02/12/2013

Buah Engkalak

Rujuk entri INI

Alkisahnya pada hari itu, I masuk dapur terus Mak cakap "Ada hazelnut atas meja, bawah tudung saji." Bila buka tudung saji, nampak pulak yang ini. Buat muka hairan terus cakap, "Ini rupanya Hazelnut Mak." Entah dari mana lah datangnya perkataan hazelnut tu. Ni mesti Mak terbawa-bawa cerita novel yang dibaca sampai ini pun jadi hazelnut. 









Bila letak gambar ni untuk entri Wordless Wednesday ada macam-macam jawapan yang I terima. Masing-masing nak teka apa sebenarnya yang dalam gambar tu. Baca komen, scroll atas tengok balik gambar.

Sebenarnya ini adalah Buah Engkalak atau nama saintifiknya Litsea garciae. Gambar kat atas tu sebenarnya buah engkalak di dalam mangkuk yang mengandungi air panas. Siap sedia untuk dimakan. 

Ehsan Pakcik Google

Ini rupa sebenar buah engkalak. I baca kat SINI, rasanya macam buah avocado. Yang ni I tak tau lah sebab tak pernah rasa pun avocado. Dan ada yang memanggil buah engkalak sebagai pink avocado. Buah engkalak sangat sedap. Bapa I kalau bagi satu basket macam dalam gambar tu pun habis dia makan sorang. Tak perlu dah lauk lain. Itu saja pun boleh tambah nasi sampai 4-5 kali. Jangan tanya rasanya macam mana. I pun tak tau sangat nak describe macam mana. Rasa macam unik sikit dan berlemak. Macam creamy gitu. Tapi memang sedap lah. 

Nak makan buah engkalak ni prosesnya macam buah dabai jugak. Letak dalam mangkuk, tuang air panas ke dalam mangkuk tersebut dan tunggu isinya jadi lembut dalam 5 hingga 10 minit macam tu. Bila isinya dah lembut, air panas tu dah tak diperlukan lagi. Tabur sedikit garam dan sedia untuk dimakan. Makan panas-panas, lagi sedap! 

p/s : entri autopublish


46 comments

12/02/2013 08:58:00 am

Yg ni pun x pernah dengar..hehee

12/02/2013 09:15:00 am

kalau dekat kampung sy..panggil buah Bengkelaban hehee bahasa kaum Bajau :)

12/02/2013 09:17:00 am

salam cik aisya.... =)

owh..tu la..memula ingt telo..telo burung puyuh tu..kan lbh kurng je..hehe tp buah rupanya..^,^

12/02/2013 10:00:00 am

macam sedap je, mana beli buah ni ?
kih3

12/02/2013 10:32:00 am

kalau lemak creamy , sahih . rasa avocado . deeya first taim ah tau pasal buah engkalak nihh , taktahu pulak ada :D

12/02/2013 01:08:00 pm

Nyaman buah tok.. ;D

12/02/2013 01:28:00 pm

first time tgk buah engkalak. hehe. kne try ni. mane eh nk cari buah ni?

12/02/2013 01:31:00 pm

Haha.Tak pernah jumpa lagi buah ni.Tapi seyes nampak macam telur 0_o
New Entri : 2000 Followers !

12/02/2013 02:13:00 pm

makan dengan nasi ke buah ni aisya? mesti sedap rasanya kan..

12/02/2013 05:22:00 pm

ayie baru tau nama buah tu aisya...terima kasih berkongsi pengetahuan.. :D

12/02/2013 06:01:00 pm

buah engkalak?? first time dengar. huhu

12/02/2013 07:02:00 pm

kmk sik pndai makan huhuh..

12/02/2013 08:28:00 pm

kesimpulannya syuk tak pernah tengok buah berkenaan. hehe :D

12/02/2013 09:21:00 pm

sally ingat telur puyuh -_-'

12/02/2013 10:25:00 pm

gambar first tu, mcm buah rambai.. zizie xpernah makan buah avocado.. guna shampoo avocado, adala.. takkan nak gi rasa pulakkan.. ekeke..

