Last week dalam entri INI, ada mention I pergi cuti-cuti Malaysia kejap. Mulanya family nak ajak datuk dan nenek I pergi bercuti sekali, tapi apakan daya last minute ada hal yang tak dapat dielakkan pulak. Pergi hari rabu, hari khamis tu balik lah. Lagipun Bintulu-Miri tak jauh sangat pun. Kalau guna Jalan Pesisir Pantai dalam 2 jam lebih je. Cuma kalau time hujan lebat, jalan tu banjir lah.
Bertolak hari Rabu dalam pukul 11 pagi. Disebabkan waktu tu Bapa guna Jalan Miri-Bintulu yang lama jadi perjalanan memakan masa hampir 3 jam lebih. Nak beli-beli buah kat tepi jalan punya pasal. Sampai-sampai tu terus check-in di Riverfront Inn. Tempat kami selalu bermalam kalau berkunjung ke Bintulu. Servis, bilik dan harga memang memuaskan.
Dah la gambar tak jelas, ada benda interframe pulak tu.
Check gambar tadi baru perasan, alahai tak jelas pulak. Time ni nak cepat, sebelum adik I dan terjun atas katil tu dengan gaya tarzan. Maka inilah hasilnya. Dari bilik, sampai lah bilik air memang sangat memuaskan. Cuma I lupa pulak nak tanya rate untuk bilik ni tempoh hari.
Kalau datang sini memang akan request bilik yang menghadap Batang Kemena. Tengok kapal lalu, tongkang lalu. Macam-macam ada. Bila air surut, nampak ikan tembakul gemuk-gemuk. Banyak pulak tu.
ABC, RM7+ semangkuk.
Call room service order ABC tiga mangkuk. Memang berbaloi bayar RM7+ untuk ABC yang banyak dan sedap macam ni. Siap ada buah tembikai sekali. Sangat mengenyangkan. Dinner I untuk hari tu, ABC semangkuk. Rasa kenyang macam ratah ayam KFC tiga ketul je. Okay, ini tipu tapi bab mengenyangkan itu betul.
The Riverfront Inn terletak di tengah-tengah Bandar Bintulu. Dekat je dengan Pasar Utama Bintulu dan dekat sangat dengan Terminal Bot Ekspres Bintulu. Tapi kalau uolls nak menginap di hotel yang banyak-banyak bintang jatuh dari langit tu, boleh lah stay di Park City Everly Hotel. Bagi I, ini dah lebih dari bagus berbanding hotel 3 bintang yang kitorang stay masa di Sarikei tempoh hari. Affordable, servis tiptop, bilik pun superb. So kalau nak buat reservation atau sebarang pertanyaan mengenai rate bilik terutamanya boleh lah call ataupun email seperti yang tertera dalam gambar di atas.
p/s : Later I story pasal Riverfront Cafe pulak ya.
Kmk pun suka juak nangga tongkang lalu lalang. Teringat memori rah Limbang dolok. Heehee..
ReplyDeleteWah rasanya dah ada idea nak pergi mana cuti akan datang, pergi Bintulu lah pula. Hehehe
ReplyDeletebestnya cuti2 malaysia.. ikan tembakul yg jalan dengan sirip tu kan?
ReplyDeleteABC tu RM7 semangkuk ke?
ReplyDeleteKe... RM 7 untuk 3 mangkuk?
Hehe
Wah seronoknya..tengok je da tertelan air liur,nmpk sedap AbC tu
ReplyDeletemenarik la tempat ni..
ReplyDeletebilik hotel menghadap permandangan..bestnya...:D
ReplyDeletewahhhh boleh laa jadikan ni tempat penginapan kalau ika ke bintulu..hewhew
ReplyDeleteberangan, semenanjung pun tak habis pusing lagi haha
seronoknya. cantik la bilik tu. romantik. abc tu ha buat terliur. huhu
ReplyDeletebestnya jalan2... akak bila la nak pegi sarawak ni..lama dah tinggalkan..
ReplyDelete@Vee Lea
ReplyDeletebest nak? ada org mungkin sik suka diam tepi2 sungai kedak tok. bising bunyi kapal. tapi kmk suka.. hehe
@Dzureen Darwis
ReplyDeletebintulu mcm tak byk sgt tempat menarik.. kalau dulu ada taman tumbina, skrg ni tak tau apa khabar taman tumbina tu skrg. huhu
@Chic Na
ReplyDeleteyela kot cikna.. hehe..
@wanariahamiza
ReplyDeleterm7 semangkuk.. rasanya termasuk tax dan service charge.. :)
@atien zuraidah
ReplyDeletesedap kak.. tak rugi semangkuk rm7.. huhu
@Cik Itah@RRP
ReplyDeletememuaskan lah. :)
@Mime MF
ReplyDeletetp mungkin bising sikit kot bunyi2 kapal semua tu. :)
@Affy Afiqah
ReplyDeleteada peluang grab je ika.. tak boleh jugak nak tunggu pusing2 semenanjung dulu.. sama je dalam malaysia. hehe
@asha hana
ReplyDeleteagak romantik jugak lah. hehe
@azizah :)
ReplyDeletenanti one day.. ajak hakimi sekali.. alah kak jijah, miri tu dah dekat dah.. boleh jadi tour guide kak jijah and family kalau sy ada. hehe
boleh tahan juga harga ABC tu.. tapi kalau sedap ok saja.. entah bila la akak nak sampai di sana..
ReplyDelete@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
ReplyDeletemmg puas hati kak. :)