Tak habis lagi cerita tentang pengembaraan pulang ke kampung dan lawatan-lawatan wajib di Bandaraya Kuching. I ni bercerita macam melancong ke negeri lain je. Padahal negeri sendiri jugak. Cuma bezanya I di Miri yang jauh beribu batu dari bandaraya Kuching. Naik kereta dari 7 pagi hingga 7 malam siapa larat. Sorry lah nak naik flight. Sampai sana nanti tak ada kaki beroda yang boleh digerakkan ke mana-mana. Tak syok lah begitu kan?
Anyway, hari tu dah update tentang salah satu tempat shopping best (India Street Kuching). Kali ni, lagi satu tempat wajib lawat sekiranya anda berkunjung ke Kuching, Waterfront atau Tebingan Kuching. Best nak santai-santai, nak lepak-lepak. Banyak jugak hotel di sekitar Tebingan Kuching ni I tengok. Hilton Kuching, Grand Margherita, Riverside Majestic. Tu hotel yang grand lah. Kalau tanya budget hotel sekitar Tebingan Kuching ni I pun tak tau. Yela, tak pernah stay hotel pun bila berkunjung ke Kuching. Menginap kat 'hotel' 10 bintang mak saudara I je. Nak beli souvenirs atau kek lapis Sarawak? Kat sini memang banyak. Banyak kedai-kedai souvenirs. Kalau adik I, dia suka rasa tester Kek Lapis Sarawak. Dari hujung sana sampai hujung sini, kenyang dengan kek lapis.
Kalau nak menyeberangi Sungai Sarawak, boleh menggunakan khidmat penambang. Bot hijau dalam gambar tu. Ada banyak lagi sebenarnya bot-bot tambang di Tebingan Kuching ni. Rate tu I tak sure pulak. I sendiri pun tak pernah naik bot tambang untuk merentasi Sungai Sarawak. Kalau kat kampung sebelum wujudnya feri dulu selalu lah naik bot tambang nak merentasi Sungai Sadong untuk ke kampung.
*update*
Blogger Vee kata kalau nak ke seberang dengan menaiki bot tambang, tambangnya hanya 50 sen dan kalau nak cari Kek Lapis Sarawak yang sedap kena menyeberangi Sungai Sarawak dan cari rumah yang warna KALAS. Sila baca sehingga ke hujung entri kalau nak tau apa maksud kalas. I just quote apa yang Blogger Vee bagitau. Hiks.
Sungai Sarawak
Sebelah kiri gambar yang ada nampak macam tembok putih tu adalah Astana. Astana yang diambil dari perkataan Istana. Dibina pada tahun 1870 sebagai hadiah perkahwinan oleh Rajah Putih kedua, Charles Brooke kepada isterinya, Margaret Alice Lili de Windt.
Tebingan Kuching sekitar pukul 5 petang.
Lengkap berpakaian suku kaum Iban sambil mengalunkan irama sape iaitu sejenis alat muzik yang terdapat di Sarawak. I suka bunyi sape. Bagi I lah kan, lebih merdu lagi daripada bunyi gitar.
Siapa yang nak menyelusuri Sungai Sarawak boleh lah menaiki Sarawak River Cruise. Kalau tak silap, ambil masa dalam 45 minit macam tu kot. Ada baca tentang rate menaiki cruise ni untuk sekepala. Tapi tak ingat pulak. Time tu ada promotion sempena cuti sekolah kot. For sure lebih dari RM10 lah.
Dipanggil Sarawak Tradisional Boat. Kalau tak silap, something like that lah. Masa ni lama jugak kitorang berdiri kat tepi semata-mata nak tengok macam mana bot ni digerakkan, takkan nak dayung je kot. Rupanya lebih kurang je konsepnya dengan bot tambang.
Ramai pemuzik-pemuzik jalanan yang boleh anda jumpa di sini. Macam budak dalam gambar ni. Tengah nyanyi lagu Rossa, Pudar. Kali kedua I datang sini, dengar budak ni nyanyi jugak. Time tu dia nyanyi lagu Whitney Houston kalau tak silap.
Bagaikan nabi, kasihkan umat,
Begitu kami, kasihkan anda.
Zapin Ros Kalas - Safar Ghafar
Nak share jugak lagu ni. Lagu favourite I, Zapin Ros Kalas (kalas membawa maksud merah jambu). Rasa macam pernah share tapi tak ingat pulak. Kalau I homesick, teringatkan family dan tempat sendiri memang lagu ni lah yang I dengar. Sepanjang berkecimpung dalam bidang tarian, banyak jugak tarian zapin yang I pernah belajar tapi zapin Sarawak jugak yang paling I suka. Maybe sebab rasa attach kat situ kot. Ingat lagi pernah sekali masa latihan tarian, bergenang air mata sebab rasa homesick tiba-tiba.
p/s : Lagu zaman mensia marek. Nembiak mudak-mudak kinek tok nang susah nak nemu yang tauk lagu tok.