12/02/2013 11:22:00 pm

Engkalak? Dabai? Alahai, buah apa tu? Satu pun tak pernah dengar, T_T

12/03/2013 10:19:00 am

Oh so kira buah ni boleh makan dgn nasi ke? Huhu menarik2...

12/03/2013 12:17:00 pm

subhanallah, banyak lagi rupanya buah yang ika tak pernah tahu tapi wujud huhu
tak sangka, tahu tak ika ingat tu apa? sort of eggs something miahahaha

12/03/2013 01:12:00 pm

ponn xpernah tengok gak..

12/03/2013 04:03:00 pm

buah pelik2 ni dapat kat mana dear?
cm tak pernah dengar je kat semenanjung

12/04/2013 08:46:00 am

macam-macam jenis buah ada...terima kasih berkongsi

12/06/2013 11:57:00 pm

ohh kulit dia warna pink yer..yang dalam mangkuk tu dah dikupas atau letak air panas dia tukar kaler?

12/14/2013 08:59:00 pm

@atien zuraidah

local fruit ni kak. tp kat sini lah. belah semenanjung sana tak tau ada tak. :)

12/14/2013 09:00:00 pm

@Cik Itah@RRP

ye? belajar bahasa baru ni. hehe

12/14/2013 09:06:00 pm

@Cik Yaya

klau telur puyuh kecik je cik yaya.. yg ni besar jugak lah.. besar bola golf mcm tu. :)

12/14/2013 09:06:00 pm

@Atish Hashim

buah ni bermusim.. dah nak habis dah musimnya kot. :)

12/14/2013 09:11:00 pm

@Super Girl

ye? avocado pun rasanya mcm tu ye? :)

12/14/2013 09:15:00 pm

@Sally Yatiey

fav kmk juak tok.. hehe..

12/14/2013 09:16:00 pm

@mysarah.

ada musimnya.. mcm buah durian jugak.. tp kalau kat sarawak senang lah jumpa time musim buah ni. kat semenanjung tak sure lah ada tak. :)

12/14/2013 09:18:00 pm

@Adam Faiz

itu la sy tgk balik gambar.. ada la skit nmpk mcm telur. hehe

12/14/2013 09:19:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

yup.. sedap kak.. hehe

12/14/2013 09:20:00 pm

@Ayie Abas

sama2. :)

12/14/2013 09:20:00 pm

@asha hana

ramai yg baru tau.. hehe

12/14/2013 09:21:00 pm

@Aefa Aerisya

kenak? rugi eh. huhuh

12/14/2013 09:21:00 pm

@syuk shusuke

ramai je yg mempunyai kesimpulan yg sama dgn syuk. hehe

12/14/2013 09:22:00 pm

@Sally Samsaiman

tgk gmbr sekali tgk mcm telur puyuh pun ada.. baru perasan. hehe

12/14/2013 09:22:00 pm

@Nurul Farahizzati

kalau zizie nak rasa pun boleh jugak.. cuma tak jamin selamat atau tak je. haha

12/14/2013 09:23:00 pm

@wanariahamiza

kena dtg sarawak lah kalau mcm tu wan.. time musim buah.. mesti jumpa buah2 ni.. :)

12/14/2013 09:23:00 pm

@Mime MF

yup2.. sedap.. makan dgn nasi panas2.. :)

12/14/2013 09:24:00 pm

@Affy Afiqah

mcm telur puyuh tapi mcm bukan? hehehe

12/14/2013 09:27:00 pm

@azizah :)

kak jijah ada kat sabah senang nak jumpa buah2 ni.. nanti kak jijah cari lah.. boleh rasa.. hehe

12/14/2013 09:28:00 pm

@Liza Licha

buah2 pelik ni semua ada kt sarawak.. hehe

12/14/2013 09:28:00 pm

@Faizal Mohamad Twon Tawi

sama2. :)

12/14/2013 09:29:00 pm

@puteri kasih

yg tu sebab buah tu dah masak sis.. bila masa, buah tu agak mengembang sikit. :)

12/26/2013 09:13:00 pm

nyamannnn!! :D

12/26/2013 09:54:00 pm

@Iris Jasmine

yummy! :D

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...