16/12/2013

Korean Drama : Prime Minister and I

Dah habis demam The Heirs (The Inheritors) belum? Tamat sudah 20 episod drama tersebut. Siapa yang tak tengok lagi memang gigih lah nak habiskan 20 episod tu. Sebab tu lah I tak suka tengok drama korea yang dah complete. Mahu tak tidur 2 hari 2 malam agaknya. Dah sedia maklum, drama korea sangat addictive. Tips simple elak ketagih drama korea dari I, sila tengok drama korea yang baru 1-2 episod ditayangkan. Jadi uolls just perlu peruntukan 2 jam seminggu untuk drama korea. Biasanya satu-satu drama hanya ditayangkan 2 kali seminggu. Tak lah masa tu dihabiskan semata-mata tengok drama korea je. 

Eh eh. Terpanjang pulak intronya. Lagi sekali, macam tak biasa. Prime Minister and I adalah drama baru yang I tengok. Actually drama Prime Minister and I ni menggantikan drama Marry Him if You Dare. I tengok sebab heronya Lee Beom Soo. Bukan sebab beliau handsome dan I tahu memang tak setanding Lee Min Ho pun tapi suka dengan lakonan beliau sejak tengok Lee Beom Soo berlakon dalam cerita Time Slip Dr. Jin dan IRIS II. Heroinnya pulak, Im Yoona yang comel dan cantik. Alah, salah seorang ahli kumpulan SNSD tu. I tau pun sebab adik I aircond kipas susah mati SNSD.



Nam Da Jung (Im Yoona) adalah seorang wartawan muda yang bekerja untuk salah sebuah akhbar tabloid di Korea. Paparazzi mencungkil berita-berita sensasi para selebriti. Tapi entah bagaimana boleh timbul gosip tentang skandal Nam Da Jung dengan calon perdana menteri Kwon Yul (Lee Beom Soo). 


Baru tengok 2 episod. Tengok drama ni macam tak berat je jalan ceritanya. Tak tau lah episod-episod yang akan datang nanti. Agak kelakar. Ada certain part yang I boleh pulak tak sedar tergelak kuat. Mana tak nya, si heroin ni macam itu, yang hero nya pulak begini. Sifat yang berlawanan. Tengok preview macam ada mention tentang kahwin kontrak je. Ingatkan drama melayu je yang ada kahwin kontrak bagai ni. Tunggu episod yang akan datang, ada atau tak.


Lakonan Im Yoona dalam drama ni nampak peningkatannya. Jauh lebih baik dari lakonan beliau dalam drama Love Rain. Drama ni boleh lah kalau nak tengok santai-santai. Kalau nak harap scene sweet macam dalam The Heirs memang tak lah. Prime Minister haruslah serius kan. Tapi sepanjang 2 episod yang I tengok ni agak kelakar. Especially scene Nam Da Jung dan Kwon Yul. Macam-macam je yang jadi. 

Download Prime Minister and I

Watch Online Prime Minister and I

p/s : ada yang tengok Pretty Man lakonan Jang Geun Suk dan IU? Dengar-dengar macam tak best je. 

39 comments:

  1. dah lama sgt x tengok drama korea..mcm tula tkt bila tgk x boleh nak stop. haha..

    ReplyDelete
  2. yelah tamat sudah demam the heirs.. nak kena cari drama baru lak.. ni pun macam best kan.. heheh..

    ReplyDelete
  3. Kmk pun suka tgk drama tok eh.. Sik sabar mok tgk episod seterusnya..


    P/s: Pretty boy, kmk ada tgk. Bagi kmk best jak ^_^

    ReplyDelete
  4. Akak x brp tgk sgt drama korea ni

    ReplyDelete
  5. nampak menarik tu aisya.. sekarang ni akak dah jarang tengok drama..

