24/01/2013

Spontaneous Thursday : Pilihan?

Pilihan itu subjektif
Tidak pasti arah jalannya
Kiri atau kanan
Hitam atau putih
Manis ataupun pahit


23/01/2013

Wordless Wednesday : Tau apa ni?



22/01/2013

Makan-makan : Sweet Chat

Lagi-lagi entri tertunggak

Ini kisah tiga hari berfoya-foya di The Mines. Hari pertama boleh rujuk SINI, hari kedua pulak boleh rujuk SINI. Untuk kali ni, memang tidak dirancang langsung. Pagi tu dapat mesej dari coursemate, kononnya study group untuk exam Ekonomi Alam Sekitar hari selasa akan datang. Tak teragak-agak, Chipmunk pun nak lah join. Coursemate ada cakap nak lunch dulu tapi disebabkan Chipmunk kenyang lagi dah breakfast pagi tu ikut je lah kan. 

Bila ditanya nak makan kat mana, masing-masing tak boleh nak decide. Last-last siapa punya cadangan entah pergi The Mines semata-mata nak keluar makan. Elok sangat, Chipmunk dengan selekehnya terpaksa ikut sekali. Dah la pakai selipar toilet okay. Sekali tengok macam student nak buat soal selidik pun ada. Dengan baju dengan terpampang lambang UKM. 

Kami pergi tu berlima sebenarnya dan salah seorang daripada coursemate Chipmunk nak belanja lunch. Chipmunk yang taknak makan tu, nak taknak order jugak something. Order yang heavy jugak. Rosak diet lah begini. Pusing punya pusing, last-last kitorang pilih Sweet Chat. Tak pernah makan sini before ni. Kalau coursemates Chipmunk tak bawa agaknya sampai bila-bila lah tak jejak bontot duduk kat kerusi Sweet Chat ni rasanya.

Kakak-kakak cantik merangkap coursemates Chipmunk - Kak Nabiha, Mazian, Putri & Kak Jun

Ye nak makan apa?

Chocolate tu sedapnya! - Mazian & Putri.

Durian Pancakes. Nasib baik bau tak kuat. Boleh lagi Chipmunk tutup hidung guna tisu. Hehe

Tak ingat nama sebenarnya, tapi dari kiri mangga, lemon & kiwi - Kak Nabiha, Kak Jun & Chipmunk

Nyonya Laksa (Kot) - Kak Nabiha

Nasi Ayam (Tak ingat namanya) - Mazian

Yang ni rasanya Asam Laksa, tak pun Curry Mee - Kak Jun

Baked Mac N Cheese rasanya nama ni - Chipmunk & Putri

Disebabkan dah lama sangat entri ni tertangguh jadi Chipmunk pun dah lupa nama-nama semua ni. Baked Mac N Cheese tu sebenarnya macaroni dan juga cheese. Memang sedap! Lain kali nak bawa En. Barney makan kat sini lah. Mesti En. Barney suka Baked Mac N Cheese tu.

21/01/2013

Makan lagi Sampai GEMUK!!

Entri tertunggak lagi 

Ini pun sepatutya Chipmunk post minggu lepas. Dalam entri INI, Chipmunk ada bagitau yang Chipmunk bawa Cik Alyn (Bff Chipmunk) pergi Alamanda before kitorang gerak ke The Mines dan Cik Alyn belanja Starbucks tu.

Pagi tu, Chipmunk dan En. Barney bertolak dari UKM jemput Cik Alyn dan kawannya di UNITEN. Dekat je pun kan. Tak lah pagi sebenarnya, menghampiri tengahari jugak. So sampai je Alamanda terus mencari tempat untuk melantak. Kelaparan lah katakan. 


Mencuba menu lain pula di Food Court Alamanda and haruslah sizzling kan. Chipmunk suka sizzling ni sebab memang kena dengan tekak Chipmunk.

