Macam yang Iolls bagitau dalam entri INI, nak share kisah di sebalik gambar pelangi di atas. Masa tu I on the way balik dari kampung (di Bahagian Samarahan) menghala ke Miri. On the way tu perlu menyeberang dua batang sungai (Batang Lupar dan Batang Saribas) dengan menggunakan feri.
Kesan ombak.
Perkhidmatan feri di muara Batang Lupar ni baru je lagi sebenarnya. Kalau tak silap dalam tahun ni jugak rasanya, sama ada pertengahan tahun ataupun awal tahun. Orang situ bagitau, jalan di pengkalan feri ni rosak akibat dipukul ombak. Letaknya di muara sungai yang terbesar di Sarawak. Bapa cakap kalau air pasang, sangat bahaya kat sini sebab air tinggi. Ada lagi sebab yang menggerunkan. Uolls kena baca sampai habislah kalau nak tau kenapa.
Sebelum feri sampai kita snap-snap dulu lah.
Disebabkan muara Batang Lupar ni besar, so ambik masa jugak lah nak menyeberang. Lebih kurang dalam 45 minit macam tu lah. Masa kitorang pergi ni, ada sebuah feri je yang digunakan. Kecuali time musim perayaan, dua feri digunakan untuk menampung jumlah kereta yang ada.
Laut China Selatan nun di sana
Nampak bulatan merah tu? Kalau perhati betul-betul ada sebuah pulau dalam bulatan tu. Orang tempatan panggil, Pulau Burung. Sinonim dengan tanah perkuburan orang Islam. Tanah perkuburan orang lama-lama. Memang tak ada siapa yang tinggal di pulau tu. Tanah perkuburan semata-mata. Di situ lah arwah datuk disemadikan. Tak pernah jejakkan kaki ke Pulau Burung. In fact, Bapa I sendiri pun hanya boleh kira guna jari je berapa kali pernah sampai sana. Bapa cakap jauh, gelombang pun besar sebab pulau tu terletak betul-betul di tengah-tengah lautan yang luas.
dari hulu sungai
Berpunca daripada Pergunungan Kapuas. Sungai ini sangat famous dengan Benak. Ha, apa itu Benak? Perlu scroll down bawah lagi lah untuk tahu. Sungai ini famous dengan satu perkara lagi, yang lebih menggerunkan. Scroll down untuk baca entri ini dengan lebih lanjut. Hiks.
Snap-snap lagi. Hiks
Time ni dah masuk feri dah. Tunggu feri tu nak bergerak je.
Nak hujan. Sebahagian cerah, sebahagian lagi mulai mendung.
Macam I bagitau tadi lah, Batang Lupar famous dengan Benak. Benak bermaksud ombak sungai. Hanya boleh dilihat di Batang Lupar, Batang Sadong, Batang Saribas dan Batang Samarahan. tapi yang paling unik di Batang Lupar lah. Siap ada Pesta Benak lagi. Kalau uolls nak berkunjung ke Sri Aman, time Pesta Benak lah yang paling best! I pun tak berpeluang lagi nak pergi Pesta Benak. InsyaAllah nanti suatu hari, harap-harap sampai jugak lah. Tak pernah lagi tengok Benak dengan mata kepala sendiri tapi Bapa cakap, dulu kat kampung (di Batang Sadong) ada jugak tapi entah sekarang ni tak ada dah.
Bye-bye. Jumpa lagi lain kali.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Kalau uolls nak tau, di sungai ini lah tempat asal Si Bujang Senang. I rasa uolls tau kot apa Bujang Senang tu dan bagi yang tak tahu boleh rujuk entri INI (Lagenda Bujang Senang dan Mitosnya). Batang Lupar memang sinonim dengan suku-sakat Bujang Senang. Sebab apa Bapa I cakap, kalau time air pasang muara sungai ni bahaya? Sebab ada sekali tu, Bapa nampak seekor buaya timbul di tepi pengkalan feri. Ingatkan tunggul kayu timbul pada mulanya, tapi rupa-rupanya si reptilia yang digeruni.
Lalu sebuah pulau kecil. Dah separuh perjalanan dah time ni.
p/s : Suka duduk atas bot kecik Pakcik di tepi Batang Sadong sambil gosip-gosip dengan cousin. Rasa tenang je. Cuma kena ingat lah, jangan celup kaki masuk dalam air. Kita tak tau apa yang ada dalam air tu. Scary.
