14/05/2014

Pengumuman buat Peserta 3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney

Entri Melekat : Scroll untuk entri terbaru

Seperti yang sedia maklum, pukul 11.59 malam semalam tamat lah sudah 3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney. Ramai juga yang sudi turut serta memeriahkan GA yang tak ada lah gempak dan grand macam yang lain. Hadiah pun biasa-biasa aje kan. Alhamdulillah, sampai juga tiga angka. Terima kasih banyak-banyak. 


Dimaklumkan di sini ;

1. Pemenang akan diumumkan insyaAllah pada Hari Rabu, 14 May 2014 jam 8.00 pagi. 
2. Anda mempunyai masa 3 hari untuk semak link penyertaan di dalam Senarai Peserta. Sila maklumkan sekiranya link entri anda tidak tersenarai
3. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan Random.org


Buat masa sekarang I masih lagi dalam proses untuk menjenguk para peserta dan follow blog yang I tak follow lagi. Terima kasih sekali lagi buat anda dan anda yang sudi untuk memeriahkan lagi GA I kali ini. 

p/s : InsyaAllah, ada rezeki kita buat GA lagi di hari dan waktu yang lain. 

16 comments: