29/12/2013

Tanpa Mata Kedua Part II : Amblyopia

Tadi baru sempat nak pergi kedai optik, nak tanya pasal cermin mata I yang tangkainya longgar sebelah tu (Rujuk entri INI). Dukacita dimaklumkan bahawa skru tu patah di dalam dan tak boleh nak repair dah. Kena buat baru. Pakai cermin mata since Form 1 lagi dan dalam banyak-banyak, yang ini lah paling selesa dipakai. I kalau nak pilih cermin mata punya lah cerewet. Takmau yang macam ni, taknak yang begitu. Kadang-kadang rasa macam nak custom je biar semua ikut apa yang I nak. Boleh?


I sebenarnya ada Lazy Eye Syndrome ataupun term lain Amblyopia. Mata I sebelah kiri normal, yang rabun hanya mata sebelah kanan je. 

Amblyopia - eye disorder characterized by an impaired vision in an eye that otherwise appears normal, or out of proportion to associated structural abnormalities of the eye. (Sumber : INI)
Antara simptom-simptom Amblyopia adalah :-
  • Penglihatan kabur
  • Penglihatan berganda (double vision)
  • Kesukaran dalam menganggar jarak/kedalaman
  • Kedua-dua mata tidak berfungsi secara serentak. Nak explain secara ringkas, sebelah mata tu kerja lebih sikit lah dari yang sebelah lagi. 
  • Juling

Dari pembacaan I lah kan, ada dua kaedah dalam merawat Amblyopia atau Lazy Eye Syndrome ni. Yang pertama, rawatan asas masalah mata. Contohnya pakai cermin mata lah. Yang ini setiap kali I buat cermin mata baru mesti optician akan pesan, kena pakai cermin mata untuk betulkan Lazy Eye tapi I ni dengan lazy nya nak pakai cermin mata. Haish, geleng kepala. Yang kedua pula, getting the lazy eye to work. Contohnya jadi macam lanun tutup sebelah mata. Mata yang normal tu ditutup, jadi mata yang malas itu nak tak nak kena menjalankan fungsinya untuk melihat. Yang paling menarik minat I adalah permainan Tetris membantu dalam merawat Amblyopia menurut para penyelidik McGill University Health Centre, Canada di dalam jurnal Current Biology isu April 2013. Bagus jugak I google pasal benda ni, boleh install game Tetris lepas ni. Hiks


Nak cari cermin mata yang begini lah. Style apa. Meow! 

p/s : Perlu cepat-cepat buat cermin mata baru. Banyak lagi novel yang menunggu. Sobs

Sumber : INI





32 comments

12/29/2013 09:53:00 pm

sis memang malas nak pakai cermin mata, kadang-kadang rasa membazir je buat cermin mata tu sebab memang jarang pakai pun..dah jadi macam perhiasan atas meja je..hehe

p/s baru sis tau ada lazy eye syndrome ni

12/29/2013 09:54:00 pm

sis sukalah cermin mata tu..nampak sangat classic :)

12/29/2013 10:13:00 pm

licha power both sides tak sama :) cm lazy eye jgk la

12/29/2013 10:29:00 pm

oh.. bahaya ni.. xpakai spek xleh drive.. susah nk agak jarak kan..

12/29/2013 10:44:00 pm

@puteri kasih

sama lah sis.. tapi ingat balik pernah kena marah dgn optician sebab ckp tak suka pakai cermin mata, panjang lebar hujah dia. haha!

kan, Saloma alaf baru gitu. hiks

12/29/2013 10:45:00 pm

@Liza Licha

sy pulak sebelah je, sebelah lagi pulak normal. hehe

12/29/2013 10:45:00 pm

@Chic Na

alhamdulillah takde pulak yg mcm tu cikna. huhu

Anonymous
12/29/2013 10:50:00 pm

cepat2 buat baru. kita kalau ada rabun kena pakai spec. kalau tak mata akan jadi lebih teruk :)

12/29/2013 11:06:00 pm

cepat cepat buat spec baru hihihi

12/29/2013 11:07:00 pm

kesian nanti novel tu T_T huhuhu

12/29/2013 11:13:00 pm

@asha hana

uwaaa.. scaryyy.. T_T

12/29/2013 11:14:00 pm

@Akeyla Azmi

ala, boleh pakai lagi ni sementara buat spec baru.. cuma tak selesa sikit.. *ayat sedapkan hati sendiri*
haha!

12/30/2013 03:49:00 am

Ramai orang terconfuse antara amblyopia dengan strabismus. Strabismus tu maksudnya juling, yang ni pulak 2-2 belah mata tak sama power.

Biasa masalah ni budak kecik yang dapat. Boleh treat macam awak tulisla tutup mata yang normal supaya kita paksa otak kita guna mata yang kurang power tu.

Satu lagi pakai atropine drops. Boleh tahan seminggu gak effect dia.

12/30/2013 06:45:00 am

SB guna jugak cermin mata sebab silau..tapi tak mo guna bila time baking kek..kacau je rasanya..

12/30/2013 08:21:00 am

Akak pun ada cermin mata...tapi kadang malas nak pakai...huhu...

12/30/2013 09:53:00 am

ika so far rabun jauh n silau yang amat teruk...other than that ok je...
tapi sama macam aisya, tak suka pakai spect juga, malas ahahaha
bila membaca je, hadap laptop bagaii sume spect diketepikan..tu juga punca kenapa ika sakit kepala berterusan sebab problem dari mata T_T

jaga mata leklok ya aisya, banyak buku2 yang menanti tu :)

12/30/2013 10:27:00 am

Ros pun kena buat cermin mata.. before ni tak pernah pakai.. tapi , baru baru ni kepala ni asyik sakit.. bila check mata, rupanya mata Ros silau teruk teruk..

12/30/2013 11:09:00 am

salam cik aisya..

owh..bole jga mcm tu ye..sebelh je rabun..cam yaya 2-2 rabun tp sebelh lagi kuat sikit rabunnye...huhu..

apapun kena jugak pakai spec...lau x mmg pyh skit..

12/30/2013 05:36:00 pm

cantik..:)

12/30/2013 06:57:00 pm

Kena buat cepat2..banyak novel menunggu tu.. ;)

12/30/2013 11:11:00 pm

@Arham Md Ali

ade jugak terbaca tu.. kalau guna drops tu apa effect dia?

:)

12/30/2013 11:14:00 pm

@Sue Bee

mmg pun. rasa terganggu. huhu

12/30/2013 11:15:00 pm

@Mardiah Diana

mmg pun.. rasa malas nk guna tu. huhu

12/30/2013 11:16:00 pm

@Affy Afiqah

ika pun sama jugak.. rajin kan diri pakai spec. hehe

12/30/2013 11:17:00 pm

@ros_reeza

susah jugak tu. dah pergi buat belum?

12/30/2013 11:17:00 pm

@Cik Yaya

sy tak berapa teruk sgt jadi kalau tak pakai still nampak lagi.. cuma pening lah. huhu

12/30/2013 11:17:00 pm

@Normi Nieza

:)

12/30/2013 11:18:00 pm

@LiLy @ MaMaQiStInA

ha, itu lah kak.. hehe
kena cepat2 ni.

12/31/2013 01:03:00 am

first time akak dengar istilah tu aisya.. lepas ni kena main permainan tetris tu untuk pulihkan mata..

12/31/2013 05:01:00 pm

1st time dgr lazy eyes syndrome..huhu mata saya rabun keduanya..so bukan amblyopia la ye..ngee:)

12/31/2013 09:16:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

itu lah kak. hehe

12/31/2013 09:17:00 pm

@Mime MF

kalau menurut komen Arham kat atas tu, rabun dua mata tp tak sama power pun amblyopia jugak. huhu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...