19/11/2013

Pekan Bekenu dan Buah Terap

Pagi tadi seawal jam 7 pagi, mak bagitau nak pergi ke Pekan Bekenu. Memandangkan sekarang ni cuti sekolah, Mak, Bapa dan adik-adik semua dah cuti, jadi saja lah Bapa bawa jalan-jalan cuci mata jauh sikit. Siap-siap, masuk kereta dan singgah rumah nenek dulu. Nak ajak nenek pergi sekali. 

Ada apa di Pekan Bekenu? Kalau musim buah, Bapa memang suka ajak ke sini. Semuanya fresh. Nak cari kat Bandar Miri memang jangan harap lah, konkrit semata-mata. Harga pun lebih mahal. Pekan Bekenu agak jauh sedikit dari Bandar Miri. Dalam sejam kot, tapi macam tak sampai je. 

Memandangkan dah nak musim buah sekarang ni, Bapa ajak lah tengok kalau ada apa-apa yang menarik di Pekan Bekenu. Tapi tadi tak ada apa sangat pun. Buah Dabai still mahal lagi. Dalam RM25 sekilo. Dengar-dengar di Sarikei, Buah Dabai RM6 je per kg. Durian pun dah ada cuma biasalah awal-awal ni mahal lagi dan tak banyak. Yang kat tempat Nenek tanya tadi dalam RM 8 per kg. Tu pun ada dua biji je. Tak gigih nak pergi tempat orang jual durian. Kejap lagi ada jugak I pengsan. Bau durian adalah musuh ketat. Pernah mabuk bau durian sampai sehari semalam tak bangun dari katil. 

 Buah terap yang belum masak.

Cuma beli buah terap sebiji dengan harga RM5. Buah terap ni sama macam buah durian. Baunya sangat kuat! Tapi bagi I, bau buah terap ni lebih wangi. Buah durian pulak lebih memeningkan. Tapi ada jugak orang yang tak boleh tahan dengan bau buah terap. Macam I alergik dengan bau durian jugak lah. 


Tengok gambar ni masih terasa lagi kemanisan buah terap tadi. Dah selamat dimakan oleh rakyat-rakyat jelata. Lemak, manis dan juicy. Yummy. 


On the way tadi, pandang luar jendela nampak banyak pokok terap dan pokok durian yang sarat dengan buah. Menunggu masa nak gugur. 

Oh ya, dah alang-alang bercerita ni I nak promote sikit lah. Mari Melawat Miri kononnya. Kalau uolls datang Miri, singgah lah ke Bekenu. Time musim buah paling best. Fresh dan lebih murah. Dan kalau uolls ke Bekenu, tempat wajib lawat adalah Pantai Bungai. I dah lama tak ke Pantai Bungai, tak ingat dah last pergi bila. Tapi Pantai Bungai memang terkenal dengan keindahannya. Tadi ada jugak ternampak signboard homestay di sana. Nak lari daripada hiruk pikuk kota, ini lah tempat yang paling sesuai!


Nak tau lebih lanjut mengenai Pantai Bungai ni boleh klik gambar di atas. I dah link entri tuan punya gambar tentang Pantai Bungai. Cerita sedikit sebanyak tentang Pantai Bungai dan lebih banyak gambar!

p/s : On the way balik sempat singgah kebun nenek. Petik segenggam buah favourite I. Buah apa tunggu entri seterusnya. Hiks. 

28 comments

11/19/2013 08:30:00 pm

macam buah chempedak di luar pagar ambil galah tolong jolokkan jaa....

11/19/2013 08:39:00 pm

Lmk sik pergi ke Pantai Bungai ya.. hee

11/20/2013 08:57:00 am

Buah terap..? mcm nangka ke..?

11/20/2013 10:04:00 am

macam buah cempedak pula rupa buah terap tu.. nampak sedap.. yummy..

11/20/2013 10:47:00 am

mcm pernah mkn je buah terap tu.. :)

cantik pantai di bekenu...mengadap laut china selatan mesti angin kuat kan..aisya :)

11/20/2013 10:48:00 am

x pernah tgk, apatah lg rasa buah terap. bila tgk isi nyer, mcm buah nangka versi albino pun ada.

11/20/2013 01:51:00 pm

oh mabuk durian ea? hana hantu durian. hehe buah terap? mcm buah cmpedak. frst time dengar. dekat melaka ibu hana kata jarang jumpa. :)

11/20/2013 02:37:00 pm

alahai,dik..sedapnya buah terap tu..masa mengandungkan AniqFiras, bapa akak siap poskan ke KL lagi sebab akak ngidam nak makan buah terap..

11/20/2013 02:57:00 pm

masa sis kecik..memang tak tahan dengan bau durian..rasa nak pengsan je tapi sekarang pantang nampak orang jual durian..mesti nak beli..haha

11/20/2013 03:20:00 pm

nyum3..
nmpk sedap je buah tu

11/20/2013 10:43:00 pm

macam buah nangka n cempedak laa, cuma dalam gambar ni warnanya tak sekuning buah nangka or cempedak...

11/21/2013 07:46:00 am

sedapnye buah terap..buah fav akak ni...sebiji tu pun boleh abiskan seorang2...balik kg raya hari tu memang puas2 makan buah terap ni..sebab kat sini takde jualkan...

11/21/2013 08:34:00 pm

@Montana

macam je tapi yg pasti bukan. hehe

11/21/2013 08:34:00 pm

@Sally Yatiey

sama lah. kmk dolok pergi sekali 2 jak kah..

11/21/2013 08:35:00 pm

@Sally Samsaiman

nak kata macam nangka tak jugak.. isinya juicy2 mcm buah nangka dan cempedak.. tapi lebih kecik dan warna putih.

11/21/2013 08:35:00 pm

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

ramai yg kata mcm tu. hehe

11/21/2013 08:36:00 pm

@Ayie Abas

kalau biasa2 je tak jugak tapi kalau mmg time angin kuat tu.. kena hati2 lah.. huhu

11/21/2013 08:37:00 pm

@aswadz

haha.. dan lebih kecik..

11/21/2013 08:38:00 pm

@asha hana

kat sini kalau dah musim dia. mmg tak mampu nak pandang langsung lah.. dah muak makan.. hehe

11/21/2013 08:38:00 pm

@IbuNoey

mesti wangi je buah terap tu dalam bungkusan pos. hehe

11/21/2013 08:39:00 pm

@puteri kasih

terbalik lah kita sis. hehe

11/21/2013 08:39:00 pm

@Cik Yaya

sedap. tapi takleh nak makan byk sgt. hehe

11/21/2013 08:39:00 pm

@Affy Afiqah

bezanya dari segi warna dan saiz yg lebih kecik. :)

11/21/2013 08:40:00 pm

@LiLy @ MaMaQiStInA

dahsyat lah akak.. hehe.. sy makan satu ulas dua dah lah.. hehe

tu la kak, tak pernah jugak nampak kat sana..

11/21/2013 11:55:00 pm

macam cempedakk je

11/24/2013 01:44:00 am

@azizah :)

yg pasti bukan. hehe

12/01/2013 09:57:00 am

wahhhhhhh hm takpernah rasa lagi hehe

1/01/2014 01:27:00 pm

@Akeyla Azmi

sedap2.. manis, berlemak. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...