08/12/2013

Ikan Betutu

Duduk kampung memang sangat menyeronokkan. Cuma itulah, setakat entri ni ditulis, ada hampir 300 komen yang ditinggalkan. Ini pun pinjam laptop adik kejap. Nak buat entri-entri autopublish. Mungkin minggu depan kot bertolak balik. 

Di kampung ni faham-faham je lah. Macam-macam aktiviti-aktiviti best yang I nak buat. Biasalah, orang bandar masuk kampung memang jakun sangat. Kat bandar itu tak ada, ini pun tak ada. Bila balik setahun sekali, macam ini lah gayanya. 

Last week, ada ikut Bapa dan Adik Bongsu pergi memancing. Hasilnya dapat lah beberapa ekor ikan toman, ikan keli, ikan puyu dan seekor ikan cantik yang I sangat suka. 
Ikan Betutu ataupun Oxyeleotris marmorata. MMS kat En. Barney, En. Barney kata Ayah dia panggil ikan ni Haruan Bodoh. Memang entah apa-apa lah namanya. Bapa I bagitau, harga ikan ni boleh mencecah RM30++ sekilo. Menjadi kegemaran masyarakat Cina disebabkan khasiatnya especially untuk wanita lepas bersalin. 

Disebabkan ikan ni cantik dan mahal, destinasi seterusnya adalah dalam botol kaca. Objektifnya untuk dibela. Sifat suka menimbulkan diri dalam botol kaca tu buat tangan I rasa gatal je pegang-pegang ikan ni. Cantik!

p/s : entri autopublish

28 comments:

  1. aku bab2 ikan ni, aku x kenal. hahaha...

    ReplyDelete
  2. Oh oh! Sama!Abang dengan adik Mira pun selalu mancing! Orang sini pun panggil ikan betutu! Ikan ni kalau letak sebelah batang kayu, confirm! Konfius yg mana satu ikan .. haha ..

    xD Wahh!Mahal juka ek harga dia! =)
    Nice fish! -.- ' =D

    ReplyDelete
  3. kat tempat saya dipanggil ikan ubi.. hehe.. orang cina mmg suka ikan ni.. :D

    ReplyDelete
  4. Wah..memancing,,akak x pernah pergi memancing

    ReplyDelete
  5. ikan betutu nie sedap. nak2 makan masak asam. perghhh ! huhu tp paling fav ikan keli. ada lagi tak? bg hana skit. hhehe

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Satu ikan, tpi mcm2 nama org tempatan bagi kan,hehe

    #300 lgi yg belum publish? Banyak beno,hehehe

    ReplyDelete
  7. macam ikan apa tu ekk corak dia errr alaaa lupa nama ikan tu...haaaa ikan kerapu huhuhu
    macam ikan kerapu warna dan coraknya... :)

    ikan haruan pasir ika tahu, abah pernah tunjuk masa memancing, haruan bod*h ni first time ika tengok hukhuk

    best kan bila dapat lakukan aktiviti kampung, macam ika ni kampung mama pun kat bandar, kampung abah pun sama..jadi macam tak best even kalau balik kampung sekalipun...sob

    ReplyDelete
  8. Eeee kedak ular ehh gellii X(

    ReplyDelete
  9. teringat projek tahun akhir akak berkenaan ikan ini.. hodoh tapi sedap rasanya..

    ReplyDelete
  10. ikan betutu?..
    huhu mcm2 nama ^,^

    ReplyDelete
  11. oh haruannn...kalau nama spesifik tu adoii langsung xtahu..hee

    ReplyDelete
  12. hehe..tak pernah pula akak nampak ikan nih..;)

    ReplyDelete
  13. @Am_Mir

    cantik ikan ni. mcm ular pun ade. hehe

    ReplyDelete
  14. @Normi Nieza

    iye? tak tau lah. kalau ikan sungai ni tak tau sgt. hehe

    ReplyDelete
  15. @fatin wawa

    ikan ubi? kenapa panggil ikan ubi pulak? hehe

    ReplyDelete
  16. @atien zuraidah

    syok memancing ni. lagi2 kalau ada hasilnya. hehe

    ReplyDelete
  17. @Tinta Lana

    betul2.. sama lah macam buah, kuih dan mcm2 lagi lah..

    dah kurang dah. tp ada lah 200 lagi. haha!

    ReplyDelete
  18. @asha hana

    waaa, yeke? tak pernah plak makan..

    ReplyDelete
  19. @Affy Afiqah

    haruan pasir tu macam mana plak ika? hehe

    agak rugi jugak sebenarnya tak dapat rasa suasana kampung tu. seronok cuma susah sikit lah. kalau jenis yg dah biasa dgn modern lifestyle tu mungkin susah sikit nak adapt kot. :)

    ReplyDelete
  20. @Vee Lea

    kedak ular sawa. kacak lah. hehehe

    ReplyDelete
  21. @azizah :)

    nama saintifik tu org2 ilmiah je yg suka guna kak. hehe

    ReplyDelete
  22. @IbuNoey

    sy dgr mcm susah nak dapat ikan ni kak.. :D

    ReplyDelete