16/11/2013

Positif

Ini bukannya cakap-cakap tentang cas positif atau cas negatif yang kita belajar kat sekolah. Tapi lebih kepada diri sendiri sebenarnya. Terlebih dahulu, menghulur sepuluh jari memohon ampun sekiranya ada yang terkecil hati dengan apa yang telah ditaip oleh jejari gemuk dalam ruangan entri kali ini. Ini sebenarnya peringatan untuk diri sendiri juga. Refleksi diri. 

Kalau dilihat komen-komen yang ditinggalkan. Tak kisah lah dimana-mana sekalipun. Komen-komen negatif pasti tidak ketinggalan. Maksudnya di sini, bagaimana anda mentafsir sesuatu kejadian tersebut. 

Paling senang, I bagi contoh. Entri mengenai Ippo the Zonkey yang I buat tempoh hari. Ada yang meninggalkan komen yang membawa maksud "ini sebenarnya hasil daripada kerja-kerja dalam makmal" tanpa membaca terlebih dahulu kisah yang sebenarnya. Cuba rujuk kembali sumber yang disertakan. Kejadian Ippo ini boleh dikatakan sebagai suatu fenomena semulajadi tanpa melibatkan sebarang mikroskop, mikropipet dan apa-apa peralatan makmal yang lain. Hendak menghasilkan species haiwan hybrid seperti ini tidak semudah yang difikirkan. Suntik sana, suntik sini dan satu species haiwan hybrid telah berjaya dihasilkan. Bukan. Proses yang sangat complicated dan memerlukan bertahun-tahun penyelidikan. Itu pun belum tentu outputnya memberangsangkan.


Sebab itu orang selalu pesan. Jangan terus membuat kesimpulan sebelum diselidik terlebih dahulu puncanya. Bagaimana sesuatu kejadian itu berlaku dan apa sebabnya. Sama macam First Impression yang Blogger Sally sentuh tempoh hari. Kat sini lah perlunya bersangka baik. Positifkan diri anda. Jangan hanya memandang sesuatu itu dari sudut yang negatif sahaja dan jangan hanya menilai sesuatu hanya berdasarkan apa yang dilihat semata-mata.

Itu baru satu contoh. 

Dalam entri Ikan Misteri pagi tadi. Tak perlu rasanya kita kaitkan penemuan sebegini dengan bencana atau musibah yang bakal datang. Siapa kita untuk meramal apa yang akan berlaku? Yang perlu kita lakukan adalah bersiap sedia dan melengkapkan diri untuk menempuhi apa jua yang akan terjadi di masa akan datang. Be a better Muslim. 


Berbalik semula kepada topik asal. Positifkan diri, bersangka baik dan selidik terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tafsiran dan penilaian. Tahu tak sesungguhnya bumi Malaysia khususnya Kepulauan Borneo sangat kaya dengan biodiversiti? Masih banyak lagi species yang belum ditemui dan ini menarik minat dan perhatian expert dari luar negara. Penemuan species-species yang kita anggap ganjil seperti ini mungkin ada kaitannya dengan ketidakseimbangan ekologi yang memaksa haiwan seperti ini keluar dari tempat persembunyiannya. Mencari habitat lain bagi memastikan kemandirian species. Mana kita tahu kan? Hanya yang expert sahaja yang boleh menjawab soalan-soalan begini.

Jangan biarkan aura negatif membelenggu diri. Aura negatif hanya akan menjatuhkan. Sebaliknya cuba untuk lebih berfikiran positif supaya diri akan lebih maju ke hadapan. Diri yang positif automatik lebih mudah untuk bersangka baik lebih-lebih lagi sesama manusia. Seterusnya menjadikan kita sebagai insan yang lebih baik. InsyaAllah. 

Ehsan Pakcik Google

Tak pasal-pasal nanti tak ada pulak yang nak tinggalkan komen kat blog I kan. Kurang senang sikit 'negative thoughts' ni. Sebab taknak diri sendiri pun terpengaruh sekali. Apa-apapun, positifkan diri, gembirakan hati. Hiks

p/s : Pernah bagitau Blogger Lana dalam entri dia yang INI. I prefer share something yang happy-happy (positif). Sebab nak uolls tumpang happy sekali. Tapi I taknak share something yang sedih-sedih (negatif) sebab I taknak uolls pun tumpang sedih sekali.