Dried Chilli Chicken 

Tak pedas pun. Pedas pun yang budak-budak boleh makan. Chipmunk ni jenis yang tak makan pedas. Nampak je cili kering besar gedabak macam tu tapi tak rasanya pun. 

Black Pepper Chicken

Terliur pulak tengok ni.

Muka orang tak tahan pedas.

Cik Alyn order something dari Portuguese Grill. Macam kerang bakar je Chipmunk tengok. Beliau cakap memang pedas sangat. Bila Cik Alyn cakap macam tu, memang tak kan la Chipmunk nak rasa.

p/s : Cakap pasal kerang bakar ni kan, baru hari tu makan kerang bakar di D'Kenali Ikan Bakar. Kerang bakar terbaik Chipmunk pernah rasa. 

Makan-makan di Alamanda : Part I, Part II

20/01/2013

Sesi Menconteng Kek!

Warning : Entri Tertunggak

Kisah Jumaat lepas, tapi hari ni baru nak bercerita. Ingat tak entri INI, Chipmunk cakap nak nak cerita itu, nak cerita ini kan? Begini kisahnya, ex-roommate Chipmunk, (sampai sekarang pun Chipmunk panggil beliau roommate. Mak beliau sekali pun terikut jugak, memang sampai bila-bila lah panggilan roommate tu lekat. Hehe) ajak pergi The Mines.

Motifnya nak beli kek. Tapi kek yang kita design sendiri, bahan-bahan semua disediakan. Tinggal kita nak hias je. Boleh rujuk entri INI untuk keterangan lanjut. Dan contoh keknya adalah ini....

Birthday Cake En. Barney dan Aran Serabut 2 tahun lepas. Hasil contengan Cik Hanis Manis.

Cik Mai (ex-roommate Chipmunk) nak decorate sendiri cake untuk birthday someone yang special dan misteri tu. Jadi beliau minta Chipmunk tolong tunjukkan kedai cake yang mana satu.


Perempuan pakai baju kurung tu baru balik exam sebenarnya, tunggu En. Barney balik dari solat Jumaat baru gerak ambik Cik Mai kat rumah sewa beliau. Tengok cake tu, kosong lagi kan? Ha, belum lagi dicorakkan dengan warna-warni kehidupan. Eh?


Excited sungguh. By the way, sesi mencorak dan menghias kek ni dilakukan di Bread Story, Aras 3 The Mines. Berdekatan dengan Carl's Jr, Sakae Sushi dan Secret Recipe. Area tu lah. Kalau nak design kek sendiri untuk yang tersayang tu boleh lah datang sini. Selain The Mines, Chipmunk tak tau lagi cawangan lain Bread Story ni. 



Ada siapa-siapa nak hire Cik Mai jadi penghias kek boleh contact Chipmunk. Haha!

Untuk kek yang besar ini RM28, sekali dengan hias-hiasnya. Kalau yang besar kek En. Barney tu dalam RM10, sekali dengan bintang-bintang dan chocolate rice tu total RM12. Orang kata sedap, Chipmunk tak sempat merasa kek ni hari tu. Tengok-tengok dah lesap dimakan raksasa yang kelaparan.

p/s : ada tak yang nak buatkan kek macam ni untuk Chipmunk? Hehe

19/01/2013

Rumah itu Asalnya

Alhamdulillah, setelah beberapa minggu berhempas pulas dengan exam dan lambakan assignment yang memuncak akhirnya yang asal pulang juga ke asalnya. Er, apa yang cuba disampaikan ni?

Alhamdulillah, Chipmunk dah selamat sampai rumah. Flight 8.30 pagi tadi. Kali ni bukan naik Air Asia, tapi MAS pulak. Tiket MAS lagi murah you dari Air Asia I bagitau. First time naik MAS Kuala Lumpur-Miri. Mula-mula tu takut jugak. Yela, dah sorang-sorang kan. Takut tersesat kat mana-mana. Dah la lambat pulak, gara-gara Chipmunk terlewat bangun. Haruslah, setelah beberapa hari dengan lena sejam dua setiap hari.

