09/08/2014

C1NT4 TOP SECRET - Laila Kamilia

Dah lama tak story-story pasal novel kan? Especially novel melayu. Sekarang bahan bacaan lebih kepada English novel. Sebab rasa macam novel melayu sekarang ni agak kurang menyengat. Balik-balik cerita lebih kurang. Kurang variasi. Bosan lah. Novel C1NT4 TOP SECRET ni sebenarnya I beli masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada Mei lepas sebab baca sinopsisnya macam menarik. Tapi simpan lama-lama siap cantik berbalut plastik lagi, before raya tempoh hari baru start baca. 


C1NT4 TOP SECRET
Laila Kamilia

Sinopsis : C1NT4 TOP SECRET

Pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) merentasi London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim. Misi mereka mahu menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak. 

Tugas mereka melindungi keselamatan gadis kampung yang bernama Maryam Eisya, anak Mr. X. Namun antara misi dan perasaan, hati mereka tewas dek keayuan dan kelembutan gadis itu. Perasaan mereka tergugah walaupun mereka cuba bersikap profesional.

Jade dan Zed bersaing mahu menawan hati Eisya. Masing-masing tidak mahu beralah. Semakin jauh kembara dua perisik ini, misi semakin buntu, persahabatan semakin rapuh, bagaikan tiada kesudahan. Masing-masing mahu menunjukkan kehebatan mencari cinta sejati dan pada masa yang sama mahu menyelesaikan misi mereka. 

Eisya dalam dilema untuk menerima 'tawaran cinta' kedua-dua jejaka itu. Padanya, mereka sama-sama hebat! Tapi hanya seorang yang harus dipilih. Siapa dan kategori apa? 

Pada mulanya I grab novel ni disebabkan oleh penulisnya. Jatuh hati dengan penulisan novelis Laila Kamilia lepas baca novel beliau yang berjudul Cinta Bunga Tulip. Then, bila I baca sinopsis C1NT4 TOP SECRET ni apa lagi memang confirm lah Iolls beli. Masuk dalam bakul dan bersedia ke kaunter bayaran. 

Bagi I novel ni sangat best! Sampai terbawa-bawa dalam mimpi kot. Misi mencari mikrofilem di bumi Korea Selatan. Dah jadi macam habit pulak, novel best je mesti sampai termimpi-mimpi. Anyway, I suka priority yang diketengahkan dalam novel ni. Iaitu misi mencari mikrofilem top secret dan juga memastikan keselamatan Eisya terjamin. Bab cintan-cintun jadi side dish je dalam novel ni. Itu yang best. Sebab Iolls ni kureng sikit novel jiwang-jiwang. Memang akan skip pages je tak nak baca part jiwang. 

Novel ni agak lain dari yang lain. Rasa macam dalam cerita James Bond pulak ada perisik bagai ni kan. Tapi itu yang menariknya. Novel lain mana ada spy, novel C1NT4 TOP SECRET je. Dah nama pun top secret kan? Jadi kalau uolls yang macam I ni, kurang sikit baca novel jiwang karat dan prefer novel yang tak menitikberatkan love story semata-mata boleh lah try baca C1NT4 TOP SECRET karya Laila Kamilia. Tapi kalau uolls mengharapkan novel ni novel tangkap leleh yang boleh nangis-nangis baca memang tak lah. Bagi I, novel ni novel santai yang uolls boleh baca untuk menghabiskan weekend uolls. 

p/s : Punya lah best sampaikan I baca dalam masa semalam je novel ni. 

4 comments:

  1. baca sipnosis nie kalau diadaptasi jadi drama pun macam best gak..cuma nk keluar modal besar laa shooting kat luar negara..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. Alaf 21! msti kunk novel nie jadi drama plakk....

    ReplyDelete
  3. macam best je...something different. Nak try cari la nanti :)

    ReplyDelete
  4. menarik cover buku dia...^_^

    ReplyDelete