Sekali lagi macam entri Parkia Speciosa, tajuk entri memang membuat lidah terbelit nak menyebut. Boleh kata sambungan daripada entri INI.
Buah terap
Artocarpus odoratissimus adalah nama saintifik bagi pokok terap. Ada nama-nama lain jugak sebenarnya seperti Marang, Madang, atau Tarap (I tahu kalau Sabahan panggil buah ni tarap kan?). Berasal dari Pulau Borneo, Palawan dan juga Mindanao. Memang sekali tengok macam buah nangka atau cempedak. Sekali tengok lah, tengok banyak-banyak kali memang jauh jugak bezanya. I share sikit komen blogger-blogger lain tentang buah terap ni.
Buah terap ni lebih kecik lagi kalau nak compare dengan cempedak dan nangka. Isinya pun lebih kecik dan berwarna putih. Selain di makan macam tu je, buah terap muda boleh dibuat sayur jugak. Lebih kurang macam sayur nangka jugak lah. Memang favourite I ni. Kalau sayur nangka I tak berapa suka sangat.
credit : INI
Google lah sikit tentang khasiat buah terap. Susah jugak nak cari. Apa yang I jumpa buah terap kaya dengan protein, karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi, crude fiber, retinol, beta-carotene, niacin, thiamine, riboflavin, Vitamin A dan Vitamin C. Untuk pesakit diabetes, tak digalakkan untuk consume buah terap. Memang buah ni sangat manis pun. I boleh makan sikit je sebelum sakit kepala datang menyerang.
Artocarpus odoratissimus
p/s : entri autopublish
33 comments
Tak pernah dengar pun pasal buah ni .. Memang nmpak macam campedak dan nangka lah
SubhanAllah, there is a lot of Fruit yet for me to know xD
wahhhhh sedap nyaaaaaaaaaaaaaaaa akak ni selalu ah cemniiii
mula2 ternampak tajuk entry octopus. sekali baca lg sekali. amboi beli lidah. haha nt bg hana makan sekali. dekat melaka susah nak cari.haha
yela kan.. mcm buah cempedak.. baru tahu buah terap ni..
Kuat bau buah tok nak.. kmk kdg2 confuse juak buah tok dengan cempedak.. ;)
Mmg dh ala2x cempedak gan nangka...pelanduk dua serupa tp sbnr ye xsama..hihihi
X pernah tgk pun..nk sebut memang terbelit lidah.hihii
tak pernah makan and tengok eehehhe
Nmpak sedap.. Err.. Rasa mcm 1st time dngr nma buah ni..
sis nak buah terap..nanti bawa balik untuk sis yer...hehehe
pertama kali melihat dan mengetahui tentang buah ini
kiranya takde di semenanjung laa ya aisya?
mana nak cari ni? hewhew
nak juga ika rasa....
memng mcm nangka.. heeee =D
first time akak tengok hari tu memang ingatkan buah cempedak.. banyak buah-guahan tempatan di sarawak yang akak tak kenal.. bagus juga aisya berkongsi di sini, dapatlah ilmu baru untuk akak..
Buah lagi... dan memang pelik namanya. Tak pernah dengar juga., Nampaknya saya kenal tembikai, durian rambutan je........
@Afiqah Adzan
tu la.. ramai jugak yg confuse. :)
@Razi ten
same here.. hehe
@Akeyla Azmi
hahaha.. sorry..
@asha hana
octopus daratan. haha
@Ayie Abas
cuma lebih kecik je.
@azizah :)
kat sabah pun ade kak jijah.. nnti akak carik lah.. :)
@Sally Yatiey
aok. tapi baunya manis. sik kedak durian. menyengat. huhu
@ayut
haha. tau takpe.
@atien zuraidah
buah terap je kak.. hehe.. tak payah nak belitkan lidah. hehehe
@ezyra daniel
kat semenanjung mcm takde je.. huhu.. ntah lah
@fatin wawa
sedap cuma manis sgt. huhu
@puteri kasih
buah ni baunya kuat sis. tak rasa lepas naik flight. sis kena dtg sini lah. hehe
@Faizal Mohamad Twon Tawi
ramai jugak yg mcm tu. buah ni buahan native kepulauan borneo lebih kurang. :)
@Affy Afiqah
tak sure lah ika. kena dtg sini lah kalau nak rasa. :)
@Cik Yaya
nangka tak sangat tapi cempedak lebih kurang.
@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
mmg nak share utk tambah pengetahuan bersama kak. :)
@wanariahamiza
hehe. tu buahan yg common.. dan famous. tp kat sini buah terap kira famous jugak. sebab banyak. kt sana susah nak jumpa. cari pun tak tau kat mana ada. :)