Hello Abang Handsome

Bila dah balik rumah ni, banyak masa nak mengadap blog. Chipmunk masih banyak hutang dengan korang dan korang semua.

Oh ya. Untuk para pemenang GA, insyaAllah isnin ni En. Barney akan pos hadiahnya. Tak sempat nak pos before Chipmunk balik sebab ada yang tak bagi butiran lagi. Jadi minggu depan, tunggu abang posmen datang hantar hadiah ye. 

Titik fokusnya?

16/01/2013

1st Giveaway By Puterikasih.com

Tak habis lagi membalas jejak kat shoutbox ni. Chipmunk ada 5 assignment nak kena siapkan yang due date nya Jumaat. Tapi sambil-sambil menyiapkan assignment tu, bila bosan sambung balik blogwalking. Tak mampu nak mengadap assignment sepanjang masa.

Semua story yang Chipmunk janji nak cerita tu kena hold dulu. Demi kakak cantik yang seorang ni, petang ni nak luang sikit masa yang ada untuk join ini....


Syarat simple je, tapi hadiah bombastik. Tunggu apa lagi, ramai-ramai kita join. Lagi meriah. =)

“1st Giveaway By Puterikasih.com ini dianjurkan oleh puterikasih.com dan ditaja bersama oleh All About CraftDikbiAzie NamicoJosrevalution @JRNurul SyarafinaAzziamiza, ZuhanifKiosk VitaminCik YayaKimmie, Serembanmaya.com dan Kaspersky Malaysia"

Nak tag :

Tarikh Tutup : 31 Januari 2013 (11.59 pm)

15/01/2013

Senarai Pemenang Chipmunk & Barney : Simple Giveaway

Dah tiba masa yang semua orang tunggu kan. Sebelum tu, nak ucap tahniah buat yang menang. Yang tak menang pulak, jangan sedih-sedih. Next time mungkin rezeki anda pulak. Jadi malas nak cakap panjang dah, dengan ini Chipmunk mengumumkan para pemenang bagi Chipmunk & Barney : Simple Giveaway adalah seperti berikut :

Sebelum tu, boleh rujuk angka giliran anda di SINI ye

Hadiah Utama


Hadiah Sampingan






Top Referral


Tahniah sekali lagi Chipmunk ucapkan. Buat para pemenang, anda dikehendaki untuk menghantar details yang diperlukan, seperti berikut :

  1. Nama
  2. Alamat 
  3. Phone Number
  4. Url Blog

Inbox SINI
ataupun
emailkan ke aisyaahd@gmail.com

Lagi cepat anda bagi details yang diperlukan lagi cepat hadiah-hadiah akan diposkan.


Seperti yang Chipmunk katakan sebelum ni, kalau ada terkurang-kurang kat mana-mana tu Chipmunk minta maaf sangat-sangat. Terharu sebenarnya dengan sambutan yang diberikan. Seronok rupanya anjurkan GA seperti ini. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih di masa akan datang boleh lah buat GA lagi kan? Hehe. Banyakkan lagi hadiah dan tempoh masa lebih lama lagi.

Siapakah pemenang Chipmunk & Barney : Simple Giveaway?

Alhamdulillah, tamat sudah GA pertama dari Chipmunk dan En. Barney. Terima kasih sangat-sangat buat anda dan juga anda yang sudi meluangkan sedikit masa, meringankan jari untuk join walaupun hadiahnya tak seberapa dengan masa yang Chipmunk rasa agak sekejap jugak lah. 

InsyaAllah, Chipmunk akan umum pemenang hari ini jugak sebab Chipmunk malas nak tangguh-tangguh. Anda pun tak suka menunggu lama-lama kan. Tapi before tu, nak minta masa anda sekejap je lagi ye. Sebelum Chipmunk umum siapa pemenangnya, ada baiknya anda semua semak link anda. Takut ada yang tertinggal. Kalau ada apa-apa bagitau. Anda semua ada masa sehingga petang ini. 