Nait bot tambang ya reganya 50 sen jak mun mok gi seberang :) Nak kedak tembok ya sbenarnya tmpt org jalan kaki. Hehehe. Kek lapis nak kat tepi2 ya sik nyaman, mun maok nak nyaman pegi seberang. Lupak indah nama kedei ya, tapi rumahnya warna KALAS. Hahaha :P
ReplyDeleteOk.. p/s yang bawah tu tak paham ape.. ehehe.. ;D
ReplyDeletewah..bestnya..akak dah lama teringin nak pegi Sarawak.tapi tak pernah ada rezeki nak ke sana..husben akak dah puas dah pegi Sarawak...
ReplyDeletetak penah pegi sarawak...teringin nak pegi..Insya Allah satu hari nanti sampai..
ReplyDeleteslamat berkenalan... :)
wohh bestnyer :D
ReplyDeletetebingan kuching ni laa ye yang orang panggil waterfront waterfront tu? baru ika tahu...ika ada dua classmate sarawakian...dua2 orang kuching...non muslim...tau apa2 daripada dorang cerita laa hewhew
ReplyDeleteinsyaAllah satu hari nanti sampai juga ke sarawak ni..nak tour semenanjung dulu bagi habis..ihiks...
kalau kapit jauh ke dari miri or kuching ni aisya?
Rate "tambang" ya 30 sen ajak...Sometimes mun mok elak jam..Dari Astana ya seberang pegi waterfront..hehehe
ReplyDeleteOh nice, river adventure in Sarawak ^^
ReplyDeleteDid you went into that Castle?
1 hari nanti nak ajak hubby jalan2 kat kuching...hubby orng sarawak tapi tak pernah lagi jalan2 kat kuching katanye..hiks... :)
ReplyDeleteboleh ke kalau kita Kalas tu pink?
ReplyDeletenice view..:)
ReplyDeletecantiknya waterfront kuching ni.. bertambah teruja nak pegi sana.. bila la agaknya.. kalo cikna sampai sana mohon aisya jd tourist guide ok.. hehehe..
ReplyDeletewah.. unik alat muzik sape tu, macam gambus juga ke aisya? kek lapis.. baru akak tahu maksud kalas itu merah jambu.. dah lama akak tak makan kek lapis sarawak..
ReplyDeletetak pernah smp sarawak...mcm best jer...cerita la lg tempat best2..hehe suka baca..:)
ReplyDeletetb xtau laa bile sampai sanee..jauhnyeee..teringin nk ke sane
ReplyDeleteteringin nak pergi sarawak.. huhu
ReplyDeletepernah pegi masa kecik2 dulu.. ingat2 lupa da..
ReplyDelete@Vee Lea
ReplyDeletethanks for the info.. hehe.. dah kmk update entri tok tambah sikit pa dipadah ktk ya. hehe
@fatin wawa
ReplyDeletekena carik translator lah mcm tu. hehe
@IbuNoey
ReplyDeletenanti boleh ajak akak dan anak2 melancong ke sarawak pulak.. tak susah sgt memandangkan husband akak dah biasa ke sini. :)
@Sya Nadia
ReplyDeleteinsyaAllah suatu hari nanti sampai jugak. :)
@TUTTUTOFFICIALSPACE\\
ReplyDeleteseronok2! hehe
@Affy Afiqah
ReplyDeleteyup.. waterfront dalam bm tebingan lah kot.. hehe..
kapit ni kt tengah2 sarawak, sy pun tak pernah sampai lagi sebab lebih pedalaman.. ada member ckp kena naik bot express.. tak tau kalau nak ikut jalan darat mcm mana.. huhu
@Ariannalissa82
ReplyDeleteada kwn tek madah 50 sen.. nangga org juak nak? hehe
@Razi ten
ReplyDeleteit's not open to public if i'm not mistaken.. tak berapa sure sangat lah. :)
@LiLy @ MaMaQiStInA
ReplyDeletewajib datang tu kak.. hehe. kena suruh jugak husband akak jadi tour guide akak dan Qis ni.. hehe
@Faizal Mohamad Twon Tawi
ReplyDeleteorg sarawak panggil kalas (tapi jarang dah org guna), dalam BM panggil merah jambu and pink in English.. so semuanya adalah seerti. hehe
@Normi Nieza
ReplyDeletetq.. :)
@Chic Na
ReplyDeletekalau miri boleh lagi nak jadi tour guide.. kuching? sy sendiri pun tak pass.. haha!
@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
ReplyDeletetak tau nak ckp sape tu mcm mana kak.. tapi bunyinya sgt merdu.. :D
@Mime MF
ReplyDeleteada byk lagi tempat best sebenarnya.. hehe.. tapi itulah nak menaip tu.. haha!
@TelingaBulat
ReplyDeletetak jauh kalau naik kapal terbang.. kalau johor lagi dekat.. :)
@Liza Licha
ReplyDeleteinsyaAllah, one fine day.. :D
@azizah :)
ReplyDeletebyk dah perubahan kat waterfront ni kak jijah.. kalau dulu malam2 tak elok sgt ke sini.. tp kalau skrg dah ramai org.. salah satu tempat best nak santai2 dgn family.. :)
beshnye..cruise pon yaya xsempt nek mse kat sana..wuuuu...
ReplyDelete@Cik Yaya
ReplyDeletesy pun tak pernah naik lagi. hehe