplyDelete
  14. @Mime MF

    tu la.. kalau org tanya mana nak cari buah ni sy pun tak tau nk jawab mcm mana. hehe

    ReplyDelete
  15. @azizah :)

    tak payah susah2 nak belitkan lidah kak jijah.. ade je nama lain. hehe

    ReplyDelete
  16. @Cik Yaya

    nnti kalau jumpa bleh lah makan sebiji dua. tapi kalau sebiji dua tak cukup. segenggam baru best. haha

    ReplyDelete
  17. @Affy Afiqah

    betul betul. nenek cakap org dulu2 mmg guna sebagai pewarna. bukan setakat pewarna dalam makanan je. warna purple buah ni kuat, nak makan make sure warna tu jgn terlekat kt gigi. nanti purple pulak gigi.. hhehe

    ReplyDelete
  18. @Liza Licha

    kena carik pokok dia lah.. takde org jual buah ni. huhuhu

    ReplyDelete
  19. @puteri kasih

    tu la sis. mmg susah nak jumpa skrg. huhu

    ReplyDelete