Kisah semalam tapi tak sempat nak update. Dah sedia maklum (rujuk entri INI), I satu family kan balik kampung untuk lebih kurang 2 minggu. Cik TengTeng dan Abang E'el terpaksa suruh orang jaga. Bukan orang lain jugak, tuan asal Cik TengTeng dan Abang E'el sebelum Mak beli.
Disebabkan hari rabu tu sampai rumah dalam pukul 7 malam. Kemas-kemas rumah sikit, rasa letih pulak nak pergi ambil kucing kat rumah orang. Terpaksa lah Cik TengTeng dan Abang E'el balik keesokan harinya. Cik TengTeng nampak kurang lemak sikit. Sikit je lah. Tapi Abang E'el, I tengok kurus sangat! Satu hari tu macam tak nak makan. Tidur je memanjang. So, semalam lepas sembahyang jumaat bawa Abang E'el jumpa ke klinik haiwan.
Angel Animal Clinic, Miri
Terletak berhadapan dengan Taman Awam Miri. Taman Awam di sebelah kiri, Angel Animal Clinic pulak di sebelah kanan kalau dari arah pusat bandar. Sebelum Taman Awam kalau tak silap. Betul-betul depan simpang masuk Jalan Tanjong. Apa-apa hal memang selalu ke sini sebab dulu ada senior MRSM yang kerja Vet kat sini. Tapi lepas dia berhenti masih lagi ke sini sebab dah biasa plus tengok proper sikit dan rasa lebih terjamin.
Sedih pulak tengok Abang E'el kurus sangat.
Bila Vet check, rupa-rupanya ada ulser. Patutlah kurang selera makan. Tak ada si kucing kuning berlari-lari dari ruang tamu serbu I untuk minta makan. Yang ada Si Gemuk Kelabu tu je.
Tiga jenis ubat. Sakit, antibiotik dan appetite. Alhamdulillah, hari ini nampak Abang E'el kuat makan sikit berbanding semalam dan hari khamis. Kesan ubat. Harap-harap lah Abang E'el cepat-cepat sembuh dan menggemuk macam Cik TengTeng.
25 comments
first time dgr kucing mkn ubat.. ingat inject je.. camne nak bg kucing mkn ubat aisya?
comelnya abang eel... :)
Oh abg e'el ulser ye..cpt sembuh abg e'el..cepat kembali gemuk..hehe
owwhh.. kucing pun ada ulcer.. igtkan manusia je kena ulcer.. btw saya pun selalu kena ulcer kat lidah. sakit dan memang tak lalu makan. :)
semoga cepat sembuh ya abang e'el! :)
moga cepat sembuh..:)
semoga abang eél cepat sembuh.. nampak kurus..
sayang nye dia dekat kucing dia hehe..
alalala..cian Abang E'el tak sihat yer..harap pasni sihat semula...
suka tengok kat kedai grooming haiwan..haiwan kena grooming lawa-lawa..
siannya...moga mereka cepat sembuh & kembali aktif...
amboii meoww siap ada ubat ni..
@Chic Na
buka mulut dia dan masukkan je ubat. tp kena dongakkan kepala kucing tu. biar ubat terus masuk, jadi dia tak boleh nak luahkan balik. hehe
@Nurul Farahizzati
alhamdulillah dah sihat ni makin comel. hehe
@Mime MF
dalam proses menggemukkan diri dah sekarang ni. :)
@fatin wawa
itu lah. baru tau jugak. kena byk2 minum air tu. :)
@Affy Afiqah
alhamdulillah dah semakin sembuh. :)
@Ayie Abas
alhamdulillah.. takde ulser dah rasanya. :)
@Normi Nieza
tq. :)
@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
alhamdulillah dah makin sembuh kak.. mmg sangat kurus.. huhu
@ezyra daniel
mestilah.. huhu
@IbuNoey
itu lah kak.. cantik2, comel2 lagi tu. hehe
@LiLy @ MaMaQiStInA
alhamdulillah dah kembali aktif dah skrg.. mak pulak yg pening kepala jadinya. hehe
@azizah :)
meow pun nak sihat mcm manusia jugak. hikhik
alo ciannyer...tp ubat tu...
cmne bg kucin mkn?heeee
@Cik Yaya
dongakkan kepala dia, buka mulut pastu masukkan ubat. :)