30/09/2011

Marshmallow dan En. Barney


Beberapa hari yang lepas, tapi rasa macam minggu lepas je. Chipmunk tolong adik-adik Sanggar Citra buka gerai. Tak tolong banyak pun, jadi driver untuk beli barang dan teman diorang jaga gerai sikit-sikit la. Nak dipendekkan cerita, kat gerai diorang ni ada jual Marshmallow Chocolate. Sedap tau, letakkan marshmallow tu dalam cup. Lepas tu letak cooking chocolate yang dah dicairkan. Bila Chipmunk suruh boyfriend Chipmunk a.k.a En. Barney yang sangatlah innocent tu belikan untuk Chipmunk. En. Barney boleh tanya "Macam mana korang buat marshmallow ni? Nak kena rebus dulu ke.. bla.. bla.. bla.."

lebih kurang macam ni la yang diorang ni jual. Tapi less chocolate

Mak aihhhh....
Boyfriend siapa la yang innocent sangat ni ye? Cik Abang Sayang oi, ni orang nak cerita ni. 

Marshmallow ni kan, asalnya orang dulu-dulu guna untuk tujuan perubatan je. Macam vanilla jugak, marshmallow ni pun datang dari tumbuhan jugak, dari pokok marshmallow atau nama saintifiknya Althaea officinalis. Dan digunakan untuk mengubati sakit tekak. Tapi kemudiannya marshmallow ni jadi pemanis mulut pulak sejak zaman mesir purba. Dan sekarang kita boleh tengok kat kedai-kedai, pasaraya-pasaraya dan yang sewaktu dengannya marshmallow sekarang boleh didapati dalam pelbagai bentuk, warna dan even rasa sekalipun. 

Pokok Marshmallow

 

29/09/2011

spontaneous thursday




28/09/2011

wordless wednesday : =')




26/09/2011

Kucing yang pandai naik bas


Pelik bukan? Tapi benda ni betul-betul jadi. Tapi bukan di Malaysia la. Tadi masa buka page Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan kat FB. Ternampak la someone post benda ni. Dan rasa menarik dan sangat pelik. Manusia pun ada yang tak macam ni.


Comel kan? Inilah Macavity. Kucing ni pandai naik bas bukan sorang-sorang tapi sekor-sekor. Chipmunk pun tak pernah naik bas sorang-sorang. Kucing ni akan naik bas yang sama pada masa yang sama dan berhenti dekat perhentian yang berhampiran dengan kedai fish and chips. Bijak kan?

Nak baca lebih lanjut boleh klik SINI.

25/09/2011

Comelnya En. Tim dan Cik Teng-teng


Semalam, lepas ke'busy'an tolong adik-adik Sanggar Citra sampai tido pun 2 jam je gara-gara main game Fruit Ninja secara real. Maksudnya, tolong adik-adik ni potong buah-buahan sebab diorang ada buka gerai. Sebab tu la nak jenguk blog pun tak sempat. Mana nak sempat kalau tido pukul 5, bangun pukul 7. Lepas tu satu hari di gerai, malam pulak sambung balik main game Fruit Ninja.

Actually, Chipmunk nak cerita pasal En. Tim dan Cik Teng-teng. Hari tu masa pergi Sunway Pyramid, terjumpa satu kedai ni. Chipmunk ada baca kat blog Cik Diea pasal kedai ni. Kedai Daiso Japan. Cik Diea bagitau kat kedai tu ada jual baju-baju kucing. Dah jumpa tu, Chipmunk tarik la En. Barney masuk gara-gara nak cari baju untuk En. Tim dan Cik Teng-teng. 

Beberapa hari lepas, Chipmunk poskan baju-baju tu dan memang dah sampai pun. Dan budak-budak berekor tu sangat comel bila pakai baju ni!





Mak siap pesan belikan lagi untuk En. Tim dan Cik Teng-teng ni sebab diorang suka pakai baju.

23/09/2011

Novel Sekebun Bunga Cinta


Kenal tak Cik Liyana Zahim? Mesti kenal kan? Beliau ni penulis novel dan beliau jugak seorang blogger. Chipmunk ni selalu jugak masuk blog beliau. Dan ada satu hari ni, Chipmunk terbaca pasal novel baru beliau. Bila dapat tau novel beliau dah keluar, cari la novel beliau ni bila ada peluang ke kedai buku.


