24/12/2013

Riverfront Cafe, Bintulu

Semalam dah cerita-cerita tentang Riverfront Inn (Rujuk SINI). Hari ini, nak story-story tentang Riverfront Cafe pulak. Sebelum bertolak balik ke Miri, breakfast sekejap di Riverfront Cafe. Family dah banyak kali jugak datang makan-makan kat sini, I je yang first time. Yela, dulu jarang balik Sarawak. Memang jarang lah ikut family pergi cuti-cuti Malaysia Sarawak kan. 


First impression. Tengok bersih je, deco pun cantik, ini mesti harga pun 'cantik-cantik' jugak. Bila waitress tu bagi menu, tengok harga tak adalah mahal pun. Nak kata standard tak jugak. Agak murah lah. 

Masing-masing taknak duduk membelakangkan TV, terpaksalah Mak mengalah. Hiks.

Memandangkan tak lama lagi Hari Natal, jadi penuh dengan decoration Christmas. Suka interior Riverfront Cafe ni. Bersih, kemas dan cantik. Nampak lah standard sikit kat situ kan. Tak macam satu hotel 3 bintang di Sarikei, cafe hotel tersebut macam restaurant zaman tahun 1970-an. Hotel pun tak diselenggara, macam-macam rosak. Tak upgrade sungguh. 

Hot Lemon Tea, RM3.90

Sarawak Laksa

Serius tak ingat berapa harga Sarawak Laksa ni, kalau tak silap dalam RM7.90 kot. Tapi sangat berbaloi! Banyak gila. Ini kalau nak makan dua orang pun cukup. I sendiri tak dapat nak habiskan satu mangkuk ni, mampu makan setengah je. Mak order satu set Kuetiaw Goreng + Nescafe Ais (RM9.90 kalau tak silap), adik pulak Mee Goreng. Satu pinggan hidangan tu memang banyak. Kalau macam I yang jenis tak makan banyak ni, baik lah kongsi dengan orang lain. Sure tak habis punya. Ini kalau En. Barney makan pun kekenyangan jugak rasanya. Tak ada nak tambah-tambah order dah. 

p/s : staff waitress/waiter pun elok je melayan pelanggan. Wajah sentiasa dimaniskan dengan senyuman. Intonasi cantik, nada pun sedap je telinga mendengar. Kalau macam ni baru lah kenyang perut suka hati. Hiks

20 comments

12/24/2013 08:17:00 pm

terliurnya tengok laksa sarawak tu.. nyummm.. wajib makan bila pegi sana..

12/24/2013 10:05:00 pm

nampak menarik ni..terus je rasa nak pegi sana...tapi jauhnya....

12/24/2013 11:20:00 pm

@Chic Na

wajib! hehe. memang wajib!

12/24/2013 11:21:00 pm

@Sya Nadia

nanti ada peluang boleh datang sini.. :)

12/25/2013 01:18:00 am

kalau minum ice lemon tea baru segar sikit :p tapi nampak sedap pulak tengok gambar laksa tu, tak pernah makan laksa sarawak.

12/25/2013 06:35:00 am

nice cafe:)
http://sherrylicious7.blogspot.com

12/25/2013 11:16:00 am

nampak sedap laksa sarawak tu.. akak belum pernah merasainya lagi..

12/25/2013 11:36:00 am

sedapnya laksa sarawak tu...

12/25/2013 02:29:00 pm

aishh..tgk laksa tu mcm best je..byk plak..haha kalau sy mst knyg & gembira ni...>.<

12/25/2013 06:20:00 pm

laksa sarawak sedap. hana pown suka. :D

12/25/2013 09:58:00 pm

@Mazni Munawar

sy tak minat sgt yg sejuk. lebih suka yg panas2. hehe

12/25/2013 09:58:00 pm

@sHeRrY

thanks. :)

12/25/2013 10:04:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

kat semenanjung susah sangat nak jumpa. Dulu pernah jugak menangis kalau dah datang teringin nak makan. hehe

12/25/2013 10:05:00 pm

@fatin wawa

nyummm2.. hehe

12/25/2013 10:05:00 pm

@Mime MF

sgt banyakkkkk.. kalau yg jenis yg kuat makan mmg suka lah dpt byk2 mcm tu. hehe

12/25/2013 10:05:00 pm

@asha hana

suka jugak.. hehe

12/27/2013 11:50:00 am

adoi sedapnye mkn...nti bwk blik sini bg yaya, cik aisya..hehe ;p

12/30/2013 10:31:00 am

berapa bintang boleh bagi tu? hewhew
sedapnya tengok makanan, lapar terus ni miihmih

12/31/2013 09:27:00 pm

@Cik Yaya

nanti sampai sana tak tau apa kondisinya. haha

12/31/2013 09:27:00 pm

@Affy Afiqah

5 Bintang! yeay.
haha

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...