08/12/2013

Ikan Betutu

Duduk kampung memang sangat menyeronokkan. Cuma itulah, setakat entri ni ditulis, ada hampir 300 komen yang ditinggalkan. Ini pun pinjam laptop adik kejap. Nak buat entri-entri autopublish. Mungkin minggu depan kot bertolak balik. 

Di kampung ni faham-faham je lah. Macam-macam aktiviti-aktiviti best yang I nak buat. Biasalah, orang bandar masuk kampung memang jakun sangat. Kat bandar itu tak ada, ini pun tak ada. Bila balik setahun sekali, macam ini lah gayanya. 

Last week, ada ikut Bapa dan Adik Bongsu pergi memancing. Hasilnya dapat lah beberapa ekor ikan toman, ikan keli, ikan puyu dan seekor ikan cantik yang I sangat suka. 
Ikan Betutu ataupun Oxyeleotris marmorata. MMS kat En. Barney, En. Barney kata Ayah dia panggil ikan ni Haruan Bodoh. Memang entah apa-apa lah namanya. Bapa I bagitau, harga ikan ni boleh mencecah RM30++ sekilo. Menjadi kegemaran masyarakat Cina disebabkan khasiatnya especially untuk wanita lepas bersalin. 

Disebabkan ikan ni cantik dan mahal, destinasi seterusnya adalah dalam botol kaca. Objektifnya untuk dibela. Sifat suka menimbulkan diri dalam botol kaca tu buat tangan I rasa gatal je pegang-pegang ikan ni. Cantik!

p/s : entri autopublish

28 comments

12/08/2013 10:15:00 am

aku bab2 ikan ni, aku x kenal. hahaha...

12/08/2013 11:06:00 am

err macam menggelikan :3

12/08/2013 11:08:00 am

Oh oh! Sama!Abang dengan adik Mira pun selalu mancing! Orang sini pun panggil ikan betutu! Ikan ni kalau letak sebelah batang kayu, confirm! Konfius yg mana satu ikan .. haha ..

xD Wahh!Mahal juka ek harga dia! =)
Nice fish! -.- ' =D

12/08/2013 01:40:00 pm

spesis ikan haruan nie..:)

12/08/2013 02:37:00 pm

kat tempat saya dipanggil ikan ubi.. hehe.. orang cina mmg suka ikan ni.. :D

12/08/2013 03:39:00 pm

Wah..memancing,,akak x pernah pergi memancing

Anonymous
12/08/2013 04:33:00 pm

ikan betutu nie sedap. nak2 makan masak asam. perghhh ! huhu tp paling fav ikan keli. ada lagi tak? bg hana skit. hhehe

12/08/2013 06:11:00 pm

Salam.

Satu ikan, tpi mcm2 nama org tempatan bagi kan,hehe

#300 lgi yg belum publish? Banyak beno,hehehe

12/08/2013 07:15:00 pm

macam ikan apa tu ekk corak dia errr alaaa lupa nama ikan tu...haaaa ikan kerapu huhuhu
macam ikan kerapu warna dan coraknya... :)

ikan haruan pasir ika tahu, abah pernah tunjuk masa memancing, haruan bod*h ni first time ika tengok hukhuk

best kan bila dapat lakukan aktiviti kampung, macam ika ni kampung mama pun kat bandar, kampung abah pun sama..jadi macam tak best even kalau balik kampung sekalipun...sob

12/08/2013 10:14:00 pm

Eeee kedak ular ehh gellii X(

12/09/2013 09:16:00 am

teringat projek tahun akhir akak berkenaan ikan ini.. hodoh tapi sedap rasanya..

12/09/2013 10:49:00 am

ikan betutu?..
huhu mcm2 nama ^,^

12/09/2013 03:11:00 pm

oh haruannn...kalau nama spesifik tu adoii langsung xtahu..hee

12/10/2013 10:34:00 am

hehe..tak pernah pula akak nampak ikan nih..;)

12/15/2013 09:58:00 pm

@aswadz

sama! haha

12/15/2013 09:58:00 pm

@AINA ZAIRULNIZAM

comel ape. haha!

12/15/2013 09:58:00 pm

@Am_Mir

cantik ikan ni. mcm ular pun ade. hehe

12/15/2013 09:59:00 pm

@Normi Nieza

iye? tak tau lah. kalau ikan sungai ni tak tau sgt. hehe

12/15/2013 09:59:00 pm

@fatin wawa

ikan ubi? kenapa panggil ikan ubi pulak? hehe

12/15/2013 10:00:00 pm

@atien zuraidah

syok memancing ni. lagi2 kalau ada hasilnya. hehe

12/15/2013 10:01:00 pm

@Tinta Lana

betul2.. sama lah macam buah, kuih dan mcm2 lagi lah..

dah kurang dah. tp ada lah 200 lagi. haha!

12/15/2013 10:01:00 pm

@asha hana

waaa, yeke? tak pernah plak makan..

12/15/2013 10:03:00 pm

@Affy Afiqah

haruan pasir tu macam mana plak ika? hehe

agak rugi jugak sebenarnya tak dapat rasa suasana kampung tu. seronok cuma susah sikit lah. kalau jenis yg dah biasa dgn modern lifestyle tu mungkin susah sikit nak adapt kot. :)

12/15/2013 10:03:00 pm

@Vee Lea

kedak ular sawa. kacak lah. hehehe

12/15/2013 10:03:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

yeke kak? akak buat pasal apa? hehe

12/15/2013 10:04:00 pm

@Cik Yaya

tau takpe. hehe

12/15/2013 10:04:00 pm

@azizah :)

nama saintifik tu org2 ilmiah je yg suka guna kak. hehe

12/15/2013 10:05:00 pm

@IbuNoey

sy dgr mcm susah nak dapat ikan ni kak.. :D

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...