Novel beliau best tau. Especially part last-last tu. Sampai tak nak lepas novel tu langsung. Nak try habiskan terus time tu jugak. Alhamdulillah, Chipmunk dah habis baca semalam. Siapa yang taknak ketinggalan tu, cepat-cepat la pergi bookstore berhampiran cari novel yang bertajuk Sekebun Bunga Cinta sebab rugi sangat kalau tak baca. 

Untuk Cik Liyana, teruskan menulis ye. Even baru baca satu novel Cik Liyana, dan sedang mencari novel first Cik Liyana yang sampai sekarang tak jumpa-jumpa, dah rasa tak sabar nak tunggu next novel Cik Liyana pulak. =)

22/09/2011

IkLan Kelakar

Layan video nie masa bosan2.. Atau pun tengah stress ^^





Sumber : YouTube
Uploader : umerpervaiz12

21/09/2011

Wordless Wednesday : ♥ Sanggar Citra!



Thanks adik-adik Sanggar Citra sekalian sebab buat surprise.
Thanks jugak En. Barney sebab bersubahat dengan adik-adik nakal ni.
Dan HAPPY BIRTHDAY jugak untuk Cik Elya.

p/s : Zety, pinjam gambar jap..

19/09/2011

Thanks! ♥♥♥


Semalam 18 September. Chipmunk sambut tahun baru. Umur dah meningkat setahun. Rasa macam makin tua la pulak ye, even orang still tengok macam budak sekolah. Comel sangat la kot. Ok. Perasan.

Tahun ni..
Tak macam tahun lepas. Sambut birthday dengan family. Tahun ni jugak, tak macam tahun lepas-lepas. Sambut birthday dengan kawan. Tahun ni, extra special sikit. Sebab sambut birthday dengan En. Barney. Walaupun dah setahun setengah dengan En. Barney, this is the first time sambut birthday Chipmunk sama-sama. Walaupun tahun lepas masa birthday Chipmunk, Chipmunk dah ada En. Barney. Jarak yang sangat jauh tu jadi penyebab utama tak boleh sambut birthday sama-sama. Nasib baik lah Maxis bgi free call satu hari. Tapi itu pun, tak sempat dan tak boleh nak panaskan telinga. Mula-mula memang kecik hati, tapi bila fikir-fikir balik. Chipmunk bersyukur sangat-sangat sebab Chipmunk ada En. Barney. Bersyukur sangat-sangat yang Allah kekalkan hubungan kami sampai hari tu dan hopefully sampai akhir hayat.

Tahun ni,
First time rasa sambut birthday dengan En. Barney, setiap masa rasa macam nak menangis. Bukan sebab sedih. Tapi terharu sangat-sangat. Sambut birthday tak ada kek tak kisah. Serius tak kisah. Tapi kalau sambut birthday tak ada En. Barney yang tu memang tersangat lah kisah. En. Barney cakap nak belikan kek, sebab sambut birthday mesti ada kek. Tapi Chipmunk tak rasa macam tu pun, sebab yang penting En. Barney ada. Biarpun Chipmunk ni keras kepala, angin tu kadang-kadang tak betul. Tapi En. Barney layan jugak perangai tak betul Chipmunk ni. Thanks sangat-sangat!


p/s : First time buat entry macam ni. Segan pun ada. Lepas ni jangan ada yang kutuk Chipmunk buat entry jiwang sudah. =)

17/09/2011

♥ Sushi!


Dah lama Chipmunk teringin nak makan something ni. Masa cuti hari tu lagi. Jadi, sebab semalam cuti sempena Hari Malaysia, En. Barney pun bawa la pergi The Mines lepas solat jumaat. Motif utama adalah makan.

Semalam kitorang makan kat Sushi King. Akhirnya dapat jugak makan sushi ye. Berangan ada kat Jepun kejap. Ingat lagi masa first time pergi makan kat Sushi King dengan En. Barney. Still fresh lagi dalam kepala ni even rasa macam dah lama dah. Memang dah lama dah pun.Yang paling best Sushi King ni, green tea free! Tambah pulak En. Barney memang tak minum green tea lagi la Chipmunk suka. Dapat full control satu jug besar green tea tu. Tak payah berebut, tak payah kongsi. 