Boleh semak link anda di

Dengan ini, dengan rasminya tamat sudah Chipmunk & Barney : Simple Giveaway. Buat yang terlepas, tak terjoin tu tak apa lah. Tunggu next time pulak ye, insyaAllah. 

Ni kerja di kala stress mengadap notes ekonomi. Walaupun tak cantik tapi ikhlas tau. Hehe

14/01/2013

Chipmunk & Barney : Simple Giveaway

Entri melekat : Sila scroll ke bawah untuk entri terbaru

Ehem ehem.. Test test 1, 2, 3. Bajet tengah test microphone je kan? Over lah perempuan ni.

Dengan ini, saya yang comel ini menjemput anda, anda dan anda untuk join satu giveaway simple. Tak adalah grand pun kan cuma sempena tahun baru and followers pun dah mencecah 3000 ni, sepanjang hampir 2 tahun ni tak pernah lagi bagi apa-apa untuk rakan-rakan blogger yang datang berkunjung dan yang sentiasa support Chipmunk.

Kucing tu mewakili Cik TengTeng ye. Hehe

Syarat-syaratnya mudah je, seperti berikut ;
  1. Buat entri bertajuk "Chipmunk & Barney : Simple Giveaway".
  2. Follow blog Chipmunkandbarney.blogspot.com dan Like SINI.
  3. Tag sekurang-kurangnya seorang blogger lain. (Tak tag pun takpe, tapi lagi ramai lagi bagus. Hehe).
  4. Jangan lupe untuk tinggalkan link entri anda di ruangan komen ye (Komen di entri ini tau, jangan komen kat entri lain pulak).

 Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut ;

Hadiah Utama
Fridge Magnet + hadiah misteri dari Chipmunk dan En. Barney (misteri lah sangat)

Hadiah Sampingan
Fridge Magnet x 5 pemenang

Top Referral
Fridge Magnet x 1 pemenang

Sebelum tu, Chipmunk nak minta maaf andai ada terkurang kat mana-mana tu. Dan harap maaf jugak kalau hadiah yang diberikan tu tak seberapa dan masa yang diberikan agak sekejap, sebab Chipmunk nak settle kan everything before Chipmunk balik bercuti nanti. InsyaAllah, kalau ada rezeki next giveaway boleh buat lama sikit. Bila tak tau lagi, jangan tanya. Hehe

Tarikh Tutup : 14 Januari 2013, jam 11.59 malam.

Nak tengok hadiah tak? Boleh klik SINI

update!
Sila semak link blog anda di SINI

13/01/2013

Bersuka Ria di Hari Sabtu

First of all, nak minta maaf sangat-sangat tak sempat lagi nak blogwalking. Ada banyak yang perlu diselesaikan. Nak siapkan assignment and hari selasa ni ada exam lagi, last paper. Banyak cerita I nak story-story dengan uolls ni. Tunggu eh. I cerita satu-satu. Baru best. 

Sebenarnya plan semalam nak melangsaikan hutang-hutang membalas jejak ni. Tapi terlupa pulak dah janji dengan BFF untuk keluar dating sama-sama. Sekali dengan En. BF aka En. Barney lah kan. BFF Chipmunk ni baru je sampai Bangi, baru mendaftar untuk menjalani latihan di Petronas Research Centre. Memang tak jauh lah dari UKM. 

Destinasi pertama Alamanda Putrajaya. Ada benda yang Chipmunk nak kongsi-kongsi dengan korang tapi kita hold dulu eh. Destinasi kedua kitorang bergerak ke The Mines pulak. Nak tunjuk KTM Serdang katanya, kot-kot Cik Alyn (BFF Chipmunk) nak ke KL guna public transport ataupun nak singgah The Mines nak beli-beli barang. Sebenarnya, hari sebelum tu (Jumaat), Chipmunk dan En. Barney ada ke The Mines jugak. Yang tu next time Chipmunk story-story ye.