21 comments

11/16/2013 08:39:00 pm

terima kasih di atas teguran ini aisya.. kadang kala tu tanpa akak sedari, akak pun berfikiran dan menulis sesuatu yang negatif ketika komen entri rakan-rakan blogger..

11/17/2013 12:19:00 am

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

sama lah kak. huhu. mmg kadang2 tu ada jugak ternegatif.. cuba avoid sesuatu yg negatif supaya diri tak terpengaruh. paling2 pun biarlah bersifat neutral. :)

11/17/2013 12:42:00 am

Yo..!! Mizz Aiza. lama saya tak singgah sini. =P hehe

Exam dah habis
http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/11/exam-dah-habis.html

11/17/2013 01:33:00 am

Alamak.. Hehe. Tu lah, kita sentiasa didahului dengan pemikiran yang negatif. Macam mana eh nak cuba jadi positif? kadang-kadang dah 'terbiasa'.

11/17/2013 04:28:00 am

Stay positive >.<

11/17/2013 11:02:00 am

itula..kadang2 kita nmpak yg buruk je..xsedar sbnarnye kabaikan dia lagi byk dari keburukan yg dipamerkan..

11/17/2013 12:27:00 pm

Btul tu,,kdg2 x bole percaya juga apa yg kita lihat sedangkan kita sendiri x tau kisah di sebaliknya..think pos+ :))

11/17/2013 01:54:00 pm

terima kasih mengingatkan..kadang-kadang sis pun ternegatifkan entri dan juga ternegatifkan komen antara sedar atau tidak..kena perbaiki lepas ni :)

11/17/2013 02:26:00 pm

tu la..sentiasa fikirkan yg positif..mood kita kita pon akan jadi positif..lau kita fikir yg xbaik,mmg akn selalu moody je..huuu

11/17/2013 07:25:00 pm

betul tu.. kita xle nk buat kesimpulan sewenang2an tnp usul periksa.. cuba pikir positif

11/18/2013 11:41:00 pm

bagus entri ni aisya, sekurang2nya boleh beri kesedaran kepada ramai blogger lain, kesedaran kepada diri sendiri juga.

cuba positifkan apa yang kita kongsikan, apa yang kita komen di entri blogger lain dan positifkan pemikiran kita juga :)

11/20/2013 10:08:00 pm

Assalamualaikum.

Lana dah terlepas banyak entri..tapi still boleh tangkap maksud entri ini.

Ada waktu, lana pun bersikap n berfikir scra ngtif juga..sukar nak kikis secra total, tapi kita boleh buat, buang skit2 :)

Kita faham aisya..kdg2, kalau kita bercakap berdepan pun, penerima boleh slh fhm apa yg kita cuba smpaikan. Inikan menulis dan menaip diblog yg terhad ruangnya.. ^_^

Yg baca mungkin faham. Yg nak cept, mungkin terlepas pndg. Yg positif, sdya upaya dia share ilmunya.. yg negatif pula, dgn sikap membuta tuli. hehe.

Last2, sabo je la ya,hehe

11/21/2013 02:17:00 am

@wanariahamiza

perkataan 'terbiasa' tu lah yg menjadi racun dalam diri sebenarnya. cuba fikir persepsi 'terbiasa' tu dulu.. insyaAllah kita boleh! :)

11/21/2013 02:17:00 am

@Putery FarHaNa

yup! :)

11/21/2013 02:18:00 am

@Cik Mun

kdg2 berkaitan dgn 1st impression jugak.. tp itu lah, kena selidik dulu.. betulkan balik tanggapan kita tu.. :)

11/21/2013 02:18:00 am

@atien zuraidah

kena biasakan berfikiran positif.. insyaAllah lama2 boleh lah.. :)

11/21/2013 02:19:00 am

@puteri kasih

sama lah sis.. sama2 lah kita perbaiki diri.. buang aura2 negatif.. hehe

11/21/2013 02:19:00 am

@Cik Yaya

yeay, betul tu! hehe

11/21/2013 02:20:00 am

@Affy Afiqah

saling mengingatkan antara satu sama lain.. itu lah yg sebaiknya.. utk diri sendiri dan org lain juga. :)

11/21/2013 02:20:00 am

@Tinta Lana

wslm..

kita boleh sebenarnya.. cuma kena latih diri..

p/s : suka konklusinya.. haha!

11/21/2013 02:21:00 am

@azizah :)

yup2.. senang kata, jgn cepat melatah.. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...