Banyak jugak yang kitorang makan semalam. Sampai rasa perut ni dah kembung dah makan banyak sangat. Sambil makan tu leka perhati pekerja Sushi King ni buat sushi. Terfikir jugak, kalau Chipmunk la kat tempat dia tu, Chipmunk buat sushi untuk diri sendiri je. Tak payah nak buat untuk orang lain. 






p/s : hari esok dah tahun baru dah! =)

16/09/2011

Mana 1 Nie??

Aku sebenarnya dalam keadaan ragu-ragu sekarang nie. Tengah fikir la cara nak berhenti rokok secara berkesan. Ada hari tu, aku dan Aran nie ada sembang pasal nak berhenti rokok. Punya lah lama planning, tapi tak jadi jugak. Haihhhh~~





Keinginan tu ada nak berhenti, tapi adalah macam-macam sebab musababnya payah nak berhenti merokok nie. Dekat sini aku ada 2 cara nak kurangkan rokok. Which one is better??




Health Cigarrette?


ATAU




Niquitin?

Jadi apa pendapat korang? Kepada sesiapa yang ada cadangan lain, AMATLAH DIALUKAN. ^^


Sumber Gambar : Google

The Smurfs yang sangat smurf!!!




Semalam.
En. Barney, Chipmunk, Cik Syikin dan Cik Elya pergi tengok cerita yang sangat smurf ni. Maksudnya, comel. Dulu masa kecik, ingat lagi. Suka tengok kartun The Smurfs ni. Pukul 4 petang kalau tak silap. Dah terpacak depan tv sambil tangan pegang remote astro nak tukar channel Cartoon Network. Gara-gara tengok benda comel warna biru ni la.


Tapi semalam bukan tengok yang kartun tahun 1980-an tu. Tapi tengok movie The Smurfs tahun 2011. Bila tengok Smurfs tu semua tengah buat preparation untuk Blue Moon, ingat balik masa kecik-kecik tengok kartun The Smurfs dengan adik. Bila dah lama tak tengok The Smurfs ni, dah lupa cerita kartun dia macam mana. Kucing Gargamel yang nama Azrael tu sangat comel walaupun jahat.

Walaupun dalam cerita ini Gargamel tu adalah watak antagonis, nampak macam Azrael yang lagi menyerlah. Dan lagi satu, bak kata Cik Elya lawak-lawak dalam cerita ni nampak macam tak menjadi. Tapi macam biasalah kan, lain orang lain pandangan. Kalau nak tau kenalah tengok la sendiri ye.

Jonathan Winters (Papa Smurf. Kartun The Smurfs dulu pun beliau adalah Papa Smurf)


 


p/s : tengok The Adventure of Tintin coming soon

14/09/2011

Setelah beberapa abad lama..


Warning: Entry penuh gambar!

Dah lama tak update blog kan? Senyap je lately ni. Precisely after raya. Before raya hari tu, even busy buat kek lapis dan biskut raya masih sempat lagi nak update hari-hari. Tapi after raya, mood nak meng-update blog dan ber-blogwalking ni agaknya dan campak masuk hutan belantara mana entah sampai nak cari balik pun tak tau kat mana.

Ok.
Daripada baca entry panjang-panjang, baik tengok gambar je kan. Ni la yang Chipmunk buat sepanjang kemalasan meng-update blog melanda ni.

AIDILFITRI 2011



Pagi raya dah kena tegur sebab duduk macam tu. 

Nenek dan Nek Aki. 

Nama saya Elias. Saya comel kan?

Ada banyak lagi gambar-gambar raya ni. Tapi malas nak letak kat blog sebab takut ada yang muntah hijau tengok gambar-gambar orang perasan comel.

JALAN-JALAN, MAIN MASAK-MASAK DAN ETC.

 Apam polkadot yang belum masak.

 Fresh keluar dari oven.




EN. TIM DAN CIK TENG-TENG







p/s : rindu la Cik teng-teng dan En. Tim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...