Ehem. Orang belanja.

Kisahnya begini, Cik Alyn ni memang peminat tegar Starbucks. Before plan nak keluar sama lagi beliau dah cakap mengidam Starbucks ni, dah lama tak merasa katanya. Dah habis satu Mines, beliau minta tunjukkan Starbucks. Sampai-sampai je....

Cik Alyn : Torang pernah minum aek Starbucks sik? Korang pernah minum air Starbucks tak?
Chipmunk : Sik pernah pun. Tak pernah pun.
Cik Alyn : Mok minum sik? Nak minum tak?
Chipmunk : Ko mok belanja kah? Kau nak belanja ke?
Cik Alyn : Aoklah, ya aku tanyak. Yela, sebab tu aku tanya. 

Bila orang dah offer begitu, terima je lah. Nanti apa pulak kata orang kita tak terima ye. Lagipun tak pernah pun pergi Starbucks ni. 

Cik Alyn yang sebelah kiri. Yang sebelah lagi coursemate beliau masa di UMS dulu.

Classmate since Darjah 4 sampai lah Tingkatan 5.

After Form 5, Chipmunk dan Cik Alyn sama-sama sambung belajar di Kolej Matrikulasi Labuan. Time tu memang boleh kata tido sebantal, makan sepinggan lah. Habis matrikulasi baru terpisah bila sorang di UKM dan sorang lagi di UMS.

Sila baca betul-betul. Ini muka jakun sebenarnya, bukan muka excited.

Eh, awak pun ada rupanya. 

Dua-dua makin membesar. Bila nak diet ni??!

Banyak lagi story lepas ni. Tunggu je. Dan jangan lupa tunggu Chipmunk singgah blog korang pulak. Oh ye, nak jemput siapa-siapa yang tak join GA lagi tu, jom lah join. Tinggal dua hari lagi. Klik SINI untuk join.

Mode : Terukir di Bintang - Yuna
perasan!

12/01/2013

Kisah Benar : Kartun Tom and Jerry diminati oleh Kucing!

Dah lama tak blogwalking, baru beberapa hari sebenarnya. Chipmunk cuma singgah melawat peserta GA je. Nak join jugak? Boleh lah klik SINI. Masih ada 3 hari lagi untuk join. Baru lepas exam semalam. Tinggal satu paper lagi lepas ni. Paper Ekonomi pulak tu, dah la tak ada basic ekomoni pun. Ada student ekonomi tak? Boleh tolong ajar Chipmunk. Hehe.

Berbalik pada cerita asal. Beberapa hari lepas, Chipmunk dapat MMS dari mak.

Khusyuk pulak tu!

Chipmunk tak faham betul dengan kucing-kucing Chipmunk ni. Dari celah mana boleh terminat Tom and Jerry ni tak tau lah. Agaknya geram tengok Tom kejar Jerry tak pernah dapat-dapat kot. Dulu Chipmunk pernah buat entri pasal Cik TengTeng dan kartun faveretnya. Boleh klik SINI. Agaknya Baby E'el ni pun terjangkit dari Cik TengTeng jugak lah kot.

Kucing pun minat Tom and Jerry tau. Jangan main-main.

p/s : Tuan kucing ni pun minat jugak sebenarnya. 

10/01/2013

Giveaway Mialiana.com

Sebelum Chipmunk bertapa masuk gua bersama nota-nota untuk exam esok, ada satu lagi tugas yang perlu dilaksanakan. Memandangkan hari ini adalah hari terakhir, sepantas kilat menaip dan follow syarat-syaratnya.


