26/12/2013

Buah Embang atau Bambangan

Sebenarnya tak habis lagi sesi perkenalan kita dengan buah-buahan tempatan yang uolls mungkin pernah dengar, tak pernah tahu, atau tak pernah jumpa khususnya buah-buahan yang ada di Sarawak dan Sabah. Sebelum ni, I pernah kongsikan buah-buahan yang rata-rata komen tak pernah tahu pun iaitu :-
  1. Buah Dabai
  2. Buah Terap
  3. Buah Engkalak
Jadi kali ini, I nak story-story tentang Buah Embang pula atau nama saintifiknya Mangifera pajang. Kalau di Sabah, buah ini famous dengan nama Bambangan. Kalau tak silap melalui pembacaan I, buah ini boleh didapati hanya di Borneo especially in northern and western areas of Borneo.

Fresh dari kebun nenek.

Buah Embang atau Bambangan ini juga dikenali sebagai mangga liar (wild mango). Nak senang cerita memang satu keluarga lah dengan buah mangga dan kuini. Cuma buah ini merupakan species mangga liar yang terbesar. 


Pakcik baru balik dari kutip Buah Embang di kebun nenek. Ambik sebiji terus kupas kulitnya dan makan. Rasa Buah Embang atau Bambangan ni, rasa macam kasar-kasar dan berpasir sebab isinya berserat tapi manis. Lebih kurang macam mangga jugak lah. Tapi I lagi suka buah embang daripadan mangga. Selain daripada buahnya dimakan, pucuk embang juga boleh dijadikan sayur. Dijadikan ulam-ulaman selalunya. Kalau tengok rupa, memang sebijik macam pucuk gajus. I selalu confuse, baunya saja yang membezakan. 


Lagi kuning isinya, lagi I suka. Tak tau lah kenapa. Bila I google sikit mengenai buah embang, I dapat tau yang species ini dikelaskan sebagai rentan (vulnerable) dalam International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List of Threatened Species. Nanti suruh nenek tanam banyak-banyak lah pokok embang, bila musim buah boleh hasilkan produk berasaskan buah embang pulak. Jem misalnya. Berangan. 

sumber : INI, INI dan INI

32 comments

12/26/2013 08:18:00 pm

kalau buat juice sedap nie. huhu

12/26/2013 08:21:00 pm

Pernah makan buah tok. tapi sik berapa minat ;D hee

12/26/2013 08:51:00 pm

Wow!serius best je tgk..tak pernah makan...


usha sikit:senandung semalam

12/26/2013 09:00:00 pm

ni namanya..buah bambangan, mmg sdp hihi..

12/26/2013 09:26:00 pm

saya pernah makan ni. tapi yang dah dijeruk or something like that. tak ingat. teringin nak rasa yang fresh macam nii. :D

12/26/2013 09:34:00 pm

nampak mcm senang nak kupas drpd buah mangga.

12/26/2013 09:40:00 pm

@asha hana

bagus jugak idea tu kan. tak pernah terfikir pun. hehe

12/26/2013 09:40:00 pm

@Sally Yatiey

kmk suka juak buah tok.. hehe

12/26/2013 09:40:00 pm

@ikhwan yusuff

rasanya lebih kurang mangga jugak.. cuma lain sikit lah. :D

12/26/2013 09:41:00 pm

@sHaRiNa eLyaNa

sabahan panggil bambangan, di sarawak pulak buah embang. :)

12/26/2013 09:41:00 pm

@Iris Jasmine

tak pernah plak rasa yang jeruk.. :)

12/26/2013 09:42:00 pm

@Nurul Farahizzati

kulit buah ni jauh lg tebal dari mangga. huhu. dan lebih keras.

12/26/2013 10:36:00 pm

wahh luar dia mcm ciku, warna coklat, dalam kuning. tak pernah pulak makan mangga liar ni, mesti manis ni. susah ke nak jumpa?

12/27/2013 12:00:00 am

nampak sedaplah buah ni..:D

12/27/2013 09:03:00 am

uniknya nama..hehe first time dgr & tgk buah ni..^^

12/27/2013 11:13:00 am

unikla bntuk dlm dan luar dier...
sedap ke cik aisya?ade rase mnga ta?? heee

12/27/2013 03:33:00 pm

Buat cicah best juga ni

12/27/2013 07:21:00 pm

baru kak mia tahu..... huhuhu

12/27/2013 07:42:00 pm

Mmg xpnh try..byk lg khazanah bumi yg ayut xtahu...adehhh

12/27/2013 08:33:00 pm

boleh buat jem ke buah ni aisya? mesti sedap tu..

12/28/2013 12:34:00 am

tak pernah tengok tapi nampak macam sedap jeaaa..

12/30/2013 10:23:00 am

wahhhh nampak sedap ni, ishhh teringin nak pergi sarawak laa cari buah2 yang ika tak pernah jumpa yang ika baca dari entri2 aisya...rasa geram pula just baca tak dapat rasa T_T

cantik je dia bulat kan, kalau macam mangga bujur, ada yang bulat, tengok jenis mangga...

12/31/2013 09:42:00 pm

@Mazni Munawar

kat sini senang je bila tiba musim dia.. ciku versi bulat dan lagi besar. :)

12/31/2013 09:43:00 pm

@fatin wawa

kalau suka makan buah mangga mesti akan suka makan buah ni jugak :D

12/31/2013 09:43:00 pm

@Mime MF

rasanya semenanjung takde kot. :)

12/31/2013 09:43:00 pm

@Cik Yaya

lain sikit tapi lebih kurang :)

12/31/2013 09:43:00 pm

@Solid Planet

yummy. :)

12/31/2013 09:44:00 pm

@Mia Liana

ramai jugak yg baru tau kak. :)

12/31/2013 09:44:00 pm

@ayut

itu baru dlm malaysia, belum lagi di tempat2 lain. huhu

12/31/2013 09:45:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

tak tau lah kak. tak pernah buat pulak. hehe.

12/31/2013 09:45:00 pm

@Chic Na

cikna suka makan mangga? ha, mesti suka juga makan buah ni. hehe

12/31/2013 09:45:00 pm

@Affy Afiqah

datang sini tapi kena datang time musim buah lah.. ini jenis buah yg bermusim jugak :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...