Atas permintaan ramai, I tergerak nak buat entri untuk perkara ni. Sepatutnya banyak lagi benda lain nak share tapi yang tu boleh hold dulu lah. Selalunya soalan-soalan yang ditinggalkan di ruangan komen, I jawab di ruangan komen juga. Melainkan, soalan tersebut memerlukan penerangan yang lebih detail lagi. Macam hal ni, ramai pulak yang bertanya dan ada yang minta dibuat entri khas. Dan ini lah, buat yang menyoal tempoh hari.
Rujuk Entri INI.
Seperti yang I cakap dalam entri tersebut, yang bertanda bulatan merah tu adalah Pulau Burung. Tanah perkuburan orang dulu-dulu (tahun 80-an dan sebelumnya). Cuma I nak betulkan balik entri INI, I tak sure sama ada pulau tersebut hanya menempatkan tanah perkuburan orang Islam sahaja. Jangan tanya pulau tu besar mana? I pun tak tau. Semua ni hanya dengar-dengar dari mulut Bapa dan makcik-makcik I cuma.
Tanah perkuburan tu sampai sekarang ke still ada orang dikebumikan di situ? Kenapa jauh sangat? (Mime MF)
Kenapa jauh sangat? Persoalan tu hanya orang dulu-dulu je yang boleh jawab. Mungkin paling-paling pun 3 generasi sebelum ini yang tahu apa sebabnya. Sekarang ni dah banyak tanah perkuburan di tanah besar. Jadi dari tahun 1990-an (mungkin pertengahan 90-an), dengan adanya jalan raya, kaum keluarga dan sanak saudara dikebumikan di kawasan yang lebih mudah untuk diziarahi.
Kalau kubur je semata-mata, kata ada kubur atok kat sana, tak datang melawat ke bila raya atau bersihkan kubur? (Telinga Bulat)
Bapa masih sekolah lagi masa arwah datuk meninggal (Awal tahun 80-an). Nenek pulak setahun sebelum tu. Jadi datuk dan nenek sebelah Bapa memang I tak sempat jumpa. Kubur arwah nenek ada di Kuching, cuma arwah datuk je yang dikebumikan di Pulau Burung. Dalam 2-3 tahun sekali, adik Bapa akan ke sana. Nak pergi ke sana dengan menggunakan perahu nelayan memang sangat mencabar. Kalau cuaca tak elok, mendung jangan lah pergi. Laut bergelora. Bergelora yang bukan calang-calang. Bapa macam pernah bagitau rasanya beberapa tahun lepas, tak ada tempat berlabuh untuk bot-bot besar. Lagipun, orang-orang kampung yang rata-ratanya bekerja sebagai petani dan nelayan kurang berkemampuan untuk mengeluarkan belanja yang tinggi untuk memiliki bot-bot besar. Yang ada hanyalah perahu nelayan kecik yang juga digunakan sebagai medium pengangkutan.
Perahu yang I maksudkan lebih kurang begini.
Kenapa pulau tu dijadikan tanah perkuburan? Jadi memang terbiarlah kubur-kubur di sana? (Lynn Damya)
Soalan pertama tu, I pun tak tau sebenarnya. Macam I bagitau tadi lah, hanya orang dulu-dulu je yang boleh jawab soalan tu. Tapi kalau nak relate dengan kehidupan orang dulu-dulu, rasanya faktor utama adalah disebabkan oleh pengangkutan. I sempat merasa macam mana sungai dan perahu menjadi medium pengangkutan utama. Kalau sekarang, nak keluar pergi beli barang cuma perlu masuk kereta je. Tapi dulu, bukan masuk kereta tapi naik perahu. Kat kampung I sendiri, jalan raya mula dibina selepas tahun 2000. Nak balik kampung, terpaksa tinggalkan kereta di kampung seberang sungai. Cuma baru beberapa tahun kebelakangan ini jalan raya siap sepenuhnya, ada bekalan elektrik dan bekalan air bersih. Biarpun bekalan air bersih tu macam hidup segan mati tak mahu je. Untuk soalan kedua pula, masih ada lagi kaum keluarga dan sanak saudara yang menziarahi kubur-kubur di sana. Cuma tak sekerap tanah perkuburan yang ada di tanah besar. Macam carpooling yang bermaksud berkongsi kereta, di sini begitu jugak. Siapa yang kebetulan nak ke sana, boleh lah tumpang. Cuma perlu daya tahan diri yang tinggi lah untuk bertarung dengan lautan yang bergelora. Bagi yang mabuk laut, memang tak boleh lah.
Bila renungkan balik, betapa susahnya kehidupan orang dulu-dulu berbanding kita sekarang ni kan. Sekarang semuanya senang, semuanya di hujung jari. Tapi lebih banyak merungut dan semakin kurang bersyukur. Cuba fikirkan kalau dilahirkan 20 tahun lebih awal, boleh ke kita survive?
p/s : Taip entri ni rasa sebak pulak. Semoga roh mereka dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
kalau dengar cerita dulu2 mmg sedih. tp sy selalu rasa zaman dulu tu lg best.. :)
ReplyDeletefirst time kmk dgr pulau burung.. entah2 bapak kmk pun sik tauk oh..
ReplyDeleteTrimas jawab pertanyaan saya..jadi topik menarik sbb tanah perkuburan di pulau..jrg2 dgr di semenanjung..tp tu la..kehidupan org2 dulu2 sgt sukar berbanding kita yg dh ada mcm2 teknologi ni..