    ReplyDelete
  6. teringin nak tengok. tapi takut nanti stuck pulak. asyik mengadap cerita je. hihi

    ReplyDelete
  7. ika takde masa setakat ni nak layan korean drama..even drama melayu pun tak tengok..senang cerita sekarang ni ika takde masa nak hadap tv...masa ika dengan buku (novel english, and buku medic), 3D drafting and laptop sahaja..ahahha

    busy busy busy!

    sekarang je tengah relax2 sebab serabut otak haha
    tapi takde rasa nak tengok tv...

    ReplyDelete
  8. tengok iklan mcm best..tp ntah nak tengok ke x...huhu

    ReplyDelete
  9. whoa, kalo ade yoona je syuk kne download citer :D

    ReplyDelete
  10. the inheritors ya bez
    kmk suka eh ngan minho ya..pewit!
    tp byk2 drama korea, paling kmk suka jang ok jung...sedih eh ending nya
    sampei nangis2 kmk nangga
    lakonan sidak ya mantap
    gik pun cerita ya ada kaitan ngan sejarah joseon
    dolok penah dimainkan, kinek tok diulang lg buat kali ke-2

    ReplyDelete
  11. banyak pulak filem2 baru ni... zizie pun dh jd x terlayan.. lagi2, zizie bukannya suka download.. mengharapkan copy dr kwn je.. hehehe

    ReplyDelete
  12. The Heirs memang best..
    Prime minister ni tak tgk lagi...mcm best jer..

    ReplyDelete
  13. so far tak nak tgk mana2 da kdrama..
    epd last the heirs pon tak tgk lagi..nak kne tgk online la gamak nye

    ReplyDelete
  14. tak sbr nk abiskan the heirs dulu.. tak terkejar rasenye..

    ReplyDelete
  15. @fatin wawa

    haha.. itu lah taknak tengok yg complete episod punya drama.. lupa segala mcm jadinya. haha!

    ReplyDelete
  16. @Chic Na

    yg ganti heirs pun mcm best jugak :)

    ReplyDelete
  17. @Sally Yatiey

    lawak nak.. hehe..

    kmk sik minat cerita kedak ya.. drama2 JGS tok kedak sepesen jak semuanya..

    ReplyDelete
  18. @atien zuraidah

    sy lg suka drama korea.. kalau tgk drama melayu kang mencarut je lebih.. tu yg taknak. haha

    ReplyDelete
  19. @Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    sy klau yg kt tv tu kak mmg tak tengok lah. huhu

    ReplyDelete
  20. @Affy Afiqah

    tak tgk kt tv pun ika.. tgk kat laptop.. download saja.. takpun tgk online.. haha

    ReplyDelete
  21. @Liza Licha

    sebab tu kena follow betul2 dari 1st ep, kalau stuck menghadap cerita pun 2 jam seminggu. haha!

    ReplyDelete
  22. @Sya Nadia

    tgk lah 1st ep dulu.. baru fikir nak tengok tak. hehe..

    ReplyDelete
  23. @Yumida Huda

    kmk nangga juak jang ok jung tp sik tgk sampe habis.. sik suka kim tae hee dlm ya.. (kmk peminat kim tae hee, mun slack sikit wataknya lalu sikmok lah kmk nangga. except cerita stairway to heaven dolok lah)

    ReplyDelete
  24. @Nurul Farahizzati

    yg ni drama.. kalau filem korea tak berapa tgk sgt. :)

    ReplyDelete
  25. @ezyra daniel

    hehe.. kena habiskan satu tu dulu baru fikir nak tgk yg lain. hehe

    ReplyDelete
  26. Serious cite ni best gila. sy eminat korea gak, after the heirs cite ni lak kecoh. evendo hero tua but he has charisma and sometimes quite handsome ape. har har. but i just suggest watch this drama.

    ReplyDelete
  27. @Anonymous
    setujuuuu! suka tgk lakonan lee beom soo.. biarpun agak berumur tapi dia ada tarikan dia sendiri. hehe

    (awak tak tinggalkan nama atau apa2 link pulak, tak dpt nak jejak balik. huhu)

    ReplyDelete