Entri yang paling saya suka? Semestinya entri yang INI, bukan calang-calang orang Kak Mia ni tau. Sedikit sebanyak mendorong untuk pelajar-pelajar seperti saya ni untuk berjaya macam Kak Mia jugak. Kalau Kak Mia boleh, jadi tak ada alasan untuk saya kata tak boleh. Betul tak Kak Mia? (^_^)

Dan untuk pengetahuan Kak Mia, masa berkunjung ke MAHA 2012 tempoh hari masuk pavilion Negeri Johor nampak buah nanas automatik ingat Kak Mia. Semua gara-gara entri INI lah. Kalau tak silap Kak Mia pun orang Johor jugak kan? Betulkan kalau salah tau.

Smile..Smile..Smile.. tu harus lah colourful ye.

Nak tag :

dan juga



Spontaneous Thursday : Tiket oh tiket


Sesungguhnya tiket MAS untuk pulang bercuti kali ni lebih murah daripada Air Asia

Terlepas pulak 10 000 free tickets tu. Masuk website Air Asia dalam pukul 1 pagi gara-gara tertido punya pasal. Tengok-tengok promo dah habis dah. Hmmm..




Hadiah dari Blogger Leeza dah sampai. Punya lah sayang, memang tak kan buka lah plastik tu. Hehe. Terima kasih ye!

09/01/2013

Senarai Peserta

Meng-update senarai peserta untuk GA. First of all, thanks buat yang sudi join. Terharu I tau. Jadi anda semua boleh lah semak link blog anda ye. Takut ada yang tertinggal ke. Kalau ada yang silap, ada yang tertinggal, tercicir dan sebagainya bagitau ye. =D

  1. http://supernaddyss.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  2. http://impianakumemetikbintang.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  3. http://izyanyancinnamon.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  4. http://www.santaileeza.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  5. http://justforcontest.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  6. http://norkebahagiaan.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  7. http://eymasushoppe.blogspot.com/2013/01/chipmunk-and-barney-simple-giveaway.html
  8. http://mewithyouu.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  9. http://zulaizat.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  10. http://tentangyaya.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  11. http://kisahsinenot22.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway_7.html
  12. http://randomtalking123.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  13. http://cerita-aremira.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  14. http://www.syuhadasalleh.my/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  15. http://ezatichumel.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  16. http://sayaaishah92.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  17. http://inasazali.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  18. http://www.ckod-ckodok.my/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  19. http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2013/01/chipmunk-and-barney-simple-giveaway.html
  20. http://akuayut.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  21. http://chot91.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  22. http://violetungupurple89.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  23. http://chien-puterirahsia.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  24. http://sweetmamaintan.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  25. http://nzfyns.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  26. http://faralalalala.blogspot.com/2013/01/chipmunk-simple-giveaway.html
  27. http://ohthrillers.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  28. http://sitizawiah95.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  29. http://aratomey.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  30. http://norminieza.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  31. http://belladsecret.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  32. http://emmymazli-emmymazli.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway_9.html
  33. http://damnright-welcomestalker.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  34. http://cahayakukasih.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  35. http://cikarinasukataip.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  36. http://adikbintang.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  37. http://www.nurainsyahirah.my/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  38. http://kuciputersenyum.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  39. http://apabilaazambercerita.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  40. http://www.duniashida.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  41. http://sahbanu-mulaan.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  42. http://teenagersareawesome.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  43. http://tirasigigiarnab.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  44. http://www.mizruha.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  45. http://asmaizadaud.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  46. http://iedyaabdullah.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  47. http://www.nieyxzha.my/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  48. http://angellovesoldier.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  49. http://www.puterikasih.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway/
  50. http://llnfe.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  51. http://qistinaolivia.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  52. http://meansdetermination.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  53. http://mayesa-jcb.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  54. http://cikzaniff.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  55. http://softness-self.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  56. http://diniipoem.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  57. http://akudanhatidia.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  58. www.timizero.my/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html
  59. http://umikasum.blogspot.com/2013/01/chipmunk-barney-simple-giveaway.html

GOOD LUCK buat semua ye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...