ReplyDeleteTak pernah dengar lagi cerita ni,thanks share
ReplyDeleteuwhh baru taw pasal tnh perkuburan tu,,,
ReplyDeletewoww. this is interesting. tp tulah, sy pun dalam hati tnya soalan sama. why orang letak kubur sana pula. why in pulau.
ReplyDeletesungguh mencabar nak samapi ke pulau tu
ReplyDeleteitulah orang dulu kemain susahkan ..kita bersyukur ..kemudahan semua ada
ReplyDeletesedihnya sebab pulau tu susah orang nak singgah atas faktor sukar bab pengangkutan.. lain dgn tanah perkuburan kat tanah besar ni..
ReplyDeleteinsya-Allah, moga Dia turunkan rahmat untuk mereka :)
tak sangka masih ada lagi tanah perkuburan yg terbiar gitu huhuh . entah entah ade lagi mcm tu
ReplyDeletebila baca apa aisya share ni, ika teringat abah pernah cerita tentang satu pulai di negeri melaka, tempat kami stay sekarang....dulu ika pernah travel dengan abah ke pulau besar..dan satu lagi pulau lain di melaka yang ika tak ingat namanya...kebetulan pulai tu dekat dengan satu pulai yang dinamakan pulau keramat....abah cakap kat pulau keramat tu ada tanah perkuburan lama...ada ahli ulama juga dikebumikan di sana..tapi sayangnya, abah kata kat sana orang jadikan tempat pemujaan :(
ReplyDeleteada pula yang cakap kalau pergi pulau tu mesti tak jumpa jalan balik hewhew..tak tahu laa betul ke tak..tu kepercayaan khurafat pada ika...tapi itu laa...macam2 kepercayaan daripada orang kebanyakan...
kubo org marek2 jaoh hooooo
ReplyDeletetp kmk x pernah pg kubo lamak2
kecuali area nok kat pasar india street kuching ya..ya pun depan masjid
isi tabung nuffnang sitok-inti
owhh. kadang kan orang dulu2 nie banyak sangat kisah yang misteri. mcm tempat hana pown ada jugak mcm nie. tanah perkuburan lama tapi at last dah ada rumah pown. kalau tak silap ada sorang dua kot yang tak dijumpai. itu kata orang la. hmm
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteAisya..entry ini..mcm aisya tgh bercerita depan kita je..
Mesti ada sebab kan kenapa kawasan perkuburan tu jauh sampai kesana..maybe ada kaitan dengan kepercayaan turun temurun juga.
Unique story for me ^_^
Sebut psl faktor pengangkutan, teringt jugak kampung mak. Merasa naik bot penambang. Bot ni cuma bawak penunggang motosikal untuk sbrg sungai. Mcm feri, tpi ni jauh lebih kecik. Sempat la merasa naik..hehe.
kalau ikutkan dulu2 lagi seronok kan..tapi zaman dulu2 tu semua kenangan dan pengalaman..
ReplyDeleteooo.. menarik jugak ceritanya.. pelik gak kenapa pegi tanam mayat2 kat pulau tu.. huhu..
ReplyDelete@fatin wawa
ReplyDeletekan.. dulu2 lagi best.. skrg ni tak adventure lah.. huhu
@Aefa Aerisya
ReplyDeletesik tauk lah.. kmk rasa kinek tok nang sikda dah org dikubur di sia. susah gilak mok dipergi kata bapa kmk. huhu
@Mime MF
ReplyDeletekan.. beruntung kita skrg.. huhu
@atien zuraidah
ReplyDeletesama2 :)
@ezyra daniel
ReplyDeletekubur org lama2 di sini. :)
@nuranne (formerly simplyseoul)
ReplyDeletekan. tertanya2 jugak sebenarnya. huhu
@Mar Mansor
ReplyDeleteyup.. huhu.. sebab pulau tu jauh sgt di tengah laut..
@Aku Penghibur
ReplyDeletebetul2.. semua senang..
@Haruno Hana 하나
ReplyDeletebetul tu hana..
insyaAllah, amin.. :)
@Detective Fiqa
ReplyDeletetak tau lah fiqa. tempat lain mungkin ada jugak yg mcm ni. huhu
@Affy Afiqah
ReplyDeletetak jumpa jalan pulang time laut bergelora, cuaca tak elok tu boleh lagi diterima. hehe
@Yumida Huda
ReplyDeletetauk kmk kubur ya.. selalu melimpas ajak, ya baruk kubur zaman mensia marek ya..
@asha hana
ReplyDeletetak dijumpai?
@Tinta Lana
ReplyDeletemungkin jugak lah kan. mana kita tahu org dulu2..
byk kali jugak rasa naik bot penambang tu. nak balik kampung mmg naik tu pun before ada feri dan jalan raya. hehe
@azizah :)
ReplyDeletesebab dulu2 lagi adventure. tak mcm org sekarang duduk rumah tgk tv, depan laptop. huhu. zaman kanak2 yg rasanya cukup bosan mcm tu. huhu
@Chic Na
ReplyDeleteada lah tu sebabnya. huhu
faktor pengangkutan air tu mungkin salah satu sebab mengapa mereka dikebumikan di situ saja.. al-fatihah.. semoga roh mereka semua dicucuri oleh Allah..
ReplyDelete@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
ReplyDeletemungkin lah kak. huhu