Sumber : INI
41 comments
menarik tp scary..sbb mr.bujang senang ada..huhu tp nk tny la..knp tanah perkuburan tu smp sekarang ke still ada org dikebumikan di situ? knp jauh sgt? huhu interested plak nk tau..:D
Kuat betul ombak kalau dah gitu gaya.. Rumah saya area kuala jugak, sungai kelantan. Masa budak2 selalu la naik bot ke pulau2 melawat saudara-mara. Tapi dah lama dah tak naik bot, feri usah dikenang...tak pernah naik langsung. huu
wah!!!!! beshnyewww ado pelangi lg...
ooh bujang senang, pernah baca mitosnya. ni rupany tempat tu.
mesti seronok kan naik feri..hehe sy tak penah naik lagi even sekali hukhuk
Kmk sik pernah ikut pesta benak tp pernah nangga benak. 2 hari berturut2. Best doe :D Mcm seram jak kmk nangga btg lupar tok. Nangga gambar kitak pun lain jak rasanya. Kenak oo? As if ada something jak. Eee.. :X
sherammmmmm~~
ha ah, laut tu nmpak tenang semacam je.. heheh
seb baik la sy tak duduk kat sunagi... tanak jumpa bujang senang
salam cik aisya... =)
fuh..ganaz jugk ombak yg telah mhempas tmpt jeti tu ye..huu
ade en.bujang senang tu yg gerun skit dgn sg kat sarawak ni.ngeeee
awan first tu macam muka orang
klu kubur je semata2..kata ade kubur atok kat sane..xdtg melawat ke bile raye or bersihkan kubur dorg?
Salam, okay awal2 entry bace, rase seronok, tp bila dh habis entry,ngeri pulak sbb dah terbayang2 buaya
(-_-'), arhh takotnya! cm lemah semangat gitu, huhu...owh kenapa ye, pulau tu dijadikan tanah perkuburan? jd, mmg terbiar je lah ye kubur2nya kat sana...? rasa nk tau lg psl pulau burung tu, maybe boleh buat entry khas psl pulau tu, mcm menarik..hehe :D
baca je dah seram. huhu
aok hooo..ktk nyebut batang lupar tringat kmk ngan boyak
nang raja segala raja boyak di sia
kat swak tok nang selalu jak berita pasal org kenak mkn boyak
ngerinya bila cerita pasal bujang senang.. camne la kao dia timbul.. huuu..
besarnya sungai diaa..
seriously baca entri ni juga teringat travel ke pulau besar dengan abah...pun kena naik feri..ahahah
memori2....
bujang senang ea...ika kalau fikir sungai dan sarawak..mesti akan keluar image buaya..hukhuk....antara reptilia yang ika takut selain ular
cantik betul pemandangannya..
@Mime MF
so far tak pernah lagi lah terserempak dgn bujang senang. klau tgk kat taman buaya tu ada lah. hehe
@Khamsi Abdullah
feri takde ape sgt pun, sy lagi suka naik bot. lagi rasa adventure. hehe
@♥♥ Nur ♥♥
hari nak hujan time tu. :)
@nuranne (formerly simplyseoul)
ini muaranya saja. tempat bujang senang tu jauh lagi di hulu sungai. :)
@Cik Itah@RRP
seronok lah jugak. hehe
@Vee Lea
haha.. rame madah gya.. tang seram jak. kmk pun sik paham pa yg seramnya ya. hehe
@Umie Artoqiemie
pa yg seramnya ya? hehe
@Pha Is
semacam?
hmm..
hehehe
@msredcheesecake
alhamdulillah, sy pun tak pernah terserempak lg kak.. :)
@Cik Yaya
haha..
positif je.. insyaAllah takde pape. Alhamdulillah tak pernah jugak terserempak.. :)
@Nurina Izzati
owh, tak perasan plak. :)
@TelingaBulat
boleh rujuk entri yg lg satu. :)
@Lynn Damya
dah buat dah entri tentang tu seperti yg diminta. :D
@asha hana
seram? :D
@Yumida Huda
kan baru2 tok ada yg kenak baham buaya di Roban.. huhu..
@Chic Na
mintak simpang lah cikna.. scary.. huhu
@Affy Afiqah
sy ular okay lagi.. (ular sawa lah, ular yg berbisa ni sy pun kecut perut jugak).. alhamdulillah, setakat ni tak pernah lagi terserempak dgn abang bujang ni bersantai atau timbul. huhu
@fatin wawa
ini muara sungai, tu yg nampak besar. :)
@azizah :)
kan kak jijah.. tambah pulak atas feri dgn angin2 yg bertiup lembut. cewah. haha
ngeri pula jika tiba-tiba bujang senang muncul.. baru akak tahu benak tu macam ombak kecil la ya..
@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
yup. ombak tapi kat sungai. bapa ckp bahaya benak ni. huhu
Dl,pulau 2,mnrut crita org lm2,adlh sbhgn dr drtan,tp,bpish dr drtn,mjd pulau,krg pasti plak mgpa d kbur kt ctu,dl mmg dkbur kt ctu,mgkin sbb tiada tnh pkbrn di drt,skg dh ad dh,.xlh buang ms p jauh kt 2..plau 2 jg,bnyk mstrinya,bnyk crita,kramatnya jg..yg lbh 2a,mgkin lbh tahu..xlah jauh sgt plau 2 pn,gna bot,dlm 15minit je dr sebangan..