10/12/2013

Burung Tekukur

Salah satu lagi benda yang perlu dibuat bila balik kampung adalah merayau-rayau satu kampung jumpa sanak saudara. Merayau-rayau di sini bukannya bermaksud menjadi kutu rayau tapi objektif utamanya untuk bertemu dan bertanya khabar. Sanak saudara sekampung yang bukannya membawa maksud sepupu sepapat tapi lebih kepada makcik, pakcik, nenek, datuk dan mereka yang lebih tua. Yela, kita sebagai yang lebih muda haruslah singgah melawat mereka yang lebih tua, bukan? Balik kampung duduk terperap dalam rumah sambil melayan movie ataupun games sebenarnya agak kurang sopan. Nanti orang tua-tua cakap apa pulak. Walau uolls sangat tak suka nak bergaul dan beramah mesra dengan orang-orang sekalipun. Perlu diketepikan sifat yang sebegitu sebentar. Hidup perlu bermasyarakat jugak. Nanti orang kata sombong pulak, belajar tinggi-tinggi, hidup senang kat bandar, bila balik kampung tak nak bergaul dengan orang-orang kampung. Jijik sangat ke orang kampung ni? Itu bukan Iolls yang cakap ye, orang tua-tua ni lebih sensitif. Tak mustahil mereka berfikiran sedemikian. 

Panjang pulak intronya. Inilah bila tak jumpa laptop lama sangat. Terlampau excited nak tekan-tekan huruf yang ada di papan kekunci ni. Eh. 

Salah satu tempat wajib lawat bila balik kampung ni adalah rumah kakak Bapa yang sulung. Sebab Makcik dan Pakcik I sangat suka melayan karenah anak-anak saudara diorang yang berbagai ragam. Lama jugak lah I tak datang sini. Bukan apa, tapi I yang dah lama tak ikut family balik kampung. Kali ini I datang disambut oleh burung-burung tekukur kepunyaan pakcik. 


Dari depan sampai ke belakang rumah, buka tingkap memang ada je burung tekukur. Banyak. Rasa macam nak culik sekor bawa balik Miri pun ada.


Ini yang paling jinak. Yang lain semua tak boleh dipegang. Dah la comel, gemuk pulak tu. Geram je tengok. 

p/s : entri autopublish

33 comments:

  1. Ierah pun suka balik kampung. tapi kampung belah ayah je tak best kalau duduk sehari esok dah ajak mak balik. Bosan.

    ReplyDelete
  2. Adik sy bela burung tekukur ni...tapi tak jinak pun..pergi dekat asyik menggelupur takut...huhu

    ReplyDelete
  3. yup,betul tu..orang tua nih sensitif sikit..macam husben akak,tiap kali balik kmapung,mestilah kena melawat jiran2,sedara2..tak lawat kang,nanti rasa kita ni mnyombong...

    teringat masa kecil-kecil dulu,selalu dengar bunyi tekukur..

    ReplyDelete
  4. tgk sangakar mcm xde jaring je. burung x lari ke?

    ReplyDelete
  5. dulu kat umah saya pun ada burung tekukur, yg lama dibela mmg jinak. betul jgk tu kan. nnt dikatakan sombong plk. :)

    ReplyDelete
  6. burung terkukur ni biase mulut de bising..potpet jee mulut nye hehehe..geram..da la gemok2..gorneg baru tahu hehe

    ReplyDelete
  7. comelnya burung terkukur..sekarang susah nak jumpa

    ReplyDelete
  8. burung terkukur ni licha kenal. hihii.. kat kampung salu npk

    ReplyDelete
  9. ayah hana dulu pernah tangkap pakai jala buat makan. huhu bela nie tak ada la pulak. hik2. :)

    ReplyDelete
  10. burung terkukur jinak rasanya kan..

    ReplyDelete
  11. nampak comel dan jinak je..

    ReplyDelete
  12. abah ika suka juga burung ni...ada bela sekor kat belakang rumah...abah belikan sangkar dia mak oiii cantik sangat...dari kayu jati..untung burung tu hewhew...

    ReplyDelete
  13. Husband Ros pun ada jaga ni dulu.. tapi, sekarang dah beralih ke burung yang lain pulak.. hihihi.. Burung murai..

    ReplyDelete
  14. gemuk?
    bnyk makan la tu kan..
    nk pegang jugakkk..

    *xpernah pegang burung;p*

    ReplyDelete
  15. @Muneerah Ierah

    kampung sy kalau jenis yg tak tahan takde internet, line phone tak stabil mmg akan rasa bosan jugak. hehe

    ReplyDelete
  16. @Mime MF

    burung tekukur pakcik pun mcm tu jugak.. cuma sekor tu je yg nk org pegang. huhu

    ReplyDelete
  17. @IbuNoey

    sy kalau balik kampung bapa bawa pergi melawat sedara mara.. jgn tak kenal saudara sendiri.. hehe

    ReplyDelete
  18. @Cik Itah@RRP

    nak kata jinak ye, nak kata tak jinak pun ye jugak. hehe

    ReplyDelete
  19. @aswadz

    pakcik dah ikat dah kaki burung tu.

    ReplyDelete
  20. @Ayie Abas

    hahaha.. betul lah.. takmau lah kena cop kutu rayau. jatuh saham kang.. haha

    ReplyDelete
  21. @fatin wawa

    ooo, kalau yg dah lama bela jinak eh..

    ReplyDelete
  22. @Liza Licha

    kt bndr2 pun ada jugak kdg2. hehe

    ReplyDelete
  23. @asha hana

    sedap ke rasanya? 1st time dgr mkn burung tekukur ni. hehe

    ReplyDelete
  24. @azizah :)

    ada yg jinak, ada yg tak kot kak.

    ReplyDelete
  25. @Affy Afiqah

    klau dh minat tu sanggup berhabis.. hehe

    ReplyDelete
  26. @Cik Yaya

    tipu lah cik yaya.. ayam tu kan burung jugak. hehe

    ReplyDelete