19/05/2014

Pesanan Buat Pemandu Teksi

Entri ini mungkin berbaur emosi sebab emosi si tukang taip agak tidak stabil. Baru selesai bergaduh dengan Pakcik Teksi yang Bijak gara-gara Signal dan Beri Laluan

Okay, situasinya begini. 

Standard lah after office hour harus lah destinasi yang dituju adalah rumah. Perjalanan pulang agak smooth tanpa sebarang road block di tempat biasa. Sehingga lah tiba di simpang dari Highway Guthrie di satu kawasan perkampungan. Alah, laluan utama jugak, bukannya jalan kampung pun. Agak jammed sedikit sebab berada di kawasan yang banyak traffic light. 

Kenderaan masuk yang datangnya dari Highway Guthrie secara logiknya perlu memberi laluan untuk kenderaan yang berada di jalan yang lurus. I juga termasuk dalam golongan yang berada di laluan lurus itu. Datang sebuah teksi dengan plat number HBB 1708 dari sisi kiri.

Tanpa sebarang signal HBB 1708 cuba untuk mencelah masuk. Si Kancil Merah teruskan saja perjalanan memandangkan Pakcik Teksi Yang Bijak tidak memberikan sebarang signal untuk masuk ke kanan. Dia tetap berdegil, cuba untuk mencelah masuk. Si Merah pulak tetap meneruskan perjalanan sampai lah satu saat, hon dari sisi kiri Si Merah kedengaran.

Pakcik Teksi membuka pintu kereta dan memberikan isyarat dengan menggunakan tangan dan juga ekspresi muka. "OTAK MANA?"

Driver Si Merah mulai bengang. Lantas memberikan signal dan juga isyarat kepada Pakcik Yang Bijak itu. "SIGNAL MANA?"

Pakcik Teksi menutup pintu dan terus menggerakkan rodanya ke depan. 

Semoga Pakcik ini semakin dimurahkan rezeki dan dikurniakan akal yang lebih bijak lagi. 

Wahai pemandu-pemandu teksi di luar sana! Saban hari pasti ada saja kedengaran rungutan di mana-mana. Sikap pemandu teksi yang begini, sikap pemandu teksi yang begitu. Tahukah anda, sebagai pemandu teksi anda juga membawa imej negara Malaysia? Bukan saja di mata pelancong asing bahkan pelancong tempatan juga. Agak berat bahu anda untuk menggalas tanggungjawab itu sebenarnya. Maka, tanamlah sikap lebih bertanggungjawab. Bukan sahaja sesama insan tapi tanggungjawab di atas jalan raya juga. Ingat lah, nyawa insan lain turut berada di dalam genggaman anda. 

Bukan imej negara sahaja yang berada di dalam tangan anda, tapi imej pemandu teksi juga. Jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Ubah persepsi masyarakat yang mengatakan pemandu teksi di Malaysia ini sangat kurang elok sikapnya di jalan raya. Secara tidak langsung, ini boleh membuahkan lagi kepercayaan terhadap pemandu-pemandu teksi yang kemudiannya membawa kepada pertambahan penggunaan pengangkutan awam di negara ini lantas dapat mengurangkan lagi kesesakan lalu lintas. 

Fikir-fikirkan lah, bagaimana sikap anda di jalan raya, begitu juga sikap anda yang sebenarnya. Jangan tunjukkan sikap yang kurang bijak di jalan raya. Setiap kereta pasti dilengkapi dengan signal. Guna dengan bijak. Jangan jadikan ianya sebagai perhiasan semata-mata. Anda beri signal, nescaya pemandu lain dengan senang hati untuk memberikan laluan kepada anda

p/s : Kalau taknak guna pun signal kat kereta tu, ada baiknya dijual daripada dibiarkan begitu sahaja. Hasil jualan itu sedekahkan kepada anak-anak yatim. Pahalanya pada anda juga. 

14 comments:

  1. Nasib baik bkn teksi en.abg....
    Kadang2 bkn pemandu teksi je..... pemandu kereta biasa pon ade yg lg biadap.... sbb ni la sikap segelintir sikap pemandu di negara kita..... ^_^

    ReplyDelete
  2. Teruk juak driver taxi ya.. hee

    ReplyDelete
  3. @♥♥ Nur ♥♥
    bukan semua driver taxi mcm tu kan?
    Ha, bab signal tu mmg sudah terang lagi bersuluh semua sama je. cuma entri ini lebih kepada imej driver teksi. taknak lah makin lama org makin hilang kepercayaan kt driver taxi. diorg pun nak cari makan jugak kan. cuma itu lah, kerana nila setitik rosak semuanya. hmm

    ReplyDelete
  4. @Sally Yatiey
    kmk nang geram lalu jak time ya. nya yg mati2 mok masuk lane kmk, nya pulang mok marah2. pa kes?

    ReplyDelete
  5. kebanyakan teksi yang aku tengok, memang rajin bila bab mencelah2 nih. lagi2 yg tak bagi signal. mmg byk.

    ReplyDelete
  6. Sebab itulah negara kita berada antara kedudukan tertingi sebagai pemandu biadap. Mmg sikap pemandu msia rata2nya begini

    ReplyDelete
  7. eh..kita plak yg salah.. nak kena la tu pk cik nih..grr..

    ReplyDelete
  8. time mek g kl ri ya tkt juak mek nangga pemandu teksi ya semua..sebarang da jak mcm jalan daknya empun..kmk pulang merepak lam kreta..

    ReplyDelete
  9. signal tu sangatlah penting. =)

    ReplyDelete
  10. kadang-kadang sebab pemandu yang bersikap sebeginilah banyak berlaku kemalangan kat jalan raya kan

    ReplyDelete
  11. Salam.

    Selamat la time ni tengah dengar lagu Happy si pharrel tu.

    So, here..the issue is, tak bagi signal sbnrnya kan. Eh, masa dia ckp, "otak mana" tu, means dia turn dri keta la?

    Buat kita teringat time kita kena baling dgn kayu mcm chopstick ritu..kan ada share kat entry jugak.

    Sepatutnya, semua pemandu, lagi2 yg public transport ni, kena sentiasa diingatkan ttg imej negara dalam tgn mereka. Sebab pelancong luar yg baru tiba, takdanya tiba2 tahan kereta org awam nak kesesuatu tmpt, mesti diorg pilih public transport nk kemana2.

    ReplyDelete
  12. mungkin dia tak pernah tau kewujudan signal tu dekat kereta dia dan apa fungsinya..hehehe..klik2 polo sini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. Haaa..btul.klu xnk guna signal baik jual signal tu.mbazir bli mhal2x pasang kat kete

    ReplyDelete
  14. bukan takat pmandu teksi je..
    ramai lagi..kita yg jadi slh satu pemandu ni..kenalah biasakan diri..pahamkan 'gerak badan' kereta...huuuu

    ReplyDelete