Hari ahad yang lepas, aku dan chipmunk pergi KL Festival City hanya kerana nak tengok cerita ini. Yela, kat sana memang tak perlu nak bersesak-sesak beli tiket. Pawagam dia pun best. Kali ini, aku akan review sikit pasal cerita ini.
The Amazing Spider-Man 2 ini mengisahkan tentang perhubungan antara Peter Parker (Andrew Garfield) dan Gwen Stacy (Emma Stone) menjadi semakin rumit disebabkan kisah lampau. Kawan sekerja Gwen, Max Dillon a.k.a Electro (Jamie Foxx) yang bekerja di syarikat Oscorp menjadi fanatik terhadap Spider-Man ini apabila dia diselamatkan oleh Spider-Man dalam satu kejadian dan sesuatu telah terjadi kepadanya ketika bekerja di syarikat tersebut meyebabkan satu insiden yang tidak diingini berlaku.
Harry Osbon (Dane DeHaan) kenalan lama Peter muncul setelah kematian bapanya yang merupakan CEO Oscorp. Penyakit keturunan keluarga Harry telah menyebabkan Harry bertindak diluar jangkaan. Apa yang berlaku pada Harry dan Max Dillon? Bagaimana mereka boleh bekerjasama untuk membunuh Spider-Man ini? Nak tahu, kena lah tengok cerita ini.
Bagi aku cerita ini memang terlampau padat dan seronok untuk ditengok. Cerita ini juga memang berkaitan dengan Electro sahaja dan watak Harry Osbon itu tenggelam dan hanya nampak sebagai watak sampingan saja. Aksi pertarungan memang menarik. Aku jangkakan lepas Spider-Man ini lawan dengan Electro, Harry / Green Goblin akan lawan dengan Spider-Man secara berterus tanpa henti tetapi diorang punya bahagian hanya sedikit sahaja. Meleset sangkaan ku ini! Ada juga bahagian cerita ini yang tak terjangka. Contohnya ada sesuatu yang terjadi pada Gwen. Ha, yang tu kena tengok sendiri apa yang berlaku. Kalau Spider-Man 2 ini ada dua bahagian mungkin jalan cerita dapat dikembangkan lagi dan juga lagi menarik. Rating cerita ini bagi aku 7/10.
Sumber : IMDb dan Google
hero kali ni cam bebudak jekkk ehehe.
ReplyDeletewahhh best kot aisya..yg 1 pn best nk tgklah!!
ReplyDeletealaa kakak df kata bosan. tapi nak jugak tgk huhuhu =.= cita rasa org lain lain :D
ReplyDeleteteringin nak tengok..T_T
ReplyDeleteowh..kak aisyah share blog dengan en.barney rupanya..hehehe..
Spiderman nie tak sempat lagi nak tengok..ini semua sebab panggung wayang asyik full jer..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
tengok dahhh..
ReplyDeletebleh thn la...besh..crite bebudak kannn.
lynn jek =D
dalam perancangan utk tgk...
ReplyDeleteKmk dah tgk, terbaikkkkkk! ;D
ReplyDeleteramai yang cakap best..tapi tak rasa nak tengok pula..hehe :)
ReplyDeletekmk berik 4 bintang jak cerita tok sbb heroinnya mati..spoil da jak..mun spiderman 3 lak mestinya ada gerek lain gk...hais..
ReplyDeletetengok online jela... hihihi..
ReplyDelete@NARDtheNERD
ReplyDeletemcm je tapi lahir tahun 83. haha
@Shida Radzuan
ReplyDeletemmg best la :D
@Detective Fiqa
ReplyDeletekalau tak minat jenis yg mcm ni bosan lah kot. hehe
@husna zahidi
ReplyDeleteg la tgk husna. hehe
ahah. bila malas nk update blog suruh dia je yg update. hehe
@Azlan Strider
ReplyDeletesebab tu la g tengok kat KLFC.. tak full pun. hehe
@Cik Yaya
ReplyDeletehmm, nk kata cerita bebudak tak jugak.. kalau dinilai secara lebih mendalam lg. :)
@aswadz
ReplyDeletesila lah pergi tengok. hehe
@Sally Yatiey
ReplyDeletekan. full of action gitu. haha
@puteri kasih
ReplyDeleteknpe plak sis. :D
@Niesa
ReplyDeletekmk suka pelakon perempuan ya sebenarnya. nk spoil lah nya mati. sobs
@Nurul Farahizzati Zakaria
ReplyDeletehaha. kan. tak pun download sudeh. hehe
cerita ni agak predictable dan byk sgt kebetulan haha tp action scenes dia best la
ReplyDeletesedih gila apa jd kat gwen :( kenapa la director movie ni nak follow sgt comic spiderman tu
@Atiqah Abd Rahim
ReplyDeleteespecially part max dillon jatuh dalam belut. haha!
yup, action dia mmg boleh tahan juga lah. :)