27/12/2013

Tanpa Mata Kedua


Skru sebelah kanan hilang jadi tangkai cermin mata longgar sebelah. Nak pakai pun rasa tak selesa. Entah bila skru tu hilang, baru kelmarin perasan. Patut lah bila pakai yang sebelah kanan asyik jatuh je. 

I ada habit suka letak cermin mata merata-rata. Lepas tu sendiri yang pening mencari. Dan satu lagi, kalau time makan yang panas-panas tangan automatik tarik cermin mata letak atas meja. Pernah sekali tertinggal cermin mata atas meja kat food court Metro Kajang. Nasib baik lah kakak kerja kat situ tolong simpan kan. Terpaksa patah balik dari UKM ke Metro Kajang semata-mata nak cari mana I letak cermin mata. Nasib baik lah time tu bukan time jammed orang balik kerja. Kalau tak, mesti kena marah dengan En. Barney. I ni kalau ada En. Barney, memang sorry lah nak pegang stereng kereta. Padahal kereta sendiri punya. Nak naik motorsikal? Lagi lah. En. Barney bawa 40 km/sejam pun dah menangis-nangis kat belakang tu suruh slow lagi. Entah apa lah yang scary sangat naik motorsikal. Eh kejap, kita cakap pasal cermin mata kan tadi?

p/s : Bila nak pergi betulkan ni? Sobs.

26 comments

12/27/2013 08:17:00 pm

hahaha relaxlah kakak. iteww pun sama

12/27/2013 08:28:00 pm

hihi kita geng empat mata :P

12/27/2013 08:28:00 pm

kena cepat pergi betulkan tu aisya.. nanti macam mana aisya nak baca novel kalau dia rosak..

12/27/2013 08:41:00 pm

kalau dah terganggu baik segera betulkan..=)

12/27/2013 10:53:00 pm

cerita 2 in 1..
hihi

Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

12/27/2013 11:08:00 pm

Pakai cermin mata rupanya.:D akak selalu lupa bila letak cermin mata.sudahnya meraba2 cari..kdg2 depan mata je..hihiii..

12/27/2013 11:29:00 pm

hahaha.. jauh melalut...

12/27/2013 11:43:00 pm

Assalamualaikum.

Ini yang buat lana nak renovate blog jugak! hahaha

Oh..mestila tak selesa kan..rasa mata pun ikut senget bila cermin nya senget juga.

hehehe, oo..chip chip takot naik motor ek..tak biasa ke? Ke sebab trauma?

Kita suka naik motor, dari kecik lagi. Tpi sejak jatuh ngan abah dua kali, terus trauma..takot2 bila naik. huhu

12/27/2013 11:50:00 pm

la dia ni ada 4 mata rupenya. haha

12/28/2013 12:27:00 am

hihi.. slow dah tu kot 40km..

Anonymous
12/28/2013 06:34:00 pm

cepat2 betulkan. nanti akan bg pressure dekat mata kalau ada rabun tapi tak pakai crmin mata :)

12/29/2013 11:19:00 pm

@Detective Fiqa

tak boleh.. byk novel nk kena baca ni. haha

12/29/2013 11:19:00 pm

@Iris Jasmine

sep sikit! haha

12/29/2013 11:20:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

uwaaa, nangis baca komen kak aiza.. haha!

12/29/2013 11:20:00 pm

@husna zahidi

itu lah.. kena tunggu driver dan banker.. haha!

12/29/2013 11:20:00 pm

@Norhasniza Khalid

hahaha!

12/29/2013 11:20:00 pm

@atien zuraidah

sama lah kak.. suka letak merata! huhu

12/29/2013 11:21:00 pm

@Pha Is

itu lah pasal! haha

12/29/2013 11:22:00 pm

@Tinta Lana

wslm.
sila lah renovate. hehe
sgt tak selesa, kejap2 kena betulkan. huhu

tak trauma pun, scary lah. rasa insecure. huhu

12/29/2013 11:22:00 pm

@syuk shusuke

sepasang je ni.. cuma ada sepasang mata artificial je ni. haha!

12/29/2013 11:23:00 pm

@Chic Na

tu la en. barney ckp dah slow dah. haha

12/29/2013 11:23:00 pm

@asha hana

almah cik misi dah bg warning.. wuwuwuwu

12/30/2013 10:15:00 am

ika spect pun letak merata ahahaha...semoga jumpa spect baru yang berjaya menambat hati ;)

12/30/2013 01:19:00 pm

sis ni jarang nak pakai cermin mata..jadi masalah tersalah letak tu jarang berlaku sebab cermin mata tu pun jarang berusik..hehe

12/31/2013 09:21:00 pm

@Affy Afiqah

haha, itu lah masalahnya..
tak g buat lagi ni.. adehhh.. huhu

12/31/2013 09:22:00 pm

@puteri kasih

haha.. sy kdg2 malas jugak nk pakai cermin mata ni sis. haha

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...