Hampir terlupa ada lagi soalan-soalan Liebster Award yang Iolls tak jawab lagi. I memang seronok pun menjawab soalan-soalan begini. Ha, tag lah lagi. Sila sila. Soalan-soalan yang memang kacang putih kacang tanah kacang gajus semuanya lagi Iolls suka. Nak bagi Iolls jawab soalan Add Math pun sila-sila. Memang subjek favourite Iolls masa sekolah dulu Add Math tu. Ehem, bohong je semua ini. Tapi part Add Math tu betul lah.
1) Berapa umur korang ketika korang menulis entry ini?
Eh, tak tau ke yang Iolls ni forever Sweet 17? Ingat Peter Pan je yang tak pandai dewasa? Chipmunk Pan pun sama jugak. Cuma musykil, last-last nanti jangan jadi Frying Pan sudah lah.
2) Kalau diberi peluang menjadi menteri (selain PM) portfolio menteri mana yang korang berminat?
Macam soalan essay 20 markah je ni. Kalau dilihat pada sejarah penglibatan Iolls masa kat UKM, yang paling sesuai Kebudayaan lah kot. Sebab Iolls ni gila pentas sikit. Balik-balik muka dia je yang join tarian kolej bertahun-tahun.
3) Kalau diberi bakat berlakon atau menyanyi, yang mana satu korang akan kejar?
Berlakon dan menyanyi? Dua-dua tak mahu. Tapi kalau ada choice untuk kerja-kerja belakang tabir sila lah bagi kat Iolls ye. Masa zaman UKM boleh kira aktif jugak lah jadi orang belakang tabir untuk produksi teater. Cuma tak boleh lawan En. Barney lah. Presiden Kelab Teater tu. Iolls Naib Presiden Kelab Tarian je mampu. Nampak sangat perempuan ni tak nak kalah.
4) Pasangan ajak date, Karaoke atau Movies?
Dua-dua on saja. Tapi prefer movies kot. Ada cerita baru yang best sikit memang nampak lah muka I dan En. Barney pergi tengok wayang.
5) Selain daripada blog, media social apa lagi yang korang suka guna?
Facebook dan Twitter dah kelaut. Jadi buat masa sekarang, Instagram lah bermaharajalela. Nak follow? Boleh follow Instagram Iolls di SINI. Promote IG sendiri kejap.
6) Tempat luar negara yang paling best korang pernah pergi?
Tak pernah pergi luar negara pun. Biarpun Brunei tu cuma dua tiga empat langkah kereta je dari rumah Iolls tapi jejak kaki pun tak pernah. Oh, sempadan Indonesia pernah lah. Memborong sakan. Kaching!
7) Pernah tak menyesal buat sesuatu?
Manusia mana yang tak pernah menyesal? Haruslah ada biarpun rasa kesal itu sekelumit cuma.
8) Inspirasi nama blog korang?
Ha, soalan ini Iolls dah jawab dengan panjang lebar dalam entri INI.
9) 3 perkara mengenai korang?
Alamak, 3 perkara je ke? Tak boleh banyak lagi? Hmm, 3 perkara. Tak banyak cakap, suka perhati orang dan comel. Boleh diterima tak jawapan-jawapan ini?
10) Siapa yang mula mula menjadi inspirasi untuk korang buat blog?
I tak ingat siapa yang memangkinkan rasa nak buat blog masa blog first yang Iolls dah delete dulu tu. Tapi untuk blog yang ini, En. Barney yang ajak buat blog sama-sama. Tak terfikir pun untuk kembali blogging.
11) Pendapat ikhlas mengenai blog aku.
Reader-friendly. First impression masa first time masuk blog striderbuzz.com. Tapi kan, apa sebenarnya maksud di sebalik striderbuzz tu eh? Niesa boleh jawab tak? Alamak, Niesa lah pulak. Macam mana boleh salah orang ni?
p/s : Dah tag blogger lain entri yang lepas so malas nak cari mangsa lain untuk ditag. Ha, ada lagi soalan-soalan paparazzi, mamarazzi yang perlu dijawab?
sweeett 17 la sgttttt...(tgn di bahu mata ke atas)hahahaha
ReplyDeleteaisyaa!!byk dh komen dlm palak mek sekali tangga jwpn last sekali ktk ya terus spechlessssss..hahaha..
salam. hhahaha sweet 17th la sangat :D
ReplyDeleteBahahahahahahahahaha ! Niesa dah masuk blog dah , bukan hanya diwasep ye dia diseru. :P
ReplyDeleteDah lama tak menerima tag gini. Kadang2 nak jawab pecah kepala jugak sebab nak cari idea yang nampak friendly, lucu tapi masih memberi jawapan yang bernas.
ReplyDeletehuhuhu jawapan semua sempoi je.. terbaik
ReplyDeletesoalan aisya sis masih lom jawab..hehehe
ReplyDeleteBest kan jawab soklan macamtokkkk ;) hee
ReplyDeleteFrying pan?hahahahh
ReplyDeleteAssalamualaikum.
Tak boleh terima perkara ke tiga pada soalan no 9 tu --> comel.
hahahah
wahh..nih mesti hebat dalam bidang tarian..hehehe..
ReplyDeletehahahaha..pecah perut lan baca jawapan2 nie..siap ada sound effect lagi..hahahaha..tapi soalan last tu memanag jawapan yang membuatkan saya speechless..hahaha
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Hahaha.....main jawab2x soalan ni mmg best.
ReplyDeletealamak...
